Sunday, January 2, 2011

SEKOLAH LATIHAN PENERBANGAN LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU.

Pesawat Diamod DA40
 Tempat Duduk Pilot Pesawat DA40




 
 
 
Pesawat PA28
 
 
 
Untuk makluman bertempat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu Terengganu terdapat tiga buah sekolah latihan penerbangan yang beroperasi melatih bakal bakal juruterbang.Sekolah latihan ini telah beroperasi semenjak beberapa tahun yang lalu.Sekolah yang mula mula beroperasi disini ialah HM Aerospace.Selepas itu diikuti oleh Asia Pacific Flight Training(APFT).Sekolah yang ketiga ialah Kist Aviation Academy (KISTAA).Pesawat latihan yang digunakan ialah jenis PA28 dan DA40.

Pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah menentukan kawasan kawasan ruangudara yang boleh digunakan untuk latihan.Semua pergerakan pesawat pesawat tertakluk kepada arahan Pengawal Kawalan Trafik Udara,Jabatan Penerbangan Awam,  Lapangan Terbang Sultan Mahmud ,Kuala Terengganu.

Sekiranya ada yang berminat untuk menjadi juruterbang bolehlah hubungi sekolah sekolah berkenaan untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan latihan dan pembayaran.

i) Asia Pacific Flight Training (APFT) : www.apft.edu.my
ii) Kist Aviation Academy                  : www.kistaa.edu.my
iii) HM Aerospace                             : www.hmaerospace.com

No comments:

Post a Comment