Sunday, June 9, 2013
Rancangan Jatuhkan Islam di Turki
Oleh: ismanusa
"
Erdogan dan Menteri Luarnya Menunaikan Sembahyang Ketika Lawatan di Libya
Apakah sebenarnya berlaku di Turki? Begitulah pertanyaan bagi umat Islam yang berada di luar Turki.
Parti pemerintah sekarang ini AKP yang diterajui oleh Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan memegang kuasa semenjak tahun 2002, dan terus memenangi dengan cemerlang pada tahun 2007. Kemenangannya menarik perhatian dunia kerana hubungan kuatnya dengan golongan Islam yang berpegang dengan ajaran Islam di Turki, walaupun pada satu masa dahulu merupakan pusat pemerintahan Khalifah tetapi selepas itu dipegang oleh segelintir golongan elit sekular yang mengenepikan Islam, disokong oleh tentera yang membuat dasar politik dan pemerintahan selama berdekad-dekad.
Sebelum Parti AKP mengambil alih, rakyat Turki diperintah oleh pentadbiran kerajaan yang korupsi, dicengkam oleh pemerintahan tentera, dan kemudahan infrastruktur yang lemah. Sehingga sekarang kebanyakan golongan tua masih lagi hidup dengan mentalitinya seperti dikongkong, takut untuk mengeluarkan pandangan politik akibat bimbang tindakan polis dan tentera. Golongan Islam juga pada masa itu menghadapi diskriminasi secara sistematik, kebanyakannya bergerak dibawah tanah bagi menjaga keislaman.
Parti AKP menang kerana berjaya menambat hati seluruh lapisan masyarakat Turki; bukan semua ahli politik AKP orang agama dan tidak semua penyokongnya puak agama. AKP berjaya mendapat sokongan ramai dengan menjanjikan modernisasi dan reformasi ekonomi, begitu juga dengan mengembalikan kebebasan berugama yang telah lama dikekang oleh pemerintah sekular sebelum itu.
Ketika AKP berjaya memenangi pilihanraya, golongan minoriti elit sekular mulai memomokkan - Turki akan menjadi seperti Iran, semua wanita diwajibkan memakai hijab, puak bukan agama akan disisihkan, pentadbiran AKP akan merejam rakyat dengan batu untuk berseronok....tapi semua itu tidak berlaku.
Apakah berlaku sejak 10 tahun lalu?
Kemudahan infrastruktur dibandar-bandar telah meningkat. Ekonomi Turki telah berkembang dengan pesatnya, walaupun ditengah-tengah krisis melanda eropah. Sembahyang jemaah tidak lagi dilakukan secara sembunyi dan dilakukan bersama-sama oleh pekerja dan majikan. Kehidupan rakyat jauh bertambah baik dalam semua perkara.
Golongan sekular tegar berada dalam keadaan paranoid setiap masa, melaungkan seolah-olah berlakunya pembunuhan besar-besaran walaupun pentadbiran AKP hanya melaksanakan pengharaman merokok didalam teksi, dianggap ajaran Islam melampau oleh ektremis sekular. Hinggalah seminggu sebelum protes jalanan, perundangan baru diadakan untuk mengharamkan penjualan alkohol selepas pukul 10 malam, merupakan peraturan biasa dikebanyakan negara maju. Lalu terpekik-pekiklah golongan sekular tegar tersebut, " Parti AKP mengharamkan penjualan alkohol!".
Sekarang kita lihat apakah maksud sebenar bantahan seperti digembar-gemburkan oleh media masa zionist barat seperti dibicarakan melalui tweeter.
Tweet 1: kerana pokok semata-mata?
Mereka mencanangkan tentang bantahan terhadap penebangan pokok di dataran Taksim. Tetapi kerajaan Turki telah menanam semula berjuta-juta pokok di 160 taman di Turki. Benarkah bantahan tersebut hanya untuk alam sekitar. Sebenarnya mereka hanya berselindung kononnya untuk alam sekitar tetapi mempunyai tujuan lain.
Tweet 2: Siapakah penyokongnya
Pamela Geller yang lebih dikenali sebagai blogger anti Islam pernah mendesak supaya Israel mengebom Mekah dan Madinah, bersetuju terhadap protes islamisasi di Istanbul. Jelas ia bukan kerana penebangan pokok seperti yang di hebahkan. Ia mengenai kumpulan sekular Turki sedang mengadakan huru-hara terhadap perkara yang paling mereka benci didunia ini, iaitu negara Turki kembali kepada semula menganut ajaran Islam.
