Wednesday, December 2, 2015

PERNIAGAAN AMAZON . COM

Fariza Kamaludin 

Fariza Kamaludin's photo.
Pernah bermula di sebuah garaj, kini perniagaan ini mendapat keuntungan 47 billion
Sebagai laman web yang satu ketika dulu bermula dengan menjual buku di internet tetapi kini telah berkembang dan menjual berbagai jenis barangan.
Ketika ini, ribuan pekerja Amazon mula melakukan kerja-kerja membungkus berjuta-juta tempahan runcit daripada pelanggan laman web gergasi ini.
Untuk mengendalikan tempahan yang meningkat secara mendadak setiap kali menjelang perayaan Krismas, Amazon mempunyai lebih daripada 80 pusat pengedaran yang mana jika ia diletak dan disusun bersama akan menghasilkan keluasan lebih daripada 700 rakaman di Madison Square Gardens, dan dapat menahan lebih banyak air daripada 10,000 kolam renang di sukan Olimpik.
Dan kesibukan ini tidak hanya terhenti pada bulan ini saja tetapi berterusan sehingga ke akhir tahun.
5 gudang Amazon terletak di USA, UK, Kanada, Jerman dan Poland. Angka-angka yang diberikan di dalam artikel adalah daripada data statistik yang dikumpulkan oleh statista.com, DMR dan Michael Hyatt.
Kotak-kotak bungkusan tempahan inilah yang telah menyumbang kepada pendapatan bersih Amazon di peringkat global sebanyak £47 bilion.
Kesemua tempahan dikendalikan oleh pekerja Amazon yang berjumlah lebih daripada 100,000 orang.
Tugas mereka meliputi pembungkusan semua jenis tempahan. Kos penghantaran saja sudah mencecah £2 billion (pound).
Nilai transaksi jualan yang berlaku telah menyumbang kepada nilai jenama Amazon sebanyak £28 bilion.
Setiap bulan lebih daripada 160 juta pelawat mengujungi website Amazon.com
Trafik ke website Amazon yang tinggi setiap bulan telah menyumbang kepada peningkatan perolehan sebanyak 22% setiap tahun.
Di Amerika Syarikat, capaian pengguna dalam talian Amazon.com ialah 72%.
Bila website Amazon.com mengalami masalah, ia adalah perkara buruk bukan saja bagi warga kerja tetapi juga pelanggan mereka.
Pada tahun 2013 website Amazon.com pernah down selama 49 minit. Akibatnya mereka mencatat kerugian berjumlah £3.6 juta.
Ramai pelanggan mereka yang kecewa sewaktu insiden tersebut berlaku.
Terutama bagi 20 juta ‘prime users’Amazon.
Prime Service merupakan perkhidmatan / servis penghantaran dengan kadar yang lebih cepat. Adakala penghantaran dibuat pada hari yang sama tempahan diterima.
Di masa depan, tidak mustahil jika ada antara tempahan pelanggan mereka yang dihantar menggunakan drone.
Pada tahun lepas saja, jualan di Amazon Marketplace telah mencatatkan jualan berjumlah 1 billion.
Pada jualan Cyber Monday di tahun 2013, 426 barangan terjual setiap saat di Amazon.
Meskipun mempunyai bilangan pekerja dan kakitangan yang ramai, robot juga masih tetap digunakan untuk melancarkan kerja agar tempahan yang diterima dapat diproses dengan lebih pantas.
Menjelang akhir tahun ini, dijangkan Amazon akan mempunyai lebih daripada 10,000 robot.

No comments:

Post a Comment