Oleh: HishamAhmad
"Tahukah kita apakah dosa besar yang pelik? Ia adalah dosa Riba. Dari segi kategori dosa besar, tiada dosa besar yang Allah gambarkan dosanya seperti perang dengan Allah dan Rasul melainkan ianya dosa Riba.
“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki Riba, jika benar kamu orang- orang yang beriman. (al-Baqarah: 278).
oleh
itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba
itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan
Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu
bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.
(dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan
kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(al-Baqarah : 279)”
Mengapa Dosa Riba itu Pelik?
Biarpun
gambaran dosa Riba adalah besar, namun saya merasakan bahawa dosa Riba
kurang dihayati dan diimani oleh umat Islam di Malaysia ini. Jika
benarlah begitu, ia mungkin kerana 2 sebab iaitu (1) ia telah bersarang
dalam urusan kewangan dan ekonomi sehingga menjadi habit buruk yang
diterima, dan (2) Akibat kurang ilmu, ia dianggap dosa Pelik?
(1)
Dosa Riba ini sebenarnya dosa yang ’pelik’ dan berbeza daripada
kebanyakan bentuk dosa-dosa besar yang lain. Pelik maksudnya ialah pelik
merujuk kepada sikap dan respon manusia terhadap Dosa ini.
(2)
Masih terlalu ramai yang terlibat tetapi berbuat tidak tahu (walaupun
tahu). Sebahagian mereka pula ada yang mula berfikir, berniat atau
ketahap merancang untuk melepaskan diri namun usahanya tidak
bersungguh-sungguh.
(3)
Ada tu pula tidak begitu perihatin dalam urusan kewangan peribadi
kerana walaupun mereka memfokuskan kepada bank Islam namun masih ada
sebahagian kecil urusan mereka yang berada dalam Riba- kepada mereka
kita katakan bahawa kadar 1 transaksi Riba yang serius adalah atas
minimum wang Riba sekitar RM50-00 sahaja. Oleh itu, sebagai contoh
jumlah RM50-00 yang dibiarkan di dalam akaun simpanan Riba, sudah
merisiko panas api neraka.
(4)
Sebahagian manusia merasa kehairanan dan kebingungan kerana tak nampak
di mana rasa besar sangat dosanya berbanding dosa berzina dan dosa
minum arak atau sebagainya. Mereka tak nampak kesan buruk kepada diri
dan keluarga. Untuk mereka, kita katakan bahawa mereka sendiri yang
gagal memahami tanda-tandanya.
(5)
Dosa Riba adalah Dosa Besar. Malah lebih besar daripada setengah dosa
–dosa besar yang lain. Namun kedudukannya agak ’pelik’. Tiada kuatkuasa
atas kesalahan dan perlakuan Riba itu. Tidak seperti kesalahan zina.
Bagi kes Zina, ada penguatkuasaan ada jabatan yang memantau perlakuan
dosa ini, sehingga sampaikan timbul dakwaan dikatakan ’mengintip’ atau
’mengendap’.
(6)
Seterusnya bagi kes zina, ada proses bicara di mahkamah, ada hukuman
denda dan penjara (walaupun bukan hukuman mengikut ketetapan syarak).
Tapi tiada kuatkuasa sedemikian terhadap amalan Riba. Bahkan entahkan
ada entahkan tidak, pandangan serong masyarakat kepada pelaku dan
pengamal Riba. Mungkinkah pengamal2nya orang-orang kaya dan berduit yang
kadangkala penyumbang terbesar dana masjid dan surau dan penyedekah
juadah paling lazat semasa kenduri tahlil? Namun kita dimaklumkan oleh
ustaz Dosa Riba lebih berat daripada berzina yang bukan sekali tapi
banyak kali (tak ingat jumlah perbnadingannya.? Lantas apa maksudnya?
(7)
Tiada perundangan atau undang-undang di Malaysia sama ada pada pihak
sivil atau pihak syariah, pada peringkat pusat atau jabatan agama
negeri, yang menghalang kita melanggan produk Riba. Jadi macammana nak
rasa bersalah atau berdosa? Atau macamana nak salahkan orang Islam yang
melanggan jika ia dibenarkan untuk dilanggan?
Kesimpulannya.
Riba adalah dosa yang Pelik kerana biarpun ia dosa besar yang
betul-betul besar tetapi tidak diberikan ’P E N G H O R M A T A N’ yang
selayak baginya... oleh kerajaan dan masyarakat kita.
Kesannya,
ia dengan itu menimbulkan salah tanggapan , keraguan dan
ketidakyakinan tentang status Riba sebagai Dosa Besar dan/atau telah
menimbulkan perasaan dalam hati kebanyakan manusia bahawa dosa besar
Riba ini tidaklah sebesar mana. Astaghfirullah.
