Monday, January 31, 2011

SUASANA SEPI DI PENGKALAN SETAR KUALA TERENGGANU





Suasana di pagi hari di Kampong Pengkalan Setar Kuala Terengganu.Sungai yang mengalir melalui Kampong ini ialah Sungai Ibai.Ditepi sungai terdapat tumbuhan pokok pokok nipah.Pucuk muda daripada pokok ini boleh dijadikan daun rokok.Masih ada lagi penduduk disini membuat pengusahaan tersebut.Paling popular sekarang ini ialah pengusahaan keropok lekor dan keropok keping .Di Pasar Payang Kuala Terengganu keropok kampong ini dinamakan keropok Pengkalan Setar.Rasanya cukup memuaskan.

Monday, January 24, 2011

Advanced Air Traffic System (AAT) Unit Teknikal Penyelenggaran Alatan Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.


Paparan pergerakan pesawat yang dikesan oleh ADSB (Radar]

                                                
                          Susunan holder yang digunakan oleh Controller


Paparan Pematauan Cuaca /Kelajuan Angin/Arah Angin/Tekanan Udara



                                      


                      AAT Kuala Terengganu Site Maintenance Engineer



 Kuala Terengganu  Air Traffic Controller Mengikuti Latihan ADSB (Radar)
                                          anjuran AAT.


Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AAT) ditubuhkan seiring dengan kemajuan Sistem Pengurusan Trafik Udara dengan  memberi  perkhidmatan sokongan dalam kerja kerja penyelenggaran dan pembekalan alatan alatan kawalan trafik udara.

AAT Kuala Terengganu diamanahkan untuk penyelenggaran alatan alatan kawalan trafik udara seperti berikut

a) ADSB(Automatic Dependent Surveilance Broadcast)-Radar. Yang pertama kali di pasang di Malaysia,

b) Aviation Weather Observation System (AWOS) - Pemantauan cuaca

c) Voice Communication Switching System (VCSS) - Alatan radio telephony

d) Recording System (Alat Perakam 24 jam jangkamasa satu bulan)

Tugas harian AAT Kuala Terengganu ialah untuk mempastikan semua peralatan yang tersebut diatas berada didalam keadaan terbaik dan memuaskan (tip top).Pemeriksaan peralatan dilakukan setiap pagi dan petang bagi menentukan kelancaran kerja kerja kawalan trafik oleh controller bertugas.Pihak AAT akan segera membuat pembaikan sekiranya menerima lapuran  kerosakan daripada controller.

AAT Kuala Terengganu di ketuai oleh Site Maintenance Engineer Supervisor  En Aznan Nazril Ahmad dan dibawah beliau ialah Site Maintenance Enginner En Shazrul Musa,En Mohd Hishamuddin M Shafie dan En Shairyzal mohamad@Azizan.Mereka bertugas dalam dua syif iaitu pagi dan petang dengan  mengikut waktu operasi lapangan terbang  daripada pukul 0700 pagi hingga 2200 malam.

Thursday, January 20, 2011

PEJABAT METEOROLOGI LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU

Pejabat Meteorologi Lapangan Terbang Kuala Terengganu


Alatan Meteorologi untuk pengukuran sukatan hujan,angin dll






Pegawai Pegawai Meteorologi Tuan Hj Ismail Abdullah (Ketua)) dan En Fahmy A.Ghani



Pegawai Meteorologi Tuan Haji Ismail b Abdullah (berkopiah) dan Tunku Mat(Unggul
)



Alatan Sukatan Suhu



Alatan Sukatan Hujan



Pejabat Meteorologi  memainkan peranan yang penting dalam industri penerbangan.Lapuran cuaca yang dikeluarkan oleh pejabat ini akan disalurkan ke pihak Menara Kawalan setiap satu jam.Pengawal Kawalan Trafik Udara akan menyampaikan lapuran cuaca ini untuk pesawat yang akan berlepas dan  mendarat.

Maklumat cuaca termasuk kelajuan angin(surface wind) jarakpandangan(visibility) cuaca(weather),awan(cloud) ,tekanan udara(pressure) dan cuaca(temperature).Peralatan yang digunakan seperti gambar diatas.Kebanyakkan peralatan diatas telahpun digantikan dengan peralatan yang lebih canggih.

Pejabat Meteorologi Kuala Terengganu diketuai oleh Tuan Haji Ismail bin Abdullah.Beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk membuat lawatan sambil belajar ke pejabat ini..Hubungi pejabat ini 09-6664743 untuk temujanji lawatan.

