Monday, June 17, 2013

Sultan Kelantan minta Pusat selesaikan tuntutan petroleum

Salmah Mat Husain,

KOTA BHARU: Pelbagai pihak mengalu-alukan Titah Sultan Kelantan (gambar) yang memohon Kerajaan Persekutuan agar menyelesaikan tuntutan petroleum yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan.

Titah itu dibuat baginda sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama DUN Kelantan Ke-13 tahun 2013 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

“Pada masa yang sama beta memohon Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu tuntutan bayaran tunai royalti petroleum pada kerajaan negeri mengikut perjanjian yang ditandatangani,”titah baginda.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V juga mengingatkan Kerajaan Persekutuan menumpukan perhatian terhadap projek yang telah dirancang sebelum ini berjalan baik.

Baginda mendapat maklum, kira-kira lebih 2,000 ekar tanah di negeri itu telah dibuat pengambilan balik oleh Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan agensi yang terlibat dalam rancangan kerajaan Pusat.

Pada masa yang sama, baginda turut melahir rasa syukurnya apabila kerajaan Kelantan telah mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM2.87 bagi tahun 2012.

Titah baginda lagi, sekotor hartanah dan tenaga merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan pelaburan negeri, terutama di Jajahan Pasir Putih.

“Beta berharap usaha menarik pelabur dapat dipergiatkan lagi dalam usaha menambahkan sumber ekonomi di negeri ini,”titah baginda.

Dalam titah baginda itu juga beberapa aspek lain turut disentuh antaranya kejayaan Tahun Melawat Kelantan 2012 yang dapat menarik perhatian lebih 5 juta orang.

Selain itu juga baginda turut menyentuh kejayaan pelajar Yik yang cemerlang dalam pendidikan mereka, usaha Jaheaik dan MAIK berjaya membantu golongan miskin dan berbagai lagi.

Sumber harakahdaily

No comments:

Post a Comment