Wednesday, December 30, 2015

22 AMALAN HARIAN YANG PERLU DIJAGA


·
Ustaz Hasnan

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Kredit : Ustazah Fatimah

Tuesday, December 29, 2015

USTAZ HASSAN - APAKAH HUKUM TIDAK MENGETAHUI 25 RASUL

By Unggul Gongkiat

ASNB umum agihan pendapatan ASB 7.25 sen seunit

ASNB umum agihan pendapatan ASB 7.25 sen seunit
ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit serta bonus 0.50 sen seunit bagi skim ASB
 
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)  hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit serta bonus 0.50 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Pengagihan itu melibatkan pembayaran RM10.41 bilion oleh ASNB, peningkatan 4.3 peratus berbanding RM9.98 bilion yang dibayar pada 2014.

Bonus pula melibatkan peruntukan RM451.73 juta oleh PNB, berbanding RM804.43 juta yang dibayar tahun lepas.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pembayaran akan memanfaatkan 8.87 juta pemegang unit yang melanggan 142.54 bilion unit ASB.

“Risiko pelaburan ASB rendah jadi tidak timbul kenapa turun banyak tapi agihan yang ini cukup tinggi dan agihan ini berpatutan. Kita sentiasa berhati-hati dan cuba untuk kekal mapan."

"Kami boleh bayar lebih 9 sen, tetapi kami mengambil pendekatan berhemah, 7.25 sen jadi kami bawa ke depan yang selebihnya untuk tentukan perancangan seterusnya untuk mantapkan portfolio kita jangka panjang bagi pulangan kompetitif," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Pendapatan kasar penuh ASB sehingga 23 Disember 2015 dianggar berada pada RM10.06 bilion.

Dividen yang diterima daripada syarikat pelaburan menyumbang RM4.51 bilion atau 44.8 peratus daripada pendapatan kasar.

INFOGRAFIK: Dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 - 2015

Sementara itu, keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM3.60 bilion atau 35.8 peratus daripada pendapatan kasar dan baki RM1.95 bilion disumbang pendapatan lain.
Pengagihan keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang secara automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan berdekatan bermula 4 Januari 2015.

Kesemua transaksi bagi ASB di ibu pejabat ASNB atau cawangan digantung bermula 24 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016 bagi membolehkan pengiraan pengagihan keuntungan dan bonus dilakukan.

PERANGKAP WANG KERTAS, HUTANG DAN RIBA’ DALAM KEJATUHAN MESIR & OTHMANIYAH






Artikel ringkas kiriman pembaca mengenai isu di atas ini kami persetujui melalui pengkajian tentang punca kejatuhan sebuah negara dan kesejahteraan umat manusia.
Animasi dalam video ini kami rasa mudah untuk memahamkan kita tentang konspirasi Dajjal melalui agennya Rothschild (Freemason) dalam usaha merosakkan sistem matawang dan jual beli Islam yang halal lagi adil.
Perhatikan juga bagaimana sistem matawang kertas dan riba’ yang telah diwujudkan ini menjerat masyarakat dunia dalam usaha menawan negara-negara mereka.
Kerajaan Islam Khilafah Othmaniah selaku kuasa besar Islam terakhir adalah antara sasaran utama Dajjal.
Begitu juga Mesir yang terkenal dengan Fatwa Al-Azharnya, yang dirujuk hampir satu billion umat Islam sedunia menjadi pegangan pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular. Dajjal tahu akan hal ini dan agennya (Rothschild) sentiasa berusaha dengan konspirasinya bertujuan menjajah seluruh umat Islam.
Ketika 99 peratus bank di seluruh Eropah dikuasai oleh ahli-ahli keluarga Rothschild, Khalifah Islam dari kerajaan Turki Othmaniyah membuat kesilapan besar dengan melakukan pinjaman wang dari bank-bank Eropah.
Pinjaman dibuat Turki atas alasan pembangunan negara dan menampung kos ketenteraan. Tidak kurang juga besarnya sumbangan pengaruh wanita yang telah turut menjerat pemimpin Turki sehingga terpaksa berhutang.
Kejatuhan Mesir pula berlaku pada era 1860-an, ketika ia di bawah pemerintahan Ismail Pasha yang sangat inginkan negaranya maju seperti negara-negara Eropah lain. Keinginan beliau yang juga berpendidikan Eropah ini diambil kesempatan oleh Rothschild melalui agen-agennya di Mesir.
Projek pembinaan Terusan Suez oleh Dinasti Ali Pasha yang dijalankan oleh jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps menjadi punca kesulitan. Kos projek ini telah meningkat berjuta-juga Pound setiap tahun akibat peperangan yang sengaja ditaja oleh Dajjal.
Akhirnya kerajaan Mesir terpaksa berulang-ulang menambah hutangnya hampir setiap tahun bermula pada 1862, 1864, 1866, 1867, 1868, dan 1870. Pada 11 Jun 1873, kerajaan Mesir telah membuat pinjaman paling besar sepanjang pemerintahannya iaitu 32 juta pound dengan kadar bunga tahunan yang paling tinggi, iaitu 20 peratus setahun.
"Orang-orang yang makan riba' tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran penyakit gila.." (QS:2/275)
Agen Rothchild di Mesir, Herman Oppenheim adalah antara yang membantu mendapatkan pinjaman kewangan daripada Bank Eropah. Daripada sekadar untuk biaya pembinaan Terusan Suez sampailah kepada pinjaman peribadi.
Semua pinjaman itu sengaja diLULUSKAN dengan mudah. Jumlah tunai yang diserahkan pula tidak penuh kerana telah ditolak bunga awal-awal lagi. Awalnya hanya hasil mahsul negara dari tiga kawasan dagangan di Mesir dijadikan cagaran. Apabila pendapatan negara tidak mencukupi untuk membayar hutang, maka terpaksa dicagar juga tanah-tanah bernilai tinggi.
Atas perancangan Rothschild, Mesir bankrup hanya 2 tahun dari pinjaman terakhir, iaitu setelah kerajaan British berjaya menguasai saham harta terbesar Mesir iaitu Terusan Suez. Ismail sendiri telah ditemui mati lemas secara misteri di Sungai Nil dan dipercayai angkara orang-orang Rothschild.
Atas perancangan Rothschild juga, pada tahun yang sama iaitu pada Oktober 1875, kerajaan khalifah Otmaniyah di Turki telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang bank Rothschild. (Nantikan kronologi lengkap pada tajuk khusus kejatuhan Mesir & Othmaniyah angkara hutang/riba').
Kedua-dua kisah ini telah menyebabkan rakyat melarat cukup lama kerana terpaksa dibebani cukai yang naik melambung-lambung untuk membayar hutang negara.
WANG KERTAS DAN PENUBUHAN "FEDERAL RESERVE DEPARTMENT" (FRD)
Selepas runtuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniah di Turki Pada tahun 1924, Yahudi telah menukar Sistem Kewangan Dunia menggunakan Wang Kertas. Mulanya, wang kertas itu bersandarkan emas. Akhirnya Yahudi mansuhkan sistem kewangan berasaskan emas dan perak itu dari muka bumi ini buat selama-lamanya.
Lantaran itu, sejarah wang kertas diwarnai pelbagai misteri, tipu muslihat dan pembelitan yang dahsyat.
Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll membawa kepada penubuhan ‘The Federal Reserve Department (FRD)’ pada tahun 1913. Keahliannya adalah milik syarikat persendirian. Kongress Amerika terpaksa meluluskannya secara paksa dan curi-curi.
Jabatan Ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat, termasuklah mencetak wang kertas Dollar Amerika. Mereka menentukan dasar perjalanan sesebuah bank. Kini FRD digunakan oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British menguasai Bandar Jerusalem pada tahun 1919. Dunia telah berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah di Turki.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia. Antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada tahun 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian 'Bretton Woods' yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan US35 = 1 auns EMAS.
Negara-Negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas itu, Dolar Amerika mendapat ‘daulat’nya, dan ‘International Monetory Fund’ (IMF) pun ditubuhkan.
Pada tahun 1948, Negara haram Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat di tengah-tengah benua Arab dan di dalam negara Palestin yang sah.
Pada tahun 1971, Amerika Syarikat pimpinan Richard Nixon yang hampir bankrup oleh perang Vietnam bertindak memutuskan ikatan antara dolar Amerika dan emas. Sejak itu dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Nilai dolar hanya ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.
Kesannya, semua matawang dunia telah berubah menjadi matawang FIAT, iaitu matawang yang bernilai SIFAR. Bayangkan betapa liciknya percaturan ini.
KESIMPULAN
Dunia mulai sedar mengenai rahsia wang kertas yang tiada nilai itu. Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini hanya ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya. Ini bermakna nilainya tergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.
Wang kertas hanyalah ‘janji untuk membayar’. Sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai..” Dalam erti kata lain, wang kertas hanya ‘sekeping kertas’ yang tidak bernilai apa-apa.
- Masih ingat lagikah bilamana ‘duit jepun’ menjadi tidak laku walau pun jumlahnya berguni di dalam simpanan kita dahulu? Apakah tidak mustahil keadaan semacam itu akan berlaku lagi?
- Apakah kita masih mahu menafikan bahawa nilai wang kertas semakin susut saban tahun? Sedarlah bahawa nilai RM 1 pada hari ini tentu tidak akan sama nilainya pada 5 tahun akan datang...
SABDA RASULULLAH S.A.W:
"Akan datang satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (emas) dan Dirham (perak)." (Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal).
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’, orang yang berwakil padanya, dan jurutulisnya, dan saksi-saksinya, dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “ (HR Muslim)
FIRMAN ALLAH S.W.T :
QS: 2 Al Baqarah 275: “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’... Dan sesiapa yang mengulanginya maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…” (Sila baca sendiri seluruh ayat)
QS: 3 Ali Imran 130: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
QS: 40. Al Mu'min 21. "Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah."
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang yang berakal dan mahu mengambil pelajaran.
Bedah sejarah,
WARGA PRIHATIN
P/S: Ulasan artikel dari Neil Armsteen