Monday, January 17, 2011

FOTO TERMINAL LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU DIAMBIL DARIPADA MENARA KAWALAN




Kawasan Parking Kereta Lapangan Terbang

                  Jalan Susur Keluar Daripada Bangunan Terminal

                                            Kawasan Parking Pesawat

Saturday, January 15, 2011

PENJUAL TEMBAKAU DAN ROKOK DAUN DI PASAR GELUGOR KEDAI KUALA TERENGGANU

Urusan jual beli antara penjual dengan pelanggan
Penjual daun rokok dan tembakau daripada golongan orang lama
   
Suasana Pasar Gelugor Kedai Setiap Hari Jumaat\      
Setiap hari Jumaat Pasar Gelugor Kedai Kuala Terengganu dikunjungi oleh ramai penduduk disekitarnya untuk berbelanja barang barang keperluan harian seperti ikan,daging.ayam,sayuran,,buah-buahan dan lain lain.
Disatu  sudut di pasar ini terdapat beberapa orang wanita menjual daun rokok dan tembakau kampong.Masih lagi ramai dikalangan perokok yang meminati rokok tersebut.Harganya memang lebih murah berbanding dengan rokok jenama lain.

B747 landing at Terengganu - Pilot-ATC conversation. (video dpd Portal DCA K.Terengganu

Wednesday, January 12, 2011

SEJARAH RUMAH TIANG KEMBAR DI BANDARRAYA KUALA TERENGGANU


Catatan sejarah Rumah Tiang Kembar








Petikan ringkas sejarah rumah diatas .

Rumah Tiang Kembar bertapak dalam tahun 1920 an di Bandar Kuala Terengganu.Pemilik asal ialah   Kerabat Di Raja Negeri Terengganu.Sekarang ini dimiliki oleh Persatuan Sejarah Malaysia CawanganTerengganu setelah diserah oleh Kerajaan Negeri.
 

Sunday, January 9, 2011

LAWATAN WAKIL RAKYAT TERENGGANU KE MENARA KAWALAN LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU.

En Ahmad Bukhari Air Traffic Controller memberi taklimat kepada YB Datuk Rosol Wahid.

                     YB En Khazan bin Che Mat dan YB En Alias bin Abdullah






                                          En Abu Bakar bin Ali (Berbaju Putih)
                                          Pengurus DCA Kuala Terengganu


Pada pagi ini 9hb Januari 2011 jam 10.00 pagi Menara Kawalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu telah menerima kunjungan beberapa orang YB wakil rakyat daripada Dewan Undangan Negeri Terengganu.Pegawai Kawalan Trafik Udara yang bertugas memberi taklimat terkini berkaitan dengan peralatan komunikasi seperti radio telephony.ADSB(Radar),alatan pendaratan ILS,alatan Pandu Arah VOR,NDB,Sekolah Latihan Penerbangan.Syarikat Penerbangan Komersil dan ruangudara di bawah kawalan Menara Kawalan Kuala Terengganu.

Yang Berhormat Datuk - Datuk Wakil diberi taklimat juga berkaitan dengan tugas tugas kawalan trafik udara dan kaedah kaedah kawalan pesawat diudara untuk  mempastikan zero kemalangan.Pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sentiasa mengalu kedatangan pelawat pelawat ke Menara Kawalan.

Wednesday, January 5, 2011

Bacaan Surah Al Qiaamah oleh Sheikh Mishari Al Afasy

PENYEMBELIHAN LEMBU KORBAN

Penyembelihan lembu korban di Kampong Tebakang,Bukit Payong,Marang.Terengganu telah dilaksanakan pada 17.11.2010.Setiap tahun ramai orang membuat penyembelihannya disini.Encik Asyari telah membekal banyak lembu untuk dikorbankan.Beliau juga menyediakan kemudahan untuk penyembelihan dan pemotongan daging.

Untuk saudara saudara yang belum pernah melihat bagaimana seekor lembu itu disembelih,  video diatas dipaparkan bagaimana lembu itu ditumbangkan dan  disembelih .Manalah  tahu satu hari nanti saudara boleh  menjadi  seorang penyembelih profesional.

Sunday, January 2, 2011

SEKOLAH LATIHAN PENERBANGAN LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU.

Pesawat Diamod DA40
 Tempat Duduk Pilot Pesawat DA40




 
 
 
Pesawat PA28
 
 
 
Untuk makluman bertempat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu Terengganu terdapat tiga buah sekolah latihan penerbangan yang beroperasi melatih bakal bakal juruterbang.Sekolah latihan ini telah beroperasi semenjak beberapa tahun yang lalu.Sekolah yang mula mula beroperasi disini ialah HM Aerospace.Selepas itu diikuti oleh Asia Pacific Flight Training(APFT).Sekolah yang ketiga ialah Kist Aviation Academy (KISTAA).Pesawat latihan yang digunakan ialah jenis PA28 dan DA40.

Pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah menentukan kawasan kawasan ruangudara yang boleh digunakan untuk latihan.Semua pergerakan pesawat pesawat tertakluk kepada arahan Pengawal Kawalan Trafik Udara,Jabatan Penerbangan Awam,  Lapangan Terbang Sultan Mahmud ,Kuala Terengganu.

Sekiranya ada yang berminat untuk menjadi juruterbang bolehlah hubungi sekolah sekolah berkenaan untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan latihan dan pembayaran.

i) Asia Pacific Flight Training (APFT) : www.apft.edu.my
ii) Kist Aviation Academy                  : www.kistaa.edu.my
iii) HM Aerospace                             : www.hmaerospace.com