Ingatan.
Amalan Riba telah terlalu meluas. Melibatkan wang dan perbankan. Tunjang Industri kewangan. Keperluan nafsu dan keseronokan. Pada masa kini, kekuatan perbankan Riba masih menguasai pasaran jauh mengatasi perbankan Islam. Ini menunjukkan terdapat lambakan produk Riba di pasaran samada dalam bentuk pinjaman, pelaburan, simpanan,kredit kad dan sebagainya.
Ingatan.
Amalan Riba telah terlalu meluas. Melibatkan wang dan perbankan. Tunjang Industri kewangan. Keperluan nafsu dan keseronokan. Pada masa kini, kekuatan perbankan Riba masih menguasai pasaran jauh mengatasi perbankan Islam. Ini menunjukkan terdapat lambakan produk Riba di pasaran samada dalam bentuk pinjaman, pelaburan, simpanan,kredit kad dan sebagainya.
Kekuatan
wang yang besar pada dana-dana Riba ini membolehkan produk-produk Riba
di iklankan, di promosi, ditonjolkan, digambarkan dan divisualisasikan
secara yang begitu menarik dan hebat, jimat dan menguntungkan.
Proses
penyebaran maklumat pengiklanan dan promosi yang begitu meluas dengan
kadar kekerapan yang tinggi dilakukan melalui pelbagai media massa
(televisyen, radio, akhbar-akhbar, internet, cineplex, pusat-pusat
membelibelah, di majlis dan festival-festival, rumah ke rumah, panggilan
telefon, pos, sistem sms, kenderaan-kenderaan awam, banner dan poster,
di premis-premis perbankan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka
sampai hadir ’dalam mimpi-mimpi kita’.
Penawar-penawar
Riba ini digembeling oleh suatu kumpulan manusia yang begitu fokus
dalam kerja dan perniagaan mereka. Begitu mesra bersemangat dan efisyen
dalam tugasan dan perkhidmatan mereka, menjadikan kita sentiasa gembira
dengan mereka dan produk mereka dan kita akan kembali dan kembali
kepada mereka bila sahaja kita memerlukan. Kita dan generasi kita kekal
menjadi pelanggan setia.
Justeru,
seorang lelaki muda yang mempunyai pengetahuan mengenai ilmu Riba dan
penghayatan agama yang sederhana, Baru setahun dua bekerja dan
mengumpul wang. Ingin berumah tangga, ingin membeli kereta, ingin
membeli rumah, namun masih tidak cukup wang biarpun gajinya agak boleh
tahan. Penat berfikir untuk menyelesaikan masalah, lalu beliau singgah
masuk ke sebuah pusat membeli-belah untukkononnya me’relax’kan minda.
....
tiba-tiba siteruna dihampiri gadis jelita dan manja dari kaunter
promosi oleh suatu bank (konvensional) di sebuah pusat membeli belah
dengan lembut bersopan ia berkata ”Abang, singgah sekejap.. kami ada
tawaran istimewa kredit kad.. syarat kelulusan mudah.”...dengan senyuman
melirik ayu. Lantas apa berlaku?
one
thing lead to another... satu perkara membawa kepada suatu perkara
lain dan akhirnya tanpa disedari berlaku keterlanjuran yang
disesali.............
Penyelesaian Sementara.
Oleh
itu kaedah menangani dosa Riba adalah berbeza. Ia perlukan kekuatan
diri sendiri. Tiada bantuan daripada pihak berkuasa atau undang-undang.
Tiada paksaan!. Benteng cegahan hanya disandarkan kepada kekuatan
akidah dan iman.
Berminat.
Bagi sesiapa yang merasa perlu untuk mendapatkan maklumat lebih
khusus, anda boleh membaca buku tulisan seorang peguam sivil dan syarie
bertajuk ‘Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba’ terbitan Galeri Ilmu Buku
ini berbeza daripada buku riba yang lain kerana terdapat bicara khusus
melibatkan aspek realiti seperi isu riba di mahkamah, kes mahkamah
berkaitan riba, Fatwa Pakar Luar negara, Fatwa (Mufti) Johor, Bicara
khusus kerjaya-kerjaya seperti peguam, perbankan dan sebagainya, Isu
Darurat dan ketidakberdosaan riba? dan banyak lagi. Bagi buku motivasi
meninggal riba, anda boleh baca buku “Dosa Perang Dengan Allah” terbitan
Kemilau Publika oleh penulis yang sama. (Berminat sms: 019-7272817,
hishambp@yahoo.com.my)
Details, please visit :- http://hisham-ahmad.blogspot.com
"
No comments:
Post a Comment