RIWAYAT HIDUP IMAM SHAFIE

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.
Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.
Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.Beliau menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa.Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.
Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit.Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan jatuh ke bumi.Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi.Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.
Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.
Imam Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan: “Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Quran dan hadis”. Beliau juga berpesan : “Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama perlu dituruti”
NOTE: ( Ramai yang tidak mencatatkan nama mursyid tarbiah ruhani bagi Imam As-Syafie kerana nak menafikan pendapat-pendapat yang memisahkan ilmu fiqah dgn tasauf, guru beliau dalam bidang ini ialah Syuhbban Ar-Raie & Abu Hamzah As-Sufi. Untuk ma'aluman, ketiga-tiga Imam Mujtahid punyai mursyid dlm ilmu tarbiah ruhani.
Imam Abu Hanifah gurunya Imam Jaafar Shodiq. Imam Malik pula gurunya Imam Musa Kadzim & Maaruf Al-Khurki manakala bagi Imam Ahmad pula gurunya ialah Abu Hamzah As-Sufi & Bisyru Al-Hafi. Semua Imam-imam agung dari ke empat mazhab ada guru khusus mereka dalam tasawuf...hanya orang orang yg bodoh sahaja menganggap Tasawuf & Tarbiah Ruhani berasal dari Hindu-Buddha. ALLAHU ALIM! )
Antara pujian atau pandangan ulamak-ulamak lain kepada Imam Syafie ialah:
Imam Malik bekas gurunya pernah berkata:
“Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang lebih pandai daripada Imam Syafie”
Imam Ahmad Bin Hambal berkata:
“Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh.”
Beliau juga berkata:
“Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie”.
Kata Imam Ahmad lagi:
“setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada Imam Syafie”
Imam Muhammad al-Hakam berkata:
“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui, cerdik akalnya,lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya,lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie”.
Beliau berkata lagi:
“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul Fiqah selain dari Imam Syafie”
Menyelusuri perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafie amat menarik sekali.Ayah beliau meninggal sewaktu Imam Syafie masih kecil, ada riwayat yang mengatakan sewaktu beliau masih dalam kandungan ibunya lagi. Gurunya yang pertama secara tidak formal ialah ibunya sendiri. Ibunya mengajar beliau mengenal huruf dan mengaji al-Quran. Setelah berumur 9 tahun beliau sudah dapat menghafal Al-Quran.
Bila ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru dengan Imam Ismail Kustantani, seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail pada mulanya menolak kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia hanya menerima orang menjadi muridnya setelah berumur 12 tahun.Namun setelah dia menguji hafalan dan ingatan Imam Syafie tentang Al-Quraan, beliau amat tertarik dengan daya ingatan dan suara Imam Syafie yang merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi muridnya.Apabila Imam Ismail ada urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya mengajar disitu!
Imam Syafie juga amat meminati syair dan puisi, beliau pernah berguru dengan Mas’ab bin Zubair seorang penyair terkenal.Dalam masa 3 bulan saja, Imam syafie mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail. Pernah suatu kali Imam Syafie memasuki pertandingan syair atas desakan kawan-kawannya, lalu mengalahkan gurunya Mas'ab pula.
Imam Syafie berguru pula dengan Imam Sufian Ainiah dalam ilmu hadis sehingga menjadi pakar dalam bidang hadis dan diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar menggantikannya sewaktu ketiadaannya.
Selepas itu Imam Syafie berguru pula dengan Imam Muslim al-Zanji dalam bidang Feqah pula.Akhirnya dia diakui oleh gurunya dan dibenarkan mengajar serta memberikan fatwa pula.Namun Imam Syafie masih merasakan kurang ilmunya lalu dalam diam beliau mula membaca dan menghafal Kitab Muwatta’ yang dikarang oleh Imam Malik bin Anas pula.
Imam Syafie juga pernah belajar ilmu peperangan dan bermain senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin, seorang bekas tentera.Selepas itu Imam Syafie terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa selama 8 hari dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat jawatan Mufti Kota Madinah.Imam Syafie belajar dari Imam Malik selama 8 bulan.
Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid Imam Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof.Beliau telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari saja telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana biasanya murid-murid mereka yang lain mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.
Imam Syafie juga belajar ilmu firasat dengan Maulana Arif di Yaman. Di Yaman beliau berkahwin dengan wanita bernama Hamidah dari keturunan Khalifah Uthman Bin Affan. Mereka dikurniakan 3 orang anak.
Semasa di Najran, Imam Syafie difitnah oleh Gabenor as-Saud iaitu Gabenor Najran kononnya Imam Syafie sedang menghasut rakyat untuk memusuhi dan menjatuhi kerajaan Bani Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun ar-Rashid. Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafie dan anak muridnya telah ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai .Mereka juga dipaksa berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.
Walau bagaimanapun dengan izin Allah swt Imam Syafie terlepas dari hukuman oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang setimpal. Diantara ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Syafie, yang membuatkan hati dan jiwa raga Khalifah Harun ar-Rashid terpesona ialah Firman ALLAH swt dari Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud :
“Hai orang yang beriman, sekiranya datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita,periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”
Itulah diantara liku-liku perjalanan yang ditempuh oleh Imam Syafie dalam menuntut ilmu. Banyak lagi guru dan tempat beliau belajar yang tidak dinyatakan disini. Beliau sangat menyintai ilmu. Pernah suatu masa Imam Malik memuji beliau dengan berkata :
“Sekiranya ada orang yang bahagia kerana ilmunya, inilah orangnya!”
sambil merujuk kepada Imam Syafie. Berkaitan dengan kegunaan ilmu pula Imam Syafie pernah berkata:
“Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya.Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya.Siapa yang mempelajari bahasa,lembut hatinya.Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya”.
Oleh kerana kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap ilmu, jadi tidak hairanlah jika Imam Syafie telah menulis 142 buah kitab semasa hayatnya.
Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdullah bin Hakam sewaktu berumur 54 tahun di bumi Mesir. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bani Zaharah.
Semasa Abu Ali al-Hasan menjadi perdana menteri Iraq, beliau telah mengarahkan ketua tentera Mesir Badr bin Abdullah menggali dan memindahkan kubur Imam Syafie ke Baghdad. Setelah digali mereka menemui batu bata yang tersusun membentengi liang lahad Imam Syafie. Selepas mereka memecahkan batu-bata itu, mereka amat terkejut kerana tercium bau yang sangat harum dari dalam liang lahad itu malah ada beberapa orang dari mereka yang pengsan. Bila perkara ini diketahui oleh perdana menteri Iraq itu, maka beliau pun membatalkan terus usaha memindahkan kubur itu. Pada tahun 608 Hijrah, sebuah Kubah telah dibina .Tidak lama kemudian sebuah masjid didirikan disitu dengan nama Masjid Imam Syafie. Makam Ulama hebat ini terus dikunjungi orang ramai hingga kini.