Tweet 3: Inilah seruan mereka
Mereka mahu Turki kemabali kepada sekular. Inilah ikrar mereka seperti dalam tweet ini, mereka mahu orang Islam samada lelaki atau perempuan dilayan seperti golongan merempat seperti yang telah mereka laksanakan lebih 60 tahun lalu. Menutup sekolah agama, mengharamkan hijab dan penjarakan semua pejuang Islam, inilah kebebasan yang mereka kehendaki.
Tweet 4: Mereka penyokong Assad
Banyak daripada tweet menunjukkan sebahagian besar penunjuk perasaan adalah komunis dan golongan yang kecewa atas layanan kerajaan Turki terhadap Bashar Assad yang tidak menyebelahinya. Inilah peluang bagi mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang menyokong Palestin, Libya, Mesir, Rohingya, Bangladesh dan sekarang pejuang Syria. Mereka mahu kembali kepada kerajaan sekular sebelum ini yang sahabat baiknya hanyalah Israel.
Tweet 5: Mereka mahukan pemimpin pemabuk
Mustafa Kamal adalah dikenali sebagai pemabuk dan kaki botol dan mati kerana serangan penyakit hati. dia amat berbangga dengan tabiatnya dan bahkan menggelarkan dirinya " The Drunk". Oleh itu penentang ini menggelarkan diri mereka sebagai " children of the drunk" adalah merujuk kepada pemimpin sembahan mereka. Manakala Erdogan merupakan seorang yang warak merupakan lepasan Madrasah Imam Hatip yang tidak pernah menghidu alkohol.
Tweet 6: Marahkan jualan arak disekat
Undang-undang membendung penjualan alkohol yang baru dilaksanakan oleh kerajaan Turki (bukan pengharaman) telah membangkitkan bantahan oleh penentang ini, kerana ia adalah lambang gaya hidup mereka. Mereka mengatakan ia melanggar kebebasan mereka padahal banyak negara eropah bukan Islam telah mengadakan undang-undang serupa bagi mencegah kesan buruk alkohol seperti mabuk ketika memandu, keganasan rumahtangga, gangguan seksual...dalam tweet ini sokongan telah diberikan oleh sekular Mesir yang mempunyai cita-cita yang sama untuk menjatuhkan kerajaan Islam sebenar dengan apa cara sekalipun.
Tweet 7: Gerakan balik tabir
Sekarang ini terdapat banyak rancangan jahat imperialis sedang dilaksanakan di Timur Tengah, gambar kononnya tunjuk perasaan besar-besaran yang disebarkan adalah merupakan gamabar marathon yang diadakan di Istanbul pada tahun lepas.
Padahal kemajuan yang dicapai oleh Turki sekarang ini merupakan era paling gemilang sejak 100 tahun apabila AKP berjaya membebaskan Turki dari cengkaman IMF.
Tweet 8: Tiada rundingan
Erdogan hampir berjaya menamatkan peperangan dengan Kurdis, menjalinkan hubungan yang rapat dengan semua negara Islam, memberikan sokongan terhadap pejuang syria, mengurangkan kuasa tentera yang sentiasa merampas kuasa dan mendapat mandat spenuhnya dari pengundi dalam setiap pilihanraya sejak 10 tahun lepas. Beliau telah meringkuk dalam penjara sebelum ini hanya kerana sebuah puisi Islam. Tetapi penunjuk perasaan tersebut hanya melaungkan satu perkara - jika kamu Islam, kamu musuh kami! Bantahan yang dijalankan di Turki hanyalah satu matlamat iaitu menjatuhkan sebuah kerajaan kerana melaksanakan ajaran Islam.
Ramai yang mengatakan (seperti juga di Mesir, Tunisia dan dimana saja) mereka bukanlah menentang Islam tetapi menentang terhadap menjadikan masyarakat lebih Islamik. Bagi kita ia tiada perbezaannya, cuba berselindung diseballik kata-kata tetapi hasrat sebenar ialah menjatuhkan Islam.
Bantahan di Turki bukanlah sekadar bantahan biasa tetapi ia adalah cubaan menghasut bagi merampas kuasa sebuah kerajaan yang didokong oleh rakyat yang mahukan Islam berkuasa. Ia merupakan cubaan terakhir oleh puak sekular elit tegar yang menyedari masa hadapan mereka yang gelap. Masa hadapan adalah untuk Islam!
petunjukzaman"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment