Sunday, June 30, 2013

Myanmar must act to stop violence now, says Malaysia


Malaysia has urged the Myanmar government to act immediately to address the ongoing inter-communal violence in the country.
Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said this in a bilateral meeting with Myanmar's Foreign Minister Wunna Maung Lwin at the 46th Asean Foreign Ministers Meeting (AMM) which began yesterday in Bandar Seri Begawan, Brunei.
A statement from the Asean-Malaysia National Secretariat, Foreign Affairs Ministry, here said Anifah conveyed Malaysia's concern, saying it had also affected neighbouring countries, including Malaysia.
He urged the Myanmar government to bring the perpetrators of violence to justice in a fair and transparent manner.  He also sought the agreement of the Myanmar government to allow the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) Contact Group to visit Myanmar and be given the fullest cooperation to help fulfil its mandate.
Besides the 46th AMM, other events here include the Post-Ministerial Conferences (PMC), the 20th Asean Regional Forum, Asean Plus Three Foreign Ministers’ Meeting, and the 3rd East Asia Summit Foreign Ministers’ Meeting.
The gathering ends on Tuesday.
Bernama,

PAS: No unity govt even if 'hung state' after Kuala Besut polls

Harakahdaily,
Jun 28: There will be no unity government with UMNO even if PAS wins the Kuala Besut state seat resulting in a hung state assembly in Terengganu, said PAS secretary general Mustafa Ali.

Mustafa, a veteran party leader in Terengganu who once served in the Federal cabinet participated by PAS, said the Islamic party had "enough of BN".

“No unity government with UMNO anywhere in Malaysia. We have enough of BN,” Mustafa was quoted as saying by Malay Mail Online.

The by-election follows the death of BN's Dr Abdul Rahman Mokhtar on Wednesday, two months after he defeated PAS's Napisah Ismail by a majority of 2,434 votes.

Mustafa’s call echoed strong statements in recent times by PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat vowing to oppose any effort from within the party to forge cooperation with UMNO.

Some analysts have said that the east-coast state, which BN narrowly secured by a two-seat lead in the May 5 general election, could see fresh elections in the event PAS wins Kuala Besut, resulting in an equal share of seats between BN and PR.

But Terengganu MCA chief Toh Chin Yaw reminded PR not to be too excited about the possibility of having fresh elections if BN is defeated, saying the state Speaker can ultimately decide who forms the government.

PKR vice president Tian Chua echoed Toh’s view, saying the Speaker would have the final vote.

“Speaker will give his vote and BN will continue to rule,” he was quoted as saying by Bernama.

Kenapa Mahathir masih jadi penasihat Petronas?

Hazayani Zakaria, 28 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Petronas berhubung pelantikan mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat badan petroleum itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (gambar) berkata, merujuk kepada Akta Kemajuan Petronas 1974 (PDA), kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan itu.

“Di bawah peruntukan apa Tun Dr Mahathir menjadi penasihat kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kerana merujuk Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5, penasihat termaktub di bawah sebuah majlis bukan individu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu turut menggesa Majlis Penasihat Petronas ditubuhkan dengan meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini.

"Wujudkan Majlis Penasihat dan ahli-ahli dari wakil negeri yang mengeluarkan minyak itu ada bersama dalam majlis penasihat itu, bukan wakil Petronas sahaja,” katanya.

Merujuk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang meletakkan kuasa dan hak ke atas petroleum yang dimiliki oleh negeri-negeri adalah diserahkan kepada Petronas dan sebagai balasan Kerajaan Negeri-Negeri akan dibayar bayaran tunai (Klausa 4 Akta PDA menyebut perkataan the Governments of the relevant states).

Selain itu, beliau mempersoal penganugerahan satu kawasan cari gali minyak kepada syarikat individu bernama Pexco.

Pexco milik Ananda Krishnan yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Tun Mahathir.

"Satu kejutan kepada kami bagaimana satu kawasan besar minyak dan gas diberi kepada syarikat individu terutamanya orang yang begitu rapat dengan Tun Mahathir.

"Kalau kita bandingkan ini akan menguntungkan syarikat individu tertentu, jika kita bandingkan apa yang telah berlaku di Kelantan dan Terengganu di mana royalti mereka ditarik balik sedangkan individu dapat projek besar," tegasnya.

Sumber harakahdaily

Friday, June 28, 2013

SPR: Dakwat lebih baik untuk p'raya kecil K Besut



 
Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu akan menggunakan dakwat kekal yang lebih baik dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Laporan Sin Chew Daily di lamannya hari ini menyebut demikian dengan memetik kenyataan Wan Ahmad.
Penggunaan dakwat tersebut menimbulkan kontroversi apabila terdapat pengundi yang berjaya menanggalkanya dengan mudah ketika pilihan raya umum 5 Mei.

Isu berkenaan kini menjadi antara perdebatan utama di Dewan Rakyat apabila seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan bahawa bahan kimia dalam dakwat kekal itu digantikan dengan bahan pewarna makanan.

Shahidan juga menjelaskan bahawa, nama syarikat pembekal tersebut tidak boleh didedahkan, didakwa atas sebab keselamatan.

Sementara itu, seorang lagi menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga menjelaskan, dakwat tersebut tidak mengandungi bahan kimia berbahaya bagi memastikan keselamatan rakyat.

Ia berbeza dengan dakwat kekal yang kekal sehingga dua bulan seperti digunakan di India, yang menurutnya memberi kesan yang bahaya kepada masyarakat.

Blok pembangkang pula masih belum berpuas hati dengan penjelasan kerajaan dan mengancam untuk mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat tersebut.

MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa syarikat pembekal dakwat tersebut bukan sahaja tidak mempunyai pengalaman dan dana untuk membekal bahan tersebut.

Sumber malaysiakini

Sultan S'gor: Jangan salah tafsir undang-undang demi kepentingan pihak tertentu



 
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah baginda tidak berkenan pihak yang menyalahtafsir peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor demi kepentingan dan manfaat golongan tertentu.

Sehubungan itu, baginda menyeru semua pihak khususnya rakyat Selangor agar sentiasa menghormati dan akur pada setiap peruntukan dalam undang-undang tersebut untuk terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup.

"Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing," titah baginda pada upacara perasmian pembukaan mesyuarat penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Bangunan DUN di Shah Alam hari ini.

Sultan Sharafuddin, selaku Ketua Agama Islam Selangor, juga menitahkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui gabungan parti PAS, PKR dan DAP memberikan perhatian serius terhadap usaha meningkatkan kualiti hidup umat Islam dengan keutamaan diberikan dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Titah baginda cara kerja yang profesional dapat menangkis sebarang fitnah dan tuduhan jahat sekali gus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai addin (cara hidup yang diredai Allah).

"Perhatian serius kepada usaha memajukan umat Islam tidak pernah menjadi alasan untuk mengabaikan atau meminggirkan rakyat Beta yang lain.

"Malah kemajuan umat Islam selaku golongan majoriti di negeri ini mampu memberikan kesan positif kepada negeri dan rakyat," titah baginda.

Sultan Selangor menitahkan pimpinan kerajaan negeri memberikan tumpuan bagi memastikan prestasi ekonomi terus stabil di samping memberi penekanan terhadap pembangunan desa, modal insan, pendidikan serta kesihatan.

Titah baginda, ekonomi Selangor tahun ini dianggarkan merekodkan prestasi sederhana dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 5.6 peratus setahun seiring dengan persekitaran ekonomi dunia dan Malaysia yang sederhana.

Baginda turut menitahkan agar kerajaan negeri menyusun strategi memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkenalkan sistem jaringan bagi membantu rakyat yang menghadapi situasi ekonomi yang semakin mencabar.

"Pada masa sama, Beta ingin melihat rakyat terlibat secara aktif dalam semua aktiviti ekonomi agar kemakmuran ekonomi di negeri Selangor dapat dikecapi rakyat secara keseluruhannya," titah baginda.

-Bernama

Sultan boleh bubar DUN T'ganu, kata pakar perlembagaan



Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai - jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

Tambahnya, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri.

Abdul Aziz berkata, mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan  dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.

Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.

"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.

“Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan DUN Terengganu tergantung sekiranya PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi 17 daripada 32 DUN, dan selebihnya 15 kerusi dimenangi PAS.

Pilihan raya kecil itu bakal dijalankan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut Dr A Rahman Mokhtar dari BN.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan sebelum 27 Ogos.

Sumber malaysiakini

Wednesday, June 26, 2013

SPR: Dakwat kekal guna pewarna makanan, bukan bahan kimia

Oleh Md Izwan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui hari ini di Dewan Rakyat tiada bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, sebaliknya digantikan dengan pewarna makanan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu dalam transkrip jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang mahu SPR menjelaskan kandungan dakwat kekal tersebut memandangkan keberkesanannya semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dipersoalkan kerana boleh ditanggalkan.

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan," kata Shahidan hari ini.
Kenyataan tersebut nyata berbeza dengan penjelasan SPR sebelum ini yang mengatakan mereka menggunakan Nitrat Perak dalam dakwat kekal sebelum ini dan memberikan alasan pengurangan kandungan tersebut sebagai punca kemelut dakwat kekal tersebut ditanggalkan berlaku. Shahidan juga berkata tarikh luput dakwat kekal adalah empat bulan daripada tarikh ia dikeluarkan serta menyalahkan pengundi yang sengaja berusaha menanggalkan dakwat tersebut sebagai punca ia tidak kekal.

"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan.
"Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah tertakluk kepada individu dan usaha-usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal berkenaan," katanya lagi. - 26 Jun, 2013

Sumber themlaysianinsider

Anwar dilantik semula sebagai ketua pembangkang


 
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-13.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengumumkan perkara itu, berkata pelantikan Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 4A (3).

"Mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebulat suara mendapat sokongan daripada anggota parlimen pembangkang di Parlimen untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Anwar pertama kali dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada sidang Parlimen ke-12 selepas menang pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2008.

Sehari selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, Penasihat DAP Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dilapor menyatakan pembangkang bersetuju mengekalkan Anwar untuk mengetuai pakatan pembangkang di Parlimen, walaupun DAP memenangi lebih banyak kerusi parlimen berbanding parti sekutunya.

Selepas PRU13 pakatan pembangkang menduduki 89 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat iaitu DAP 38, PKR 30 dan PAS 21 kerusi.

- Bernama

Adun Kuala Besut meninggal, PRK pertama

Anis Nazri,

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.  Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.

Pilihan raya kecil

Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.

Jika Pakatan menang dalam  pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan.

Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.

Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN).

Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR),  Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).

Sumber harakahdaily

Tuesday, June 25, 2013

Jangan musnahkan negara - Agong



 
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan semua anggota parlimen supaya tidak mengambil tindakan yang boleh menjurus kepada kemusnahan negara kerana ia membawa implikasi amat besar terhadap masa depan tanah air.

Seri Paduka bertitah sebuah negara yang tersungkur akibat sesuatu masalah mungkin mengambil masa yang panjang untuk pulih.

"Sebuah negara yang musnah akibat persengketaan atau mengalami kejatuhan ekonomi belum tentu dapat bangkit semula dalam tempoh yang singkat," titah Seri Paduka ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Tuanku Abdul Halim sekali gus menggesa semua anggota parlimen supaya merapatkan saf, berganding bahu membangun dan memajukan negara.

"Beta ingin mengingatkan ahli-ahli Yang Berhormat sebagai ahli Dewan yang mulia ini agar menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara serta sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong turut mengingatkan mereka supaya bersama-sama memikul amanah rakyat yang inginkan kestabilan dan kemakmuran negara berkekalan, kesejahteraan hidup terus meningkat serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama kian utuh.

Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat pula perlu memainkan peranan dan bekerjasama dalam membantu kerajaan merealisasikan amanah itu.

"Beta mengucapkan tahniah kepada semua ahli Dewan yang telah dipilih oleh rakyat. Harapan Beta kepada ahli-ahli Yang Berhormat, berkhidmatlah kepada rakyat dengan penuh dedikasi dan berintegriti," titah Seri Paduka.

Selain itu, Tuanku Abdul Halim mahu mereka sentiasa menunjukkan akhlak terpuji demi agama, maruah diri, institusi Parlimen yang mulia dan negara tercinta.