Monday, December 28, 2015

NEGARA AFRIKA TENGAH - UMAT ISLAM DI SEMBELIH

Maaher At-Thuwailibi

Agama Kristen yang KATANYA agama "cinta kasih" itu, ini ๐Ÿ‘‡ yang mereka lakukan terhadap anak-anak kaum muslimin di afrika tengah.
Yang di bunuh anak-anak orang muslim. Orang-orang tua kaum muslimin mereka bakar hidup-hidup, anak-anak mereka sembelih bagaikan binatang ternak.
Itu yang mereka lakukan bila mereka mayoritas dan ummat islam menjadi minoritas di tengah mereka.
Demikianlah bukti agama "cinta kasih" itu.
Masih mau ngucapin "selamat natal" ?
ู‡ูƒุฐุง ูŠُุฐุจุญูˆู† ุฃุทูุงู„ ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู† ูู‰ ุฏูˆู„ุฉ ุฃูุฑูŠู‚ูŠุง ุงู„ูˆุณุทู‰ ุนู„ู‰ ูŠุฏ ุงู„ู†ุตุงุฑู‰ , ุฃุชุจุงุน ุฏูŠู† ุงู„ู…ุญุจุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… !!!
ูˆู„ูƒู† ู‡ุคู„ุงุก ุงู„ูƒُูّุงุฑ ูŠُุทุจู‚ูˆู† ุชุนุงู„ูŠู… ูƒุชุงุจู‡ู… ุงู„ู…ู‚ุฏุณ ุงู„ุฐูŠ ูƒุชุจู‡ ู„ู‡ู… ุจุนุถ ุงู„ุณูุงุญูŠู† ู…ู† ุงู„ู‚ุณุงูˆุณุฉ ุงู„ุงูˆุงุฆู„، ูˆู‡ุฐู‡ ุจุนุถ ู†ุตูˆุต ุงู„ุฅุฑู‡ุงุจ ูˆุงู„ุจู„ุทุฌุฉ ูู‰ ูƒุชุงุจู‡ู… ุงู„ู…ุฒุนูˆู…
­
" ุงَู„ุดَّูŠْุฎَ ูˆَุงู„ุดَّุงุจَّ ูˆَุงู„ْุนَุฐْุฑَุงุกَ ูˆَุงู„ุทِّูْู„َ ูˆَุงู„ู†ِّุณَุงุกَ، ุงู‚ْุชُู„ُูˆุง ู„ِู„ْู‡َู„ุงَูƒِ " ุญุฒู‚ูŠุงู„9-6
­
« ู„ุงَ ุชَุธُู†ُّูˆุง ุฃَู†ِّูŠ ุฌِุฆْุชُ ู„ุฃُู„ْู‚ِูŠَ ุณَู„ุงَู…ًุง ุนَู„َู‰ ุงู„ุฃَุฑْุถِ. ู…َุง ุฌِุฆْุชُ ู„ุฃُู„ْู‚ِูŠَ ุณَู„ุงَู…ًุง ุจَู„ْ ุณَูŠْูًุง " ุฅู†ุฌูŠู„ ู…ุชู‰ 10: 34
­
ุณูุฑ ุตู…ูˆุฆูŠู„ ุงู„ุฃูˆู„ 15: 3
­
" ูَุงู„ุขู†َ ุงุฐْู‡َุจْ ูˆَุงุถْุฑِุจْ ุนَู…َุงู„ِูŠู‚َ، ูˆَุญَุฑِّู…ُูˆุง ูƒُู„َّ ู…َุง ู„َู‡ُ ูˆَู„ุงَ ุชَุนْูُ ุนَู†ْู‡ُู…ْ ุจَู„ِ ุงู‚ْุชُู„ْ ุฑَุฌُู„ุงً ูˆَุงู…ْุฑَุฃَุฉً، ุทِูْู„ุงً ูˆَุฑَุถِูŠุนًุง "
­
ูุฃู‚ูˆู„ ู„ู…ู† ูŠุฑูŠุฏ ุฃู† ูŠُู‡ู†ِّุฆ ุงู„ู†ุตุงุฑู‰ ุจุฃุนูŠุงุฏู‡ู… ุงู„ูƒُูุฑูŠุฉ ูˆุงู„ู„ู‡ ู„ูˆ ูˆุฌุฏูˆุง ุนู„ูŠูƒ ุณุจูŠู„ุง ู„ูุนู„ูˆุง ุจูƒ ูˆุจุฃุทูุงู„ูƒ ู…ุซู„ู…ุง ูŠูุนู„ ุฅุฎูˆุงู†ู‡ู… ู…ู† ุงู„ู†ุตุงุฑู‰ ุจุฅุฎูˆุงู†ู†ุง ููŠ ุฏูˆู„ุฉ ุฃูุฑูŠู‚ูŠุง ุงู„ูˆุณุทู‰ ููƒู„ ูˆุงุญุฏ ู…ู†ู‡ู… ูŠุฑูŠุฏ ุฃู† ูŠُุทุจู‚ ุฃูˆุงู…ุฑ ุงู„ุฑุจ ูˆ ู†ุตูˆุต ุงู„ู‚ุชู„ ูˆุงู„ุฅุฑู‡ุงุจ ููŠ ูƒุชุงุจู‡ู… ุงู„ู…ู‚ุฏุณ
ูˆุฃู‚ูˆู„ ู„ู„ู†ุตุงุฑู‰ ุฅู† ูƒู†ุชู… ู„ุง ุชู‚ุฑุคูˆู† ูู‰ ูƒุชุงุจูƒู… ุงู„ู…ู‚ุฏุณ ูู„ุง ุชุฒุนุฌูˆู†ุง ุจู…ู‚ูˆู„ุฉ " ุฏูŠู† ุงู„ู…ุญุจุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… " !!!؟؟؟
Christian religion that said religion "love" it, this ๐Ÿ‘‡ they do against the children of the Muslims in Central Africa.

Who killed the children of the Muslim people. Old people of the Muslims they burn alive, their children cull like animal nutrition.

That's what they do when they are the majority of the Muslim Ummah and become a minority in the middle of them.

This is the proof of religion "love" it.

Still want ngucapin "Merry Christmas"?

Like that slaughtered Muslim children in Central African Republic by Christians, followers of the religion of love and peace!!!

But those are been a champ, the teachings of their holy book written by them some thugs of priests first, these are some texts of terrorism and bullying in their book alleged
­
"our debt to you and the son and of the dome over here and the iّfla and plowed the poor, it had to be received and lilha don't you" Ezekiel 9-6
­
" don't you think and I came here I come not to abolish the will not taken and gives us some. Didn't I come not to abolish the will not taken her contextualization sayfaโฟ " the gospel of Matthew 10: 34
­
Travel the first Samuel 15: 3
­
" now if you know you're doing and win the pissing on your team, and is seen and every time we have and don't you raised about hum worn kill you, you say you No, I know I saw a doctor, please, as you all.
­
I would like to say that he wants to congratulate Christian festivals that ball was nil, I swear to God if you found a way, they would do to you and your kids like their fellow Christians of brothers in the state of Central Africa, each and every one of them wants Apply God's orders and the texts of the killing and terrorism in their holy book

And I say to this if you don't read in a book how many bible don't bother us with the saying of "religion of peace and love"!!!???

USTAZ WAN JUNAIDI- UTAMAKAN ASAS AGAMA DAHULU

By Unggul Gongkiat

USTAZ WAN JUNAIDI - ILMU AGAMA ALLAH ITU LUAS - FARDHU AIN/FARDHU KIFAYAH

By Unggul Gongkiat

 . Ringkasnya fardhu ain ini wajib dibuat dan dilakukan oleh individu, setiap dari kita yang bergelar Muslim.


Friday, December 25, 2015

NAMA 25 PARA NABI DALAM BAHASA INGGERIS,ARAB DAN IBRANI

Nama 25 para rasul dalam 3 bahasa, Arab, Inggeris & Ibrani
Ibrani ialah bahasa yang dipertuturkan oleh kaum bani Israel
Ni just sekadar info bahasa saja, sbb kita pernah dengar nama nabi yang digunakan oleh orang Inggeris,
Bagaimana pula nama nabi disebut oleh kaum bani Israel?
Nama nabi Muhammad S.A.W masih sama sebutannya dari 3 bahasa ni smile emoticon
Sumber : Wiyaz Mihaz

USTAZ ISMAIL DAGANG -MAKAN YANG BAIK-BAIK & HALAL

By Unggul Gongkiat

10 CUTI PANJANG DI MALAYSIA PADA TAHUN 2016

Thursday, December 24, 2015

Syabas Rayani Air : Menghargai Maruah Wanita.
Produk yang memenuhi syariat Islam menjadi pilihan dan lebih diyakini pengguna terutama di kalangan masyarakat Islam. Jika di dalam industri makanan, produk yang dihasilkan lebih diyakini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah lebih baik, bersih dan menepati syariat. Sistem kewangan Islam juga semakin mendapat tempat hatta di kalangan masyarakat bukan Islam kerana menawarkan produk kewangan kepada prospek dengan tawaran pakej, perkhidmatan dan harga yang cukup menarik.
Terbaru, muncul satu lagi produk patuh syariah di lapangan industri penerbangan. Rayani Air, sebuah syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Langkawi muncul dengan kelainan iaitu memilih mengamalkan polisi 'patuh syariah', menjadikannya syarikat penerbangan ke empat di dunia selepas Royal Brunei Air,Saudi Arabian Air dan Iran Air dan yang pertama di Malaysia.
Antara amalan polisi Patuh Syariah Rayani Air adalah:
1. Semua anak kapal beragama Islam berpakaian menutup aurat dan yang bukan Islam berpakaian sopan.
2. Tiada alkohol akan dihidangkan.
3. Menjamin makanan yang disediakan adalah Halal.
4. Mengamalkan bacaan doa setiap kali sebelum memulakan penerbangan.
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) amat menyokong dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh pengurusan Rayani Air. Dengan menampilkan kelainan sebegini, DMPM percaya Rayani Air akan menjadi pilihan utama kerana amalan pengendaliannya akan menumbuhkan rasa selamat dan selesa di sepanjang penerbangan terutamanya dalam menonjolkan pakaian menutup aurat bagi pramugari dan kakitangan wanita. Sebelum ini DMPM telah menyuarakan saranan supaya sistem penerbangan MAS, AIRASIA dan lain-lain yang beroperasi di Malaysia supaya mengubah dasar pakaian pramugari yang menjolok mata ke arah menutup aurat bagi yang Islam dan sopan bagi yang bukan beragama Islam. Saranan dan sentemen ini langsung tidak diambil kira oleh sistem penerbangan tersebut.
Mungkin masih terlalu awal untuk mengetahui sejauh mana tahap kecekapan dan prestasi Rayani Air, namun selaku umat Islam kita perlu menyokong apabila sudah ada pilihan yang lebih baik dan bertepatan dengan syariat.
Tahun 1990, kerajaan PAS Kelantan telah mengambil satu langkah menggunakan perbankan Islam dalam semua pentadbiran kewangannya dan ternyata menjadi ikutan dan panduan oleh beberapa negeri dan syarikat- syarikat lain.
Oleh itu, DMPM amat optimis dengan penubuhan syarikat penerbangan ini akan dapat memenuhi desakan umat Islam di Malaysia. Saya berharap syarikat penerbangan lain juga menjadikan pendekatan Rayani Air ini sebagai satu pilihan baru untuk dilaksanakan di dalam penerbangan masing-masing. Imej pramugari yang sopan dan bertudung menjadi lambang pekerja wanita itu dihormati dan bukan hanya menjadi alat untuk dieksploitasi bagi mengaut keuntungan.Menjadikan imej dan cara barat bukanlah kayu ukur menjamin kejayaan. Lihat sahaja masyarakat kini yang terlalu mengagungkan Barat sehingga terlalu banyak serangan halus yang telah menghancurkan institusi kekeluargaan dan masyarakat di Malaysia. Kes-kes jenayah rogol, buang anak, dera kanak-kanak,pembunuhan secara brutal tanpa belas boleh didengari hampir setiap hari, menggambarkan ketirisan sifat kemanusiaan insan terhadap orang lain.
Syabas Rayani Air! Semoga terus maju jaya dalam mengendalikan syarikat penerbangan ini. InshaAllah kita sama-sama akan merasakan manfaat daripada inisiatif syarikat ini, usaha yang akan menyumbang ke arah kehidupan yang lebih barakah dan diredhai Allah.

Wan Hasrina bt Wan Hassan
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
23 Disember, 2015

USTAZ DIN LOSONG - 5 DALIL TANDA KIAMAT

By Unggul Gongkiat

USTAZ DIN LOSONG - APA TINDAKAN ISTERI SEKIRANYA SUAMI MATI PUCUK?

By Unggul Gongkiat

USTAZ DIN LOSONG - BERINGAT-INGAT SEBELUM AJAL.

By Unggul Gongkiat

Apa-apa yang dilaku didunia ini akan menerima pengadilannya diakhirat kelak.

Tegak Sunnah Rasulullah SAW Sepanjang Hayat

YB TUAN DATO' TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan terhadap Rasulullah SAW. Sebagai seorang yang mencintai dan mengasihi baginda, tentu sekali kita sentiasa terkenang akan sirah atau lakaran-lakaran pengorbanan Rasulullah SAW sehingga kita semua dapat menerima cahaya keislaman, hidayah dari Allah bagi mengecapi nikmat Iman dan Islam yang sangat berharga.
Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita menunaikan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung silih berganti hingga ke hari ini?
Wajib bersama kita hayati firman Allah SWT yang termaktub di dalam Al-Quran :
ูˆَู…َุง ุฃَุฑْุณَู„ْู†َุงูƒَ ุฅِู„َّุง ูƒَุงูَّุฉً ู„ِู„ู†َّุงุณِ ุจَุดِูŠุฑًุง ูˆَู†َุฐِูŠุฑًุง ูˆَู„َٰูƒِู†َّ ุฃَูƒْุซَุฑَ ุงู„ู†َّุงุณِ ู„َุง ูŠَุนْู„َู…ُูˆู†َ.
"Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu."
[Surah Saba’ : ayat 28]
Baginda Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna, melalui adanya Al-Quran serta Sunnah Rasulullah SAW.
Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini dengan menguatkan iltizam. Bersama kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan atau perbarisan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah SAW dengan mengamalkan serta menegakkan segala suruhan baginda, meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci oleh Baginda.
Rasulullah SAW meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskannya. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah SAW walaupun dia menyambut kelahiran Baginda SAW saban tahun.
Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah SAW hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah SAW, seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul di dalam segala aspek pentadbirannya.
Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah SAW dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1437H.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
24 Disember 2015M / 12 Rabiul Awwal 1437H

Wednesday, December 23, 2015

USTAZ SHEIKH MOHIB KHOULI - KISAH BANI YAHUDI BHG 4

By Unggul Gongkiat

  Bahagain 4 daripada 4 Bahagian
Ustaz Sheikh Mohib Khouli menyampaikan kuliahnya kisah kaum Yahudi seperti dalam surah al baqarah.


USTAZ SHEIKH MOHIB KHOULI - KISAH BANI YAHUDI BHG 3

By Unggul Gongkiat

 Bahagain 3 daripada 4 Bahagian
Ustaz Sheikh Mohib Khouli menyampaikan kuliahnya kisah kaum Yahudi seperti dalam surah al baqarah.

USTAZ SHEIKH MOHD MOHIB KHOULI - KISAH BANI YAHUDI BHG 2

By Unggul Gongkiat

 Bahagain 2 daripada 4 Bahagian
Ustaz Sheikh Mohib Khouli menyampaikan kuliahnya kisah kaum Yahudi seperti dalam surah al baqarah.

USTAZ SHEIKH MOHIB KHOULI - KISAH BANI YAHUDI BHG 1

By Unggul Gongkiat

Bahagain 1 daripada 4 Bahagian

Ustaz Sheikh Mohib Khouli menyampaikan kuliahnya kisah kaum Yahudi seperti dalam surah al baqarah.

Mengapa Harus Beragama? แดดแดฐ ┇Ceramah Umum ┇Ustaz Hussain Yee┇Surau Berjay...

Tuesday, December 22, 2015

Cadangan Balas Kepada Datuk Hishamuddin Hussein

Datuk Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
Media memetik Naib Presiden UMNO Datuk Hishamuddin Hussein bahawa tugas memulihkan imej Islam harus diberi keutamaan.
Pada dasarnya, saya setuju dengan cadangan tersebut. Memperbaiki imej Islam bukan pada gaya pakaian atau negara tertentu. Tetapi ianya turut melibatkan penghayatan ajaran Islam dalam pelbagai bidang.
Maka di sini, saya mencadangkan kepada Umno sebagai kerajaan memerintah untuk melaksanakan beberapa perkara berikut sebagai mengambil langkah pertama untuk memperbaiki nama Malaysia dan Islam.

1. Meminta Presiden Umno bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap 1MDB. Ini penting untuk memulihkan nama baik Presiden Umno, Malaysia dan juga Islam kerana siasatan perlu akan kelihatan adil sebelum keadilan dapat dilakukan.

2. Menghapuskan GST. Cukai ini bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai.

3. Mengurangkan pembaziran dan salahguna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru.

4. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan hidup berjimat kementerian seperti yang terpaksa dilakukan rakyat dalam menghadapi kemelut kejatuhan harga minyak dan juga kenaikan kos hidup yang semakin meruncing.

5. Menyiasat Yapiem dengan telus dan terbuka dan memastikan mereka yang didapati menyeleweng dana Yapiem dibawa ke muka keadilan.

6. Berhenti menganiaya Kelantan dan memulangkan royalti minyak dengan kadar segera.
Semua perkara ini boleh dilakukan UMNO tanpa PAS, sebagai langkah UMNO menunjukkan kepada rakyat, terutamanya mereka yang beragama Islam, kesungguhannya untuk mendaulatkan Islam.
PAS pula akan meneruskan kerja dakwahnya agar rakyat dapat turut bersama memperjuangkan Islam sebagai Ad-deen dalam pentadbiran negara dan kehidupan rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
21 Disember 2015

Monday, December 21, 2015

Cabaran Kritikal Ekonomi Malaysia Tahun 2016

YB NASRUDIN HASSAN
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Oleh : Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tarikh : 10 Rabiul Awwal 1437 / 21 Disember 2015

1. Sepuluh hari menuju tahun baru 2016, negara di ambang kebimbangan kritikal ekoran harga minyak global terus menjunam di bawah anggaran semasa. Dua indikator kontrak hadapan minyak global iaitu Brent dan West Texas Intermediate (WTI) menunjukkan paras harga berlegar sekitar AS$ 36 dan AS$ 34 setong pada tahun ini.

2. Ia akan mengulangi masalah yang sama seperti tahun lalu apabila unjuran purata tahunan yang dianggarkan oleh kerajaan meleset terlalu jauh. Bajet 2016 yang dirangka berdasarkan anggaran purata harga minyak AS$ 48 setong (Brent) pada tahun hadapan. Hal ini menunjukkan julat perbezaan projeksi tersebut adalah melebihi AS$ 10.

3. Penurunan harga minyak sudah tentu akan terus menjejaskan hasil kerajaan daripada sumber petroleum yang kini dianggarkan kira-kira RM 31.7 bilion pada tahun 2016 berbanding RM 43.8 bilion pada tahun 2015. Ia sudah tentu akan memberikan tekanan kepada hasil cukai pendapatan dan Cukai Barang dan Perkhidmatan.

4. Dampak ini juga sejajar dengan kejatuhan berterusan kadar Ringgit Malaysia ekoran daripada pengumuman kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS. Sedikit sebanyak ia akan turut memburukkan keadaan ekonomi negara khususnya pertukaran mata ringgit berbanding dolar yang dijangka akan berada sehingga paras RM 4.35 hingga hujung tahun ini.

5. Kebergantungan berterusan ekonomi negara kepada perkembangan global terus memberi kesan langsung kepada rakyat. Kerajaan akan menggunakan pilihan utamanya iaitu terus menaikkan kadar cukai samada cukai pendapatan, cukai korporat dan yang paling teruk adalah kenaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun hadapan.

6. Rakyat telah menderita dengan segala pakej kenaikan harga pada tahun 2015 terutamanya yang melibatkan pengangkutan awam dan tol. Kini, kerajaan berkemungkinan besar akan terus menghapuskan subsidi kepada rakyat bagi menampung perbelanjaan pengurusan dan pembangunan yang bernilai kira-kira RM 265 bilion.

7. Jika trend ini berterusan, maka tahun 2016 dan 2017 akan lebih teruk lagi sebelum kerajaan memfokuskan kepada pemberian ‘goodies’ pilihan raya menjelang tahun 2018.

Sekian, terima kasih.

USTAZ WAN ZUKI - BISIKAN SYAITAN SEMASA NAZAK BHG 3

By Unggul Gongkiat

Bahagian 3 dpd  3 Bahagian - Bisikan syaitan semasa sesaorang yang berada dalam keadaan nazak.

USTAZ WAN ZUKI - BISIKAN SYAITAN SEMASA NAZAK BHG 2

By Unggul Gongkiat
 
Bahagian 2 dpd  3 Bahagian - Bisikan syaitan semasa sesaorang yang berada dalam keadaan nazak.

USTAZ WAN ZUKI - BISIKAN SYAITAN SEMASA NAZAK BHG 1

By Unggul Gongkiat

Bahagian 1 dpd  3 Bahagian - Bisikan syaitan semasa sesaorang yang berada dalam keadaan nazak.

