Seorang pencuri besi menerima nasib malang apabila putus pergelangan kaki kiri setelah dilibas parang oleh pemilik kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan semalam.
Kejadian itu berlaku pada jam 11.30 pagi, suspek mencuri besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari oleh anak saudara kepada pemilik kolam yang kemudiannya bertindak memberitahu kepada pemilik kolam.
Suspek yang menyedari kehadiran pemilik kolammelarikan diri menggunakan motosikal. Malangnya beliau terjatuh akibat bergesel dengan van pemilik kolam tersebut. Suspek yang panik telah menyerang pemilik kolam tersebut dengan menggunakan besi yang telah dicuri.
Pemilik kolam yang cuba mempertahankan diri telah mencapai parang yang ada di raga motor. Dalam pergelutan, libasan pemilik kolam akhirnya mengenai pergelangan kaki kiri suspek. Suspek kemudiannya menyerah diri dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Agak-agaknya sempat disambungkah kaki tersebut? Malang juga, menjadi cakap-cakap orang ramai kaki putus kerana mencuri!!
Sumber ekeleh.com
No comments:
Post a Comment