"Sematkanlah dalam sanubari bahawa kehadiran ahli-ahli Yang Berhormat ke Dewan yang mulia ini adalah satu tanggungjawab bagi menunaikan janji-janji kepada rakyat," titah Seri Paduka.

Seri Paduka turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan jemaah menterinya kerana berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

"Beta yakin kerajaan akan terus berusaha dengan gigih untuk membangunkan negara bagi mencapai matlamat menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020," titah Seri Paduka.

Pada PRU13, Barisan Nasional memperoleh 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang membolehkannya membentuk kerajaan persekutuan. Pakatan pembangkang gabungan
PKR-PAS-DAP pula meraih 89 kerusi.

Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim bertitah semua pihak harus menerima dan menghormati keputusan PRU13 yang telah diadakan mengikut lunas-lunas sistem demokrasi.

Rakyat juga diminta bekerjasama serta berganding bahu dengan kerajaan bagi membolehkan negara melangkah ke depan untuk mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Beta percaya komitmen kerajaan dalam merealisasikan agenda transformasi nasional melalui program-program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) akan memanfaatkan segenap lapisan masyarakat baik dari segi ekonomi, sosial, keselamatan dan politik," titah Seri Paduka.

Dalam mencapai hasrat itu, Tuanku Abdul Halim yakin kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap nilai-nilai akauntabiliti, integriti, pematuhan undang-undang dan tadbir urus yang baik.

- Bernama

Nikmat Allah mana yang kamu dustakan?

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man,
Fakta mengenai susah hati:

1. Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam - namun ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah.

2. Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula?

3. Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita tercapai dan perniagaan kita mencapai keuntungan.

4. Kita dimarahi di tempat kerja, kita menjadi marah, kecewa dan putus asa, adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik.

5. Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin, dia menjadi susah hati dalam menghadapi kehidupan, adakah beliau akan menjadi kaya?

6. Ada yang terkilan kerana apa yang dikatakan oleh musuh - sedarkah bahawa dengan terkilan, anda sebenarnya sedang membantu serangan musuh pada diri sendiri.

7. Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang dihajatkan dan didoakan tidak kunjung tiba. Lagi dia berada dalam kesedihan, lagi benda yang dihajatkan tidak kunjung sampai.

8. Orang yang susah hati - air jernih disangkakan racun, bunga ros dilihat kaktus, taman hijau seolah gurun dan merasakan diri hidup di penjara di bumi Allah yang luas ini.

Apabila menghadapi sebarang situasi buruk, kawal minda, jangan susah hati, kerana susah hati akan menarik lebih banyak situasi yang tidak diingini kerana air liur beracun yang ditelan bertambah dalam keadaan kita sedih. Ingatlah semuanya adalah sebahagian daripada ujian Allah, dan Allah tidak akan menguji kita di luar kemampunan kita.

Apa yang perlu disedih sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua telinga, mulut, tangan, kaki, lidah, jantung, ketenangan dan badan yang sihat?

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" (surah ar-Rahman : ayat 13)

Ingatlah, tiada istana yang boleh melindungi anda akibat dan musibah yang melanda anda akibat dari kesedihan dan kemurungan anda - meskipun anda jutawan, berjawatan tinggi dan mempunyai anak dan isteri yang baik.

Senyum senantiasa perisai semulajadi Allah kepada manusia dalam menghadapi ujiannya.

Monday, June 24, 2013

Bonus Setengah Bulan Gaji Sebelum Perayaan Aidilfitri Ini?


PM akan tentukan bonus penjawat awam, kata KSN 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah di Dewan Rakyat. Gambar Afif Abd Halim.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) yang akan membuat keputusan berhubung pemberianbonus untuk penjawat awam tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata keputusan itu akan dibuat Najib selaku Menteri Kewangan sempena pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Okt ini.

"Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Seramai 1,374 petugas dari 42 Jabatan/Agensi/Bahagian Jabatan Perdana Menteri menerima anugerah itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN, meminta penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam.

"Penjawat awam (menerusi program itu) akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

"Ini adalah satu pendekatan baharu di mana kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.

Beliau juga mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan membina daripada seluruh penjawat awam demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

"Kita semua (penjawat awam) perlu senang dihubungi dan didekati. Saya berharap agar sebarang maklum balas yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian," katanya. -- Bernama, 24 Jun, 2013.

Puasa elak penyakit tingkatkan taqwa

Ahmad Baei Jaafar,
Selalu kita dengar orang berkata, jangan pentingkan diri sendiri, malah ustaz-ustaz juga sering mengingatkan anak muridnya supaya selalu mementingkan orang lain. “Jika kita selalu memberi nanti kita akan mendapat pulangannya,” kata pakar motivasi.

Persoalannya berapa ramai yang selalu memberi dan terus memberi, tetapi tidak mendapat pulangan yang sewajarnya? Tidak dinafikan, terdapat beberapa orang yang sering menyumbang hingga akhirnya dia pula yang jatuh miskin. Di manakah silapnya teori di atas.

Jawapan yang sering diterima ialah, boleh jadi dia tidak ikhlas dalam memberi, apatah lagi kalau dalam memberi itu dia mengharapkan pulangan pula. Ya keikhlasan hati kita amat besar nilaiannya di sisi Allah. Oleh sebab itu betulkan hubungan dengan Allah zahir dan batin.

Isu di atas ada kaitan dengan formula berikut, “Dalam hubungan kita dengan Allah kita perlu pentingkan diri sendiri, tetapi dalam hubangan dengan manusia kita perlu pentingkan orang lain.” Pelikkan bunyinya, tetapi itulah kaedah yang sewajarnya dipraktikkan oleh umat Islam.

Oleh sebab kita sudah hampir masuk ke bulan Ramadan, formula ini cuba kita kaitkan dengan Ramadan dan amalan puasa. Sebaik sahaja kita melangkah masuk ke bulan Ramadan kita secara semula jadi akan berhadapan dengan Allah dan Manusia, malah akan lebih kerap mengadakan hubungan dengan dua pihak ini.