USTAZ WAN ZUKI - 3 PERKARA MELUCUTKAN IMAN BHG 2

By Unggul Gongkiat

Bahagian kedua- 3 perkara melucutkan iman sesaorang

USTAZ WAN ZUKI - 3 PERKARA MELUCUTKAN IMAN BHG 1

By Unggul Gongkiat

Friday, December 18, 2015

PESISIR SUNGAI TERENGGANU - WATERFRONT - BHG 1

By Unggul Gongkiat


Pemandangan menarik dipesisir Sungai Terengganu.

PERPADUAN UMMAH MERENTASI IDEALOGI

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)

Allah Maha Mengetahui, dunia akhir zaman dikurniakan dengan sedikit ilmu, kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (Surah al-Isra': 85)
Manusia dapat mencipta alat-alat yang canggih, untuk berpindah ke penjuru dunia dengan cepat, mendapat maklumat dalam masa yang segera, (maka) cukup bagi akhir zaman ini seorang Rasul sahaja, dengan mukjizat ilmu Al-Quranul Karim, membawa ajaran yang sama, iaitulah Islam. Firman Allah Taala:
Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. (surah Ali-Imran: 83)
Islam adalah petunjuk Allah merentasi tujuh petala langit dan bumi, merentasi segala makhluk, bukan sahaja manusia, bahkan makhluk yang ghaib, makhluk yang nyata, makhluk yang tidak bergerak, alam dunia sehingga alam akhirat.
Rub'ie bin Amir, duta yang dihantar menemui Empayar Parsi, menegaskan:
Allah yang menghantar kami (iaitulah mesej Islam) untuk mengajak siapa yang mahu tanpa paksaan. Daripada memperhambakan diri kepada sesama makhluk, kepada memperhambakan diri kepada Allah. Daripada kezaliman (daripada) berbagai ajaran, kepada Islam yang adil. Daripada wawasan dunia yang sempit, kepada wawasan yang sangat luas (daripada dunia sehingga hari akhirat).
Menunjukkan Islam, yang disebut Ad-Din, tidak boleh ditakrifkan dengan agama dalam bahasa lain, ataupun religion dalam bahasa Barat. Buka dalam Ensiklopedia Barat, Britanicca dan sebagainya. Mereka mentakrifkan religion, mentakrifkan agama, tidak tepat dengan ad-Din yang dimaksudkan oleh bahasa Al-Quranul Karim. Kerana Islam khusus bagi manusia, di samping makhluk-makhluk yang lain, khusus bagi manusia, merangkumi fitrah, merangkumi naluri manusia itu, jasad, roh, akal, individu, masyarakat, dan hubungan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain, menjadikan Islam merentasi seluruh alam ini.
Al-Quran menegaskan kepada kita, Islam adalah agama asal, agama-agama lain teori dan ideologi datang kemudian, Firman Allah Taala:
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. (surah al-Baqarah: 213)
Ibnu Abbas RA menegaskan, ayat ini bermaksud manusia bermula dengan Adam AS, bukannya dengan monyet, bukan dengan zaman batu. Adam membawa ajaran Islam, agama yang asal. Setelah seribu tahun, wafatnya Nabi Adam AS, terdapat kalangan manusia mengadakan ajaran sendiri, agama sendiri, melantik tuhan sendiri, lain daripada Allah. Manusia yang mulia menyembah batu, binatang, dan sebagainya, mengadakan peraturan mengikut hawa nafsu.
Allah mengutuskan setiap zaman Rasul yang silih berganti, berakhir dengan Nabi Muhammad SAW, yang diutuskan untuk merentasi seluruh dunia. Rasul akhir zaman yang saya maksudkan tadi, menjadi hikmat yang menakjubkan. Allah memilih Rasul itu di bumi Makkah, bumi yang kering, terpencil daripada tamadun, terpencil daripada kemajuan, dan ajaran-ajaran agama samawi dan tidak samawi yang besar. Untuk menyatakan bahawa, manusia tidak boleh menjalankan tugas di atas muka bumi, melainkan dengan membangun mengikut agenda dan peraturan Allah.
Tamadun China berbangga dengan Tembok Besarnya, Tamadun Mesir dengan Piramidnya, Tamadun Babylon dengan bangunannya. Semua tamadun berbangga dengan bangunan-bangunan yang dibina. Maka Allah membina Tamadun Islam di akhir zaman dengan membangun insan, membangun manusia. Membangun manusia dahulu mengikut fitrahnya, membangun rohnya, membangun jasadnya, membangun akalnya, membangun individunya, dan dia bangun masyarakat dan negaranya.
Sila lihat ayat-ayat yang pertama yang diwahyukan:
Bacalah dengan nama tuhanmu yang telah menciptakan manusia. (surah al-Alaq: 1) Menyatakan ilmu membangun manusia dengan ilmu.
Firman Allah Taala:
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah). (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (surah Quraisy: 1-4)
Menjalinkan roh jasad, politik dan ekonomi, mengikut acuan Allah SWT. Quraisy yang hidup di bumi kering, tidak ada tanaman, tidak ada air, terpaksa musafir ke Timur dan Barat mencari sumber ekonomi. Dalam masa yang sama kecintaan kepada Kaabah, dia betulkan akidah yang benar, melalui bumi yang kering ini dibangun manusia, mengikut acuan Allah.
Ilmu, iman, akhlak, ekonomi, politik dan segala-galanya, setelah tarbiyyah dalam masa 13 tahun, berhijrah ke al-Madinatul Munawwarah, dan membina masyarakat Madani. Banyak kita bercakap tentang masyarakat Madani, tanpa kita menjadi perkataan Madani, mesti diambil daripada Bahasa Arab. Madani ad-Din ataupun Tamadun, yang dihurai oleh Ibnu Khaldun, di dalam al-Muqaddimah. Allah menjadikan manusia satu keluarga, maka Islam merentasi Kaum dan bangsa,
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (surah al-Hujurat:13)
Maka risalah Nabi Muhammad SAW akhir zaman itu, membahagikan manusia kepada dua kumpulan. Yang pertama Ummah Dakwah, yang kedua Ummah Ijabah. Ummah Dakwah ialah seluruh manusia, Islam dan bukan Islam. Ummah Ijabah ialah manusia yang sudah masuk Islam.
Semuanya adalah Ummat Muhammad SAW. Maka didirikan negara masyarakat majmuk. Bukan sahaja berbagai kaum, termasuk berbagai agama, di Madinah itu ada Arab, ada Yahudi, ada Parsi, ada macam-macam. Walaupun tidak besar, ada benihnya, berbagai kaum. Kerana Allah menjadikan manusia itu pada dasarnya, satu keluarga, walaupun mereka berbagai bangsa, mereka mesti bermasyarakat Madani.
Ibnu Khaldun mengatakan, Al-Insan, Madaniyyun Bit Tabii. Manusia tidak boleh hidup sendirian, tidak mungkin hidup seorang diri, tidak mungkin hidup satu bangsa, tidak mungkin hidup satu negara, mesti digabungkan hasil-hasil negeri, dengan negeri yang lain, kebolehan dengan kebolehan yang lain.
Sehelai baju yang dipakai, memerlukan kapas yang ditanam. Pertanian, memerlukan traktor, galian, besi. Memerlukan Petroleum, memerlukan berbagai-bagai alat. Perlu digabungkan (sebagai) masyarakat madani.
Maka Nabi Muhammad SAW membina Madinah itu membina masyarakat madani. Dengan mengajak manusia kepada Islam tanpa paksaan. Yang Islam, wajib patuh kepada ajaran Islam, yang tidak Islam, tidak dipaksa. Dan membuktikan bahawa Islam berjaya, menyatukan umat yang tidak mampu disatukan agama dengan ideologi yang lain. Quran menegaskan:
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah
tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (surah al-Hajj: 40-41)
Islam dan penganutnya mesti berkuasa. Sejarah menunjukkan, kalau Kristian yang berkuasa, bunuh Yahudi. Yahudi berkuasa bunuh Kristian. Majusi berkuasa bunuh penganut agama lain. Bila Islam memerintah dengan Islam menunjukkan adil untuk semua. Apa yang disebut Islamophobia hari ini adalah fitnah terhadap Islam. Bercanggah dengan hakikat yang ada dalam ajaran Islam. Bagaimana Nabi kita Muhammad SAW melarang membunuh paderi, membunuh diplomat, membunuh utusan, membunuh rahib. Tiba-tiba bukan paderi yang dibunuh, gereja yang dibom, masjid yang dibom, di mana ajaran ini?
Hadis-hadis Nabi menunjukkan tidak boleh membunuh perempuan, kanak-kanak, orang awam. Disebut di dalam hadis, seorang wanita dimasuk ke dalam neraka kerana mengurung seekor kucing tidak diberi minum. Allah memberi rahmat kepada seorang yang memberi minum anjing yang najis mukhallazah, dapat Rahmat Allah. Bagaimana Islamophobia? Tidak menepati hakikat yang ada dalam ajaran Islam.
Ketika Islam dilaksanakan, Islam telah berjaya membina Tamadun Islam. Negeri yang orang Islam masuk, orang bukan Islam masuk Islam berduyun-duyun. Berduyun-duyun orang masuk Islam. Lihat Jalan Sutera dari Negeri Arab sehingga sempadan China, ranap ajaran lain dan Islam. Lihat di Asia Tenggara, pedagang yang datang ke sini, ranap ajaran agama lain, kerana rahmat dan kebaikan yang ada dalam ajaran Islam. Yang pertama, Islam mengajak kepada Islam. Yang kedua, Islam menggalakkan ilmu,
Hadis Nabi, Orang yang (menjadi) pilihan dia masa jahiliyyah, (menjadi)pilihan dia masa Islam.