Hubungan dengan Allah

Puasa adalah ibadah yang menghubungkan manusia dengan Allah, sama juga dengan ibadah lain termasuk ibadah zakat.  Bukan itu sahaja, malah semua ibadah sunat mesti wujud hubungan antara manusia dengan Allah. Sebaliknya ibadah itu akan menjadi sia-sia jika dalam melakukan sesuatu ibadah hatinya terpaut kepada manusia.

Berdasarkan formula itu, apabila seseorang itu berpuasa, mereka perlu pentingkan diri sendiri. Maknanya mereka perlu pastikan bahawa sahur dilakukan mengikut peraturan yang sebaiknya. Semasa berpuasa pastikan mereka tidak melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Pada masa yang sama jangan pedulikan orang lain sama dia puasa ke, dia bersahur ke, dia jaga mata ke, tidak perlu diberi komen. Biar urusan mereka dengan Allah.

Pada waktu malam pula, kita bersiap-siap untuk melakukan solat sunat tarawih. Jadi, pastikan kita hadir awal dan solat Isyak berjemaah dan sunatnya dengan sempurna. Kita perlu pastikan solat itu terbaik yang hendak kita persembahkan kepada Allah. Malah perlu kita pastikan yang solat sunat tarawih yang dilakukan terbaik dan paling sempurna. Sebaliknya jika terasa kurang disesali dan diusahakan peningkatannya.

Bayangkan jika semua umat Islam boleh jaga kepentingan diri sendiri dalam ibadah di atas, tentu mereka tiada masa untuk memikirkan kepentingan orang lain. Mereka tiada masa lagi untuk memikirkan ibadah orang lain sama ada betul atau tidak, sempurna atau tidak, sah atau tidak. Percayalah kalau kita tidak fikirkan kepentingan orang lain, kita telah selamat daripada dosa bertekak, dosa mengumpat dan dosa melakukan kerja yang sia-sia.

Kalau begitu kedudukannya, setiap kali kita berpuasa hubungan kita dengan Allah bertambah rapat dan tidak syak lagi dengan perhatian serius dalam hubungan ini akan menjadikan ibadah puasa kita itu lebih berkualiti. Ketika itu kita bukan sahaja sihat fizikal, malah sihat mantel dan segala-galanya. Hal ini kerana kita sudah tidak stres dalam memikirkan hal orang lain. Pada masa yang sama kita akan dianugerahkan sifat taqwa kerana takut untuk melakukan dosa terhadap manusia.
Hubungan dengan manusia

Dalam bulan Ramadan juga kita perlu melakukan hubungan dengan manusia seperti berniaga, bertolong bantu, berderma, memberi hadiah, nasihat ke arah kebaikan dan mengajar. Dalam menjayakan urusan ini, kita diminta supaya selalu menjaga kepentingan orang lain. Elak daripada mengambil kesempatan bagi faedah diri sendiri.

Seorang peniaga sebagai contoh, sewaktu menjual barangannya kepada pembeli perlu pastikan barangan itu berkualiti dan tidak rosak supaya pembeli mendapat manfaatnya. Tawaran harga yang ditetapkan perlu difikirkan nilainya berpatutan dan mampu dibayar oleh pembeli. Dan komunikasi antara penjual dan pembeli juga perlu dilunakkan agar tidak mengecilkan hati pelanggan.

Selain itu jika kita membuat juadah makanan untuk berbuka puasa pastkan baik, sedap dan banyak. Maka menjelang waktu berbuka puasa, bawakan sebahagian juadah itu ke rumah jiran. Semoga dengan itu mereka dapat merasai hasil kerja tangan kita. Biasanya jiran itu akan pulangkan kuih yang lain jika dia juga ada membuat kuih. Amalan seperti ini termasuk dalam menjaga kepentingan orang lain.

Begitu juga kalau kita boleh mengajar atau memberi nasihat kepada kawan-kawan dalam soal makruf tentu perbuatan itu termasuk dalam menjaga kepentingan orang lain. Dan amalan yang paling bermanfaat ialah membantu orang susah dengan berderma atau bersedekah dalam bulan Ramadan. Amalan ini semua akan dinilai oleh Allah sebagai kebajikan.

Percayalah dengan amalan menjaga kepentingan orang lain ini, taqwa kita akan meningkat dan bertambah baik. Paling baik lagi kalau amalan itu diteruskan walaupun selepas bulan Ramadan. Jadi, mana-mana umat Islam yang dapat menjaga kedua-dua kepentingan itu, sahlah mereka akan beroleh sehat dan taqwa.

Sumber harakahdaily

Husam bebas dengan jaminan polis

Salmah Mat Husain,

Husam diiringi isteri bersama pimpinan PAS Kelantan dan para penyokong bertemu Tuan Guru Nik Abdul selepas dibebaskan.

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan sejak awal pagi semalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang ini.

Beliau diiringi isteri, Datin Rohana Abdul Rahman dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud.

Laungan takbir bergema oleh lebih 300 penyokong yang menunggu sejak awal lagi.

Perasaan sebak juga turut dirasai oleh orang ramai apabila seorang lelaki tiba-tiba memeluk Husam sambil menangis tanda bersyukur dan terharu.

Sebelum ini, isteri beliau yang telah lama berada di ruang pekarangan IPD Kota Bharu untuk menyambut pembebasan dan kepulangan suami tercinta berharap Husam dibebaskan hari ini.

Sementara itu, Pertubuhan R Kelantan dan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program menyambut pembebasan Naib Presiden PAS itu malam ini.

Program berkenaan akan diadakan di Masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.

Presiden R, Nazri Deraman ketika menghubung Harakadaily berkata, program berkenaan bermula selepas solat Isyak berjemaah dan solat hajat.

Jelasnya, selepas itu juga ceramah daripada 15 orang pimpinan masyarakat juga akan diadakan malam ini.

“Semua dijemput hadir beramai-ramai dan sebarkan,” ujarnya.

Malam tadi, seramai 150 orang termasuk bekas Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman membaca surah Yasin beramai-ramai di luar pagar IPD Kota Bharu.

Sumber harakahdaily

Lim urges Malaysians to condemn Husam's detention

Harakahdaily,
Jun 24: DAP advisor Lim Kit Siang has come out strongly against yesterday's extension of remand on PAS vice president Husam Musa, saying "all right-thinking Malaysians" must condemn the arrest for its gross abuse of power.

Lim (right) said the arrest of Husam, who was nabbed on Saturday on his way to the Blackout 505 rally at Padang Merbok, was yet another proof that nothing had changed despite prime minister Najib Razak's 'transformation' slogan.

Husam was detained by police to investigate him under Section 4 of the Sedition Act 1948, believed to be in connection with a statement by him that those attending the gathering on Saturday were engaging in a jihad (holy war) and therefore can be considered martyred if they died in that cause.

But Lim said if Husam's words were considered seditious, so too were "the series of seditious statements" by former prime minister Dr Mahathir Mohamad.

"Malaysians are asking why the police have not even questioned, let alone remanded, former Prime Minister ... who had been guilty of making a series of seditious statements before, during and after the 13th General Elections, utterly reckless of the damage he was doing to inter-racial harmony with his racist lies and falsehoods," he said.

He also questioned why former Court of Appeal judge, Mohd Noor Abdullah - a supporter of UMNO's right-wing offshoot Perkasa - had not been questioned, despite his warning to Malaysian Chinese to prepare for a backlash from the Malays for snubbing Barisan Nasional in the recent elections.

"With Husam’s two-day remand, Malaysians are being told that the days of selective prosecution, discriminatory treatment and abuses of power by those in authority continues to be the order of the day," Lim added.

Earlier, PAS's legal and human rights committee questioned the need for police to extend Husam's remand since the case against him was straightforward.

Echoing this, Lim said the authorities had no reason to detain Husam and called for immediate release.

"Husam is not going to be a fugitive from the law, and the police authorities have no reason to believe that the PAS leader would not co-operate with the police with regard to the police investigations."

Seorang tahanan demo parlimen cedera teruk

http://wasukalu.blogspot.com,


Terkini .. para demonstran yang berdemo di parlimen telah ditangkap. Ketika berdemo mereka baring terlentang di jalanraya tetapi apabila ditangkap mereka digari dan dibiarkan berbaring dalam keadaan meniarap di atas rumput di tepi jalanraya.

Chegu Bard di time linenya mendakwa seorang lelaki muda yang  bernama Shauki yang merupakan salah seorang tahanan kerana demo di parlimen telah dipukul polis.

Beliau mengalami kecederaan yang agak teruk di muka. dahinya dan pipinya bengkak. Bengkak di pipinya kelihatan berdarah.



Selepas ditangkap dan digari
ketika berdemo
Kumpulan yang mengadakan demo di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen sejak jam 10 pagi ini dilaporkan cuba melepasi sekatan Polis yang berkawal kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Ini menyebabkan keadaan bertukar tegang,kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.

Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.

25 ditahan dalam protes di hadapan parlimen

Salmiyah Harun,


KUALA LUMPUR: 25 aktivis ditahan sehingga jam 12.00 tengah hari ini sewaktu mengadakan protes di hadapan pintu masuk Parlimen termasuk Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar.

Mereka kini dibawa ke IPD Dang Wangi.

Mereka adalah antara lebih 50 anak muda yang mengadakan protes di hadapan parlimen hari ini bagi mendesak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakan jawatan.

Ada di antara mereka berbaring di tepi jalan menuju ke pintu masuk bangunan parlimen sementara menunggu rakan-rakan mereka yang lain menyerahkan memrandum kepada ahli-ahli parlimen.

Mereka mula mengadakan protes ini kira kira jam 9 pagi.

Kumpulan ini terdiri dari gabungan NGO anak muda yang sejak kelmarin berkampung dalam khemah di Padang Merbok sejurus tamatnya Himpunan Aman Black 505.

Antara kumpulan itu termasuklah GM13, NGO Royalti, Asalkan Bukan Umno (ABU), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) antara yang terlibat dalam protes ini.

Antara tuntutan yang diminta oleh anak muda ini termasuk mendesak SPR diletakkan di bawah parlimen, menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat peranan SPR dan jabatan pendaftaran negara atas isu yang berbangkit pada PRU lalu.

Selain itu mereka turut menunut parlimen membincangkan tentang penipuan dakwat kekal dan perletakan jawatan dan permohon maaf secara terbuka oleh pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Sementara itu, kumpulan mereka yang berkumpul dihadapan pintu masuk bangunan parlimen dihalang oleh pihak polis apabila cuba untuk memasuki kawasan parlimen.

Sebelum ini, berlaku sedikit pergelutan antara beberapa anggota kumpulan itu dengan pihak polis.

Polis turut menahan tiga daripada mereka termasuk aktivis pelajar Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar.

Sumber harakahdaily

Pandikar Amin cadang Pakatan tubuh “Kabinet Bayangan”

Oleh Md Izwan
Pandikar Amin cadang Pakatan Rakyat tubuh "Kabinet Bayangan" hari ini. Gambar oleh Afif Abd. HalimPakatan Rakyat (PR) dicadangkan untuk menubuhkan satu "Kabinet Bayangan" dalam sidang Dewan Rakyat Ke-13, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas dilantik untuk penggal kedua dalam ucapan pemasyhuran di Parlimen pagi ini.
Pandikar yang baru dilantik selepas memenangi pengundian dengan 133 undi berkata cadangan tersebut bertujuan untuk memudahkan proses perdebatan apabila Dewan Rakyat mula bersidang secara rasminya nanti.
"Saya berharap perubahan ini akan disusuli dengan pengwujudan barisan Kabinet Bayangan untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas-pembahas utama daripada pihak pembangkang," kata Pandikar.
Disamping itu, Pandikar juga menjelaskan kedudukan ahli Parlimen pada Dewan Rakyat kali ini disusun mengikut jawatan paling kanan berbeza dengan dahulu yang mengikut blok parti bertujuan untuk memudahkan keutamaan diberikan kepada para mereka semasa berdebat.
"Sementara itu, dalam hal-hal berhubung dengan pengendalian majlis mesyuarat pasti stailnya juga akan berbeza dari Parlimen ke-12.
"Disamping itu, saya perhatikan tempat duduk ahli-ahli Parlimen terutama sekali daripada pihak pembangkang telah juga diubah mengikut ke kananan sebagai satu parti berbeza semasa Parlimen ke-12 dimana tempat duduk MP mengikut blok parti masing-masing," tambahnya lagi.
Pandikar menang pengundian selepas menewaskan calon pembangkang PR, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.
Abdul Kadir dicalonkan oleh MP Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh MP Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Walau bagaimanapun sesi pengundian Speaker bermula dengan kekecohan selepas Ahli Parlimen (MP) pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mempertikaikan arahan mewajibkan MP menulis nama mereka di atas kertas undi sebaliknya mahukan hanya tandatangan sahaja ditulis.
MP Puchong (DAP) Gobind Deo Singh, MP Batu (PKR) Tian Chua dan MP Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan ketetapan arahan Dewan Rakyat sedemikian tidak diperlukan.
"Ini tidak masuk akal," kata Gobind sebelum majlis angkat sumpah MP bermula.
Sementara itu, dua wakil daripada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said telah dilantik sebagai Timbalan Speaker pada sidang Dewan Rakyat Ke-13 kali ini.
Pandikar dalam ucapannya lagi juga menggesa supaya MP yang baru mengangkat sumpah agar mencerminkan imej sebagai seorang wakil kepada rakyat dan menunjukkan kematangan semasa berdebat.
"Marilah sama-sama kita menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dewan yang mulia dengan penuh dedikasi, beramanah dan berkesan," kata Pandikar. - 24 Jun, 2013.

Sumber themalaysianinsider

Pandikar Amin dipilih semula sebagai Speaker


Tan Sri Pandikar Amin Mula dipilih semula ke jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada hari pertama persidangan Parlimen untuk penggal ke-13 hari ini.
Beliau mengangkat sumpah jawatan berkenaan selepas pengundian bersurat dijalankan dalam sesi pagi ini.

Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah mempengerusikan acara berkenaan.

Pandikar menang dengan 133 undi, menewaskan calon dari blok Pakatan Rakyat, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.

Sunday, June 23, 2013

Sg Batu Lembah Bujang berpotensi diiktiraf warisan dunia



 
Tapak Warisan Arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang dekat Sungai Petani, dipercayai tamadun tertua di Asia Tenggara, mempunyai ciri-ciri untuk diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata tapak bersejarah yang dipercayai wujud pada tahun 110 Masihi iaitu 1,900 tahun lalu itu merupakan penemuan penting yang menjadi salah satu bukti kewujudan Kerajaan Kedah Tua selain berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.

"Sebaik-baiknya tempat ini diwartakan di bawah Unesco dan jika itu dapat dilakukan mungkin bajet yang lebih besar dapat diminta daripada Kerajaan Persekutuan (untuk pembangunan tapak warisan itu)," katanya pada sidang media selepas melawat tapak warisan berkenaan semalam.

Mukhriz berkata tapak warisan itu mempunyai keistimewaan tersendiri apatah lagi dengan penemuan industri peleburan besi yang menunjukkan wujudnya aktiviti perdagangan di situ pada abad pertama Masihi.

"Harapan saya agar kawasan ini boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan tanpa menjejaskan integriti tempat yang penuh bersejarah ini...pelancong boleh melihat kerja-kerja ekskavasi yang sedang diusahakan oleh USM (Universiti Sains Malaysia)," katanya.

Difahamkan, penemuan tapak arkeologi di Sungai Batu itu akan mengubah perspektif sejarah negara dan meletakkan Malaysia sebagai pusat wujudnya tamadun manusia tertua di Asia Tenggara.

Kajian dan penyelidikan yang dijalankan di situ sejak 2009 membawa kepada beberapa penemuan antaranya tapak ritual yang terbenam pada kedalaman 1.5 meter, serpihan tembikar, industri peleburan besi dan perdagangan.

Susulan itu, sejumlah RM20 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Warisan Negara untuk pengambil-alihan tanah di tapak arkeologi Sungai Batu serta projek pembinaan infrastruktur di kawasan berkenaan.

- Bernama

erebu: PM isytihar darurat di Muar, Ledang


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel menerusi posting terbaru dalam facebook beliau.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang berkuat kuasa serta merta selepas bacaan IPU melebihi 750," kata Palanivel.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ini ialah 746.

Bagaimanapun setakat 11 pagi ini, bacaan IPU di Muar mencatatkan sedikit penurunan kepada 690 tetapi masih pada tahap bahaya.

Berdasarkan indeks kualiti udara, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Pada 2005, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor diletakkan di bawah status darurat jerebu apabila bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu melebihi 500, tahap yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada kesihatan.

IPU tertinggi direkodkan di Malaysia ialah di Sarawak pada 1997 dengan bacaan 860.

Palanivel dalam posting terdahulu di facebook beliau hari ini berkata keadaan jerebu di tiga bandaraya di Malaysia termasuk di Muar telah mencecah para berbahaya.

Dua bandar di Melaka -- Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai -- juga berada pada paras bahaya setakat 7 pagi ini, masing-masing dengan bacaan IPU 357 dan 334.

Keadaan jerebu di dua kawasan itu semakin merosot pada 11 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 415 dan 428.

-Bernama

Husam Musa direman dua hari untuk siasatan mengikut akta hasutan

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa direman dua hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai 'mati syahid' baru-baru ini. Perintah tahanan reman sehingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Habri Muhamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di mana Husam ditahan.

Polis membuat permohonan untuk menahan reman Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Salor melalui Pegawai Penyiasat ASP Noland A/L Janah.
Husam, 54, ditahan pada 4 petang semalam di Kampung Pandan, Ampang, Selangor oleh polis Bukit Aman dan kemudiannya dibawa ke Kota Baharu malam tadi.

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan Black 505 di Padang Merbok di sini semalam dianggap sebagai 'mati syahid'. Bercakap kepada pemberita, Peguam Hisham Fauzi berkata seramai 10 peguam akan mewakili Husam bagi kes tersebut.

Wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan memasuki IPD berkenaan yang dijadikan mahkamah majistret sementara. -
Bernama, 23 Jun, 2013.

Saturday, June 22, 2013

Dewan Rakyat bermula Isnin, dijangka lebih 'hangat



Persidangan pertama Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini dijangka mendapat perhatian ramai terutamanya selepas banyak spekulasi yang melabelkan mesyuarat kali ini akan lebih 'hangat'.

Borak-borak politik masyarakat Malaysia juga tentunya bertambah rancak jika sidang Dewan Rakyat itu disiarkan secara langsung bagi sesi soal jawab selama sejam, sepertimana dinyatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Berdasarkan Takwim Dewan Rakyat, mesyuarat pertama Dewan Rakyat Isnin akan bermula dengan acara pemilihan Yang Dipertua (YDP) Dewan, majlis angkat sumpah anggota Parlimen, diikuti usul untuk menamakan dua Timbalan Yang Dipertua.

Urusan majlis itu perlu diselesaikan sebelum acara perasmian mesyuarat penggal pertama disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Selasa.

Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua dewan yang baharu yang dipersetujukan oleh anggota dewan manakala jawatan dua timbalan akan dipilih oleh para anggota Parlimen daripada kalangan mereka.

Persidangan Dewan selama 16 hari itu merupakan mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13 yang diadakan selepas pilihan raya umum 5 Mei lepas.

Komposisi anggota Parlimen kali ini ialah 133 Barisan Nasional (BN), DAP 38, PKR 30 dan PAS 21. Kemasukan 98 muka baharu yang berbeza latar belakang pendidikan dan pengalaman juga dijangka menambah tarikan pada persidangan kali ini.

Tugas berat pastinya tergalas di bahu Yang Dipertua Dewan Rakyat dan dua timbalannya yang akan dipilih kelak untuk memastikan kelicinan perjalanan mesyuarat.

Pada persidangan kali ini, jawatan Yang Dipertua dan timbalannya akan menyaksikan pertandingan di mana pihak kerajaan dijangka menamakan semula Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai YDP Dewan Rakyat, begitu juga anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee yang mungkin kekal sebagai timbalan.

Sementara pakatan pembangkang menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai YDP dan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai calon timbalan YDP.

Jawatan timbalan YDP menyaksikan satu kekosongan setelah Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Mengulas mengenai sesi baharu Parlimen, Pandikar Amin tidak bersetuju dengan persepsi bahawa mesyuarat kali ini lebih hangat daripada sebelumnya, namun mengakui sebagai YDP bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua anggota Parlimen.

"Bagi saya keadaan semasa 2008, 2010 dan sebelum pilihan raya adalah kemuncak kerenah anggota Parlimen di dewan.

"Ini kerana mereka yang kembali dalam Parlimen ke-13 ini hampir sama personalitinya (dengan anggota Parlimen sebelum ini). Memang ada yang baharu (anggota Parlimen) tetapi kita tidak boleh menyimpulkan dengan kehadiran mereka dewan akan lebih 'dahsyat' dari yang sebelumnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya setakat ini belum nampak anggota-anggota baharu itu akan menonjolkan kepimpinan luar dugaan dalam Dewan Rakyat.

"Mungkin juga mereka itu lebih 'gentleman'...mungkin mereka akan menunjukkan contoh yang baik ketika berbahas," katanya merujuk kepada beberapa anggota Parlimen baharu pembangkang yang disebut-sebut bakal memeriahkan persidangan antaranya Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Nashrudin Hassan Tantawi (PAS-Temerloh), Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) dan Stephen Wong (DAP-Sandakan).

Bagi ramai pemerhati politik, muka-muka baharu yang dilabel sebagai 'ayam sabung' itu akan menambah kecaman dan serangan agresif terhadap BN.

Berdasarkan itu, Pandikar Amin berpandangan anggota Parlimen penyokong kerajaan (BNBBC) perlu memainkan peranan lebih berkesan kerana mereka menggalas tugas berat untuk mempertahankan kerajaan walaupun jumlah mereka kini lebih kecil.

"Tidak semestinya ramai baru dapat berkongsi (berbahas) secara objektif. Kalau ramai tetapi hujah yang dikemukakan tidak ada 'substance' buat apa," katanya.

Pandikar Amin turut berharap anggota-anggota Parlimen 'veteran' terus memainkan peranan aktif kerana jika tidak berbuat demikian tentunya akan "merugikan BN", manakala ketiadaan Konsensus Bebas disifat suatu kekurangan dalam Dewan Rakyat kali ini.

Daripada segi isu, pilihan raya umum ke-13 dijangka terus menjadi topik hangat selain Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA), isu keselamatan dan polis, termasuk kematian banduan dalam lokap serta manifesto pilihan raya.

Selain itu tumpuan juga akan diberi kepada ‘penghulu' baharu Parlimen Malaysia Datuk Seri Shahidan Kassim, yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau memegang portfolio menjaga hal ehwal Parlimen dan secara rasmi ambil alih tugas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mesyuarat pertama itu juga akan menyaksikan pelaksanaan beberapa pembaharuan termasuk penggunaan e-book (e-Buku) dan pembentangan laporan anggota Parlimen melalui visual.

Pendekatan itu bertujuan mengurangkan penggunaan kertas di Parlimen di samping melicinkan perjalanan ketika persidangan.

Pada mesyuarat kali ini tiga rang undang-undang baharu akan dibentangkan iaitu Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 2013, Rang Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah (Wilayah -Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.

Persidangan mesyuarat kali ini masih berlangsung di bangunan sementara Dewan Rakyat kerana kerja-kerja penambahbaikan dewan asal masih belum siap sepenuhnya.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-12 merupakan persidangan pertama di Blok Dewan sementara yang berlangsung pada 3 Okt 2011.

Persidangan dewan akan berjalan seperti biasa dari 10 pagi hingga 5.30 petang, dan berhenti rehat satu setengah jam mulai 1 tengah hari.

Persidangan Dewan Negara pula akan diadakan pada 22 Julai sehingga 8 Ogos.

- Bernama

15 CIRI-CIRI PENGANUT SYIAH YANG MESTI ANDA KETAHUI




Pasti anda ingin mengetahui ciri – ciri penganut agama syiah bukan? Kali ini dibongkar cara mengenali penganut agama syiah yang sesat. Semoga Syiah tidak dapat membiak ke rantau Asia kerana Syiah ini sangatlah berbahaya dan kejam.

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1. Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2. Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya

3. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4. Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5. Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6. Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7. Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8. Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9. Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

10.Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.

11.Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12. Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13. Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14. Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.

15.Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.


Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda


Sumber FB

Apa Itu Ibadah?


 العبادة اسم جامع لكل ما يحبه الله ويرضاه من الأقوال والأعمال  الباطنة والظاهرة
Ibadah adalah satu kata yang mencakup segala hal yang dicintai Allah dan diridhai-Nya, baik itu perkataan maupun perbuatan, perkara batin maupun zahir.
Asy-Syekh Al-Imam Al-’Allamah Sang Penghidup Sunnah dan Pembunuh Bid’ah Abul ‘Abbas Ahmad bin Taimiyyah ditanya tentang firman-Nya ‘Azza wa Jalla (yang artinya), “Wahai sekalian manusia, sembahlah Rabb kalian!”, “Apakah ibadah itu; apa pula cabang-cabangnya? Apakah seluruh  bagian agama termasuk ibadah atau tidak? Apakah hakikat ibadah dan apakah ibadah menempati kedudukan tertinggi atau masih ada lagi kedudukan lebih tinggi di atasnya? Mohon jelaskan kepada kami pendapat tentang masalah tersebut.”
Beliau menjawab, “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah Rabb semesta alam. Ibadah adalah satu kata yang mencakup segala hal yang dicintai Allah dan diridhai-Nya, baik itu perkataan maupun perbuatan, perkara batin maupun zahir. Dengan demikian, mendirikan shalat, berzakat, berpuasa, berhaji, ucapan yang jujur, menunaikan amanah, berbakti kepada kedua orang tua, menyambung tali kekerabatan, menepati janji, memerintahkan berbuat ma’ruf, mencegah kemungkaran, jihad melawan kaum kafir dan kaum munafik, berlaku baik terhadap tetangga maupun anak yatim dan orang miskin juga dalam kepemilikan atas manusia dan hewan ternak, berdoa, berzikir, membaca Al Quran, dan hal semisal itu merupakan bentuk-bentuk ibadah.
Demikian pula, cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah, bertaubat kepada-Nya, memurnikan agama hanya untuk-Nya, sabar atas ketetapan-Nya, bersyukur atas segenap nikmat-Nya, ridha atas keputusan-Nya, bertawakal kepada-Nya, mengharap rahmat-Nya, takut akan azab-Nya, serta contoh semisal itu merupakan bentuk-bentuk ibadah kepada Allah.
Beribadah kepada Allah merupakan puncak tujuan yang dicintai Allah dan diridhai-Nya; yang merupakan tujuan penciptaan alam semesta. Sebagaimana firman-Nya Ta’ala (yang artinya), ‘Dan tidaklah Kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.’ Pesan ini dibawa seluruh rasul yang diutus, sebagaimana ucapan Nuh kepada kaumnya, ‘Sembahlah Allah yang tiada sesembahan bagi kalian selain Dia.’ Begitu pula perkataan Hud, Shalih, Syu’aib, dan ucapan selain mereka.
Dia Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Dan sungguh Kami telah mengutus rasul bagi tiap umat (untuk menyerukan), ‘Sembahlah Allah (saja) dan jauhilah Thaghut itu,’ maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya.’
Dan Dia Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Dan tidak Kami utus seorang rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah selain Aku maka beribadahlah kepada-Ku.’
Dan Dia Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.’
Sebagaimana dalam ayat yang lain (yang artinya), ‘Wahai Rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal shaIih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui setiap hal yang kamu kerjakan.’
Dia menjadikan hal tersebut sebuah kepastian bagi para rasul-Nya hingga maut menjemput, sebagaimana firman-Nya (yang artinya), ‘Sembahlah Rabbmu hingga suatu hal yang pasti (ajal) mendatangimu.’
Dengan yang demikian ini, Dia menyifatkan para malaikat dan para nabi-Nya. Kemudian Dia Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya.’
Dan Dia Ta’ala berfirman (di akhir surat Al-A’raf) (yang artinya), ‘Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka menasbihkan-Nya, dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud.’
Dia mencela orang-orang sombong melalui firman-Nya (yang artinya), ‘Dan Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
Dan Dia menyifati hamba-Nya pilihan dengan sifat penghambaan kepada-Nya. Dia Ta’ala berfiman (yang artinya), ‘(Yaitu) mata air (dalam surga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya.’
Dan Dia berfirman (yang artinya), ‘Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati. Apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.’
Ayat yang mengisahkan perkataan setan (yang artinya), ‘Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka.’
Dan Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat.’
Dan Dia Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Dan mereka berkata, ‘Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak,’ Mahasuci Allah! Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diridhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati karena takut kepada-Nya.’
Dan Dia Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Dan mereka berkata, ‘Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.’ Sesungguhnya kamu telah mendatangkan suatu perkara yang sangat mungkar; hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh, karena mereka mendakwakan bahwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak….’
‘Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri.’
Dan Dia Ta’ala berfirman tentang Al-Masih yang dianggap sebagai tuhan sekaligus nabi (yang artinya), ‘Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang Kami berikan kepadanya nikmat (kenabian) dan Kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani lsrail.’
Oleh sebab itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadits shahih (yang artinya), ‘Jangan menyanjungku sebagaimana orang-orang nasrani memuja-muji ‘Isa bin Maryam. Sungguh aku ini hanya seorang hamba maka katakanlah, ‘Hamba Allah dan Rasul-Nya.”
Allah menyebut nabi-Nya dengan kata ‘hamba’ untuk kondisi-kondisi beliau (nabi) yang sempurna
Dia berfirman tentang peristiwa Isra’ (yang artinya), ‘Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam.’
Allah berfirman mengenai wahyu-Nya (yang artinya), ‘Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) sesuatu yang telah Allah wahyukan.’
Dia berfirman tentang dakwah nabi (shalat beliau di bawah kurma), ‘Dan bahwasanya tatkala hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembah-Nya (mengerjakan ibadah) hampir saja jin-jin itu berdesak-desakan mengerumuninya.’ (karena mendengarkan bacaan shalat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam)
Dan Dia berfirman mengenai tantangan kepada makhluk-Nya untuk membuat Al Quran (yang artinya), ‘Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu.’”
***
Muslimah.Or.Id
Marji’: Al-’Ubudiyyah, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Maktabah Asy-Syamilah.
Diterjemahkan oleh Tim Penerjemah Muslimah.Or.Id
 Sumber muslimah.or.id