Kalangan ilmuwan, sebelum kedatangan Islam dibunuh, ahli falsafah dibunuh. Arkitek dipotong tangan, kerana takut orang bikin istana macam Istana yang dibuat. Dalam sejarah Melayu, pemuda yang menunjukkan guna batang pisang untuk menentang todak yang menentang Singapura, walaupun itu cerita dongeng, itulah hakikatnya, dibunuhnya orang yang bijak.
Islam mengambil orang yang bijak. Orang yang bijak, yang pintar di zaman jahiliyyah, bila bersama dengan Islam, dia disanjung tinggi bila dia seorang yang faham. Amar bin Asr, Khalid bin Walid, dan lain-lain lagi, adalah tokoh-tokoh di zaman jahiliyyah, disanjung bila dia bersama dengan Islam.
Ada yang tak masuk Islam, Nabi bersabda, Kebijaksanaan barang tercicir kepunyaan orang Islam. Di mana dijumpa dipungut.
Maka Islam mengambil ilmu-ilmu tamadun lain yang memberi faedah. Tamadun India, China, Parsi, Rom, Mesir dan lain-lain. Ada ilmuwan yang tak masuk Islam, disanjung dalam masyarakat Islam. Ilmu yang diambil dan diIslamkan ilmu itu, maka lahirlah Tamadun Islam. Dan Islam telah berjaya memerintah negara yang besar, dari Timur ke Barat, Utara dan Selatan. Dalam masa yang singkat, masa tak mengizinkan. Itulah kehebatan Islam. Zaman tidak ada hubungan yang cepat, Islam boleh memerintah negara yang besar dan juga berbagai kaum dan agama.
Maka Barat tertarik dengan Tamadun Islam. Malangnya Barat ini mengambil tamadun kebendaan, tamadun duniawi, tidak mengambil akidah dan akhlaknya. Maka berlakulah kecelaruan pada hari ini. Betapa telah berjayanya Islam merentasi kaum. Ayat yang dibaca dalam muqaddimah,
Berpegang dengan tali agama Allah, jangan bercerai berai. (surah Ali-Imran: 103)
Sebab nuzul ayat ini, apabila orang Yahudi menghasut Aus dan Khazraj, hampir berperang. Allah menurunkan ayat, dengan ayat al-Quran dengan akidah yang betul. Hilang semangat perkauman. Tak halang cinta kepada kaum, tak halang cinta kepada bangsa. Tetapi kecintaan kepada kaum dan bangsa dijadikan akidah, dijadikan akidah, Ini yang salah, sehingga hilang nilai yang betul dan salah, ini yang salah. Islam membetulkan hubungan kaum.
Dalam Islam, lahir berbagai-bagai mazhab, sama ada mazhab politik, mazhab fekah, mazhab akidah, mazhab tasauf yang disebut tarekat. Orang Islam tidak berpecah di zaman dahulu, tidak bergaduh, kerana mereka berpegang dengan tali Allah, dengan tali Allah. Kerana para ulamak memainkan peranan yang sangat penting, yang sangat besar dalam masyarakat, mereka bukan sahaja berilmu, mereka adalah fakeh, memahami bagaimana nak menterjemahkan ilmu itu dalam menyelesaikan masalah. Walaupun berlaku peperangan zaman dan Siffin.
Di zaman para Sahabat RA, tetapi para pemimpin sama ada di kalangan ulamak di zaman itu dapat menenangkan keadaan. Dakwah tidak terhalang, Tamadun Islam tidak terhalang. Orang Islam boleh menangani mazhab. Malangnya zaman mutakhir orang Islam, menghadapi cabaran ideologi yang dibawa oleh Barat, dimasukkan ke dalam pemikiran orang Islam. Apabila fahaman sekularisma yang memisahkan agama dengan cara hidup, menyebabkan teori-teori politik, teori-teori ekonomi dianut oleh orang Islam. Kerana mereka menyangka, itu tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Padahal, semua ajaran politik dan ekonomi sudah ada dalam Quran, ada dalam ajaran Islam. Mahu hendak atau tidak balik kepada Islam sahaja.
Bahkan pembaharuan di dalam politik dan ekonomi baru ciplak daripada ajaran Islam. Contonya dalam politik, terdapat diktatorship, teokrasi, dan demokrasi Barat. Quran, menentang sekeras-kerasnya diktatorship, pemimpin yang berlagak jadi tuhan. Begitu juga teokrasi, ahli-ahli agama yang berkuasa penuh, ahli agama, ulamak yang berlagak, paderi-paderi berlagak macam Tuhan. Islam menentang sekeras-kerasnya.
Barangkali demokrasi lebih dekat dengan Islam, hak rakyat, kebebasan mengkritik pemerintah, pemimpin boleh ditegur, pemimpin yang bersikap terbuka, ini ada dalam Islam. Tetapi malangnya demokrasi tidak ada akidah, masukkan akidah sahaja. Perlu disedari demokrasi Barat itu mengalami perubahan setelah orientalis mengkaji kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak-ulamak Islam.
Di England, di Perancis, di German, sebelumnya mereka mengenali demokrasi purba yang diamalkan di Athen. Mereka tidak tahu nak membuat perubahan dalam negara, melainkan revolusi England, revolusi Perancis, revolusi German, revolusi Rusia dan Amerika yang mengorbankan beribu-ribu dan mungkin berjuta rakyat. Setelah mereka mengkaji kitab-kitab fekah yang dikarang oleh ulamak Islam, setelah wafatnya Nabi SAW, para Sahabat bermesyuarat memilih siapa yang menjadi ketua negara. Golongan Ansar mencalonkan Saad bin Ubadah, ahlil bait mencalonkan Ali bin Abi Talib. Kalangan Muhajirin mencalonkan Abu Bakar As-Siddiq RA.
Setelah dibincang, Abu Bakar adalah majoriti, Quraisy. Ibnu Khaldun menghuraikan di dalam Muqaddimahnya, bahawa Quraisy adalah Qabilah yang paling besar di zaman itu, yang paling berpengaruh, maka Quraisy layak menjadi Khalifah. Bila Quraisy tidak ada pengaruh lagi, maka bukan Quraisy menjadi Khalifah, bangsa lain silih berganti dalam masyarakat Islam.
Abu Bakar yang dipilih menjadi pemimpin menyampaikan ucapan sebaik sahaja saya menjadi pemimpin, apa ucapan Abu Bakar?
Wahai tuan-tuan, saya dipilih menjadi pemimpin kamu. Saya bukan orang yang terbaik, kalau saya betul, tolong saya, kalau saya salah, perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. (Jangan mengampu saya, kalau saya betul, kata betul, saya salah, kata salah. Kalau saya betul, saya kata salah, saya salah kata betul, itu bohong, tidak boleh, merosakkan pemimpin, merosakkan rakyat.)
Taat kepada saya, kalau saya mentaati Allah dan Rasul, kalau saya tak taat pada Allah dan Rasul, jangan taat kepada saya.
Ini ucapan Abu Bakar. Maka Barat melalui Orientalis melakukan reformasi di dalam demokrasi Barat. Berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain. Mereka pandai mengolah demokrasi. Malangnya, negara Barat tidak izin orang Islam pulih menjadi negara yang maju demokrasinya. Barat sengaja, tidak mengizin orang Islam membina kekuatan mereka sendiri.
Dalam aspek ekonomi, dunia hanya mengenali Teori Liberal, Kapitalisma, Komunisma, Sosialisma, tidak mengenal Islam ada peranan dalam aspek ekonomi. Semua teori-teori dan ideologi itu tidak ada akidah, tidak ada roh, tidak menepati fitrah sama ada sosialisma, komunisma, yang menekan masyarakat, mengorbankan individu, ataupun liberal, kapitalisma, membina individu melupai masyarakat.
Islam mengambil kira semuanya, kita kembali kepada Islam sahaja. Malangnya kalau dahulu orang Islam bergaduh kepada mazhab, Sunni dan Syiah, Khawarij. Hari ini kerana perbezaan ideologi, Sunni dengan Sunni berperang, Syiah dengan Syiah berperang. Berlaku peperangan secara proksi. Yang berlaku di Asia Barat pada hari ini, Sunni dengan Sunni berperang, Syiah dengan Syiah berperang. Kerana perbezaan ideologi, berperang dengan senjata yang diberi oleh Barat, oleh Timur, sama ada Amerika, Rusia, China, berniaga senjata, kita berperang dengan senjata mereka, bunuh kita, bayar dengan duit kita. Apa jenis macam ini?
Insya-Allah, Melayu tidak akan jadi macam Arab, Indonesia tidak akan jadi macam Arab. Kita berbeza pendapat, kita berbalah, kita berkelahi, tetapi tak macam, tidak menjadi peperangan proksi. Saya minta, Pak Dr Muhammad Quraish Shihab, Indonesia pun sama, jangan rantau kita ini, macam rantau Asia Barat. Hindarkan pertembungan, kerana perbezaan Ideologi, berlaku pergaduhan secara proksi, orang menggunakan kita, mengaut hasil kita dan membunuh kita.
Zaman penjajahan sudah tidak ada lagi, mari kita merdekakan diri dengan benar-benar merdeka. Tafsirkan Islam di dalam Perlembagaan (Negara) mengikut ad-Din, bukan mengikut religion. Penjajah sudah tidak ada lagi, kita sendiri, ustaz-ustaz kita, ulamak-ulamak Al-Azhar, ilmuwan-ilmuwan yang belajar Ilmu daripada Timur dan Barat, yang belajar agama, banyak di negara kita ini.
Bina kekuatan secara jama'ie, secara berkumpulan. Kita tidak perlu penasihat-penasihat dari Timur dan Barat, kita boleh ambil ilmu mereka, ilmu mereka boleh ambil, nasihat mereka tidak boleh ambil. Yang ada di dalam majlis ini bercambah, boleh jadi penasihat, boleh beri pandangan.

(*Transkrip suntingan Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim dari Ucaptama Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada Khamis, 17 Disember 2015)

UMNO Dan PAS Tidak Akan Bertelagah - PM

Share dpd KLXpress

 UMNO Dan PAS Tidak Akan Bertelagah - PM

Bah.3 Ucapan Penuh Haji Hadi Awang Di Majlis MULTAQA SERANTAU ALUMNI 2015

Share dpd KLXpress

 Ucapan penuh Alim Rabbani Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) di Multaqa Serantau Alumni Al Azhar.

Bah.2 Ucapan Penuh Haji Hadi Awang Di Majlis MULTAQA SERANTAU ALUMNI 2015


Share dpd KLXpress

 Ucapan penuh Alim Rabbani Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) di Multaqa Serantau Alumni Al Azhar.

Bah.1 Ucapan Penuh Haji Hadi Awang Di Majlis MULTAQA SERANTAU ALUMNI 2015

Share dpd KLXpress

Ucapan penuh Alim Rabbani Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) di Multaqa Serantau Alumni Al Azhar.

Thursday, December 17, 2015

USTAZ NASSIR - SIRAH NABI SIAPA PEMEGANG KUNCI KAABAH BHG 2

By Unggul Gongkiat


Bahagian 2 Sambungan daripada Bahagian 1...siapakah yang diamamah memegang pintu kunci Kaabah?

USTAZ NASSIR - SIRAH RASULULLAH - SIAPA PEMEGANG KUNCI KAABAH BHG 1

By Unggul Gongkiat


Siapakah yang diamanahkan oleh Rasulullah untuk memegang kunci pintu Kaabah selepas pembukaan Kota Mekah ?

ULAMAK TERENGGANU TOKKU PALOH

Kenali tokoh ulama' kite..
SYED ABDUL RAHMAN (TOKKU PALOH)
PROFIL****
Nama sebenar = Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus.
Pangkat = Qutubul Ghaus (tiap 100 tahun seorang)(sumber dari guru)
Asal = Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tahun lahir = 1817
Tahun wafat = 1917 (usia 100 tahun)
Sumbangan = Ulama besar Terengganu pada abad ke-19.
Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah. Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.
Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan. Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah,” demikianlah jawapan ulama besar itu. Mendengar jawapan sindiran ulama itu, British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi, dengan izin Allah, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka.
Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?” sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu. Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.
Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan jika beliau naik. Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta merta.
Pada masa yang lain pula, penjajah itu cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu dijaga pahlawan Melayu yang siap bersenjata sejauh mata memandang. Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup. Demikianlah antara beberapa kisah Tokku Paloh, seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan British pada peringkat awal di Terengganu.
Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.
Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tokku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh. Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.
Walaupun dikenali sebagai ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal. Malah, ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untuk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.
Tokku Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman. Sekembalinya dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.
Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan Syahadat Tokku iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya. Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.
Dalam usaha memastikan kawasan pentadbirannya terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang, Tokku Paloh menubuhkan pasukan penguat kuasanya sendiri yang dikenali sebagai Budak Raja. Pasukan Budak Raja ditugaskan menjaga keamanan sama seperti fungsi pasukan polis pada hari ini. Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat terjaga, Tokku Paloh gemar keluar pada malam hari malah pada hari tertentu, beliau keluar dengan mengenakan kain selubung di kepala.
Tindakannya itu bertujuan membolehkan beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya beliau mendapati ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh akan memerintah Budak Raja membuat tangkapan pada keesokan hari. Ulama itu juga memiliki mahkamah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan pentadbirannya.
Usaha beliau itu mendapat perkenan daripada pihak istana. Hubungan rapat antara Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tokku Paloh. Malah, seorang daripada isteri Tukku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri.
Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.