Wednesday, March 27, 2013

MP Lembah Pantai mahu batal 4,637 pengundi


dikemaskini Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi yang didakwanya meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam kawasan parlimennya.
Beliau memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dan turut menamakan empat pihak sebagai responden – Ketua Pendaftar Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), SPR , Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerajaan Malaysia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR di ibu pejabat parti itu hari ini.
Permohonan semakan kehakiman itu difail oleh Nurul Izzah bersama dengan seorang penduduk Bangsar, Kadir Sultan Abd Majid. Kadir dan peguam Edmund Bon dan Sivarasa Rasiah, turut hadir di sidang akhbar tersebut.

Dalam dokumen semakan kehakimannya, Nurul Izzah mahu membatalkan sebanyak 4,637 nama tersebut dalam Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012.
Senarai nama berkenaan didakwanya didaftarkan dengan alamat tidak lengkap atau kawasan yang tidak wujud.

Selain itu, beliau turut mahu membatalkan 133 nama yang tidak lagi bermastautin di Lembah Pantai dan tiga nama yang telah meninggal dunia yang terkandung dalam RDPI.

"Melalui surat bertarikh 6 Mac 2013 dari responden pertama kepada peguamcara pemohon-pemohon, Responden Pertama telah menyatakan bahawa mereka mengambil maklum dan sedang meneliti perkara dalam ketiga-tiga surat peguamcara pemohon-pemohon yang masing-masing bertarikh 4 Mac.

"Namun demikian, responden pertama masih telah gagal, enggan dan/atau abai untuk melaksana kuasanya untuk pada bila-bila masa membatalkan atau memotong nama-nama dalam senarai yang dilampirkan dalam surat peguamcara pemohon masing-masing bertarikh 4 Mac," dokumen itu dipetik.
Alasan lain permohonan semakan kehakiman itu dibuat antaranya ketua pendaftar pilihan raya SPR dan SPR sendiri mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan dan mengemaskini Rang-rang daftar pemilih di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

"Pemohon-pemohon mempunyai "legitimate expectation" bahawa Rang Daftar-Rang Daftar pemilih akan dibersihkan dan dikemaskinikan oleh responden pertama dan/atau kedua.

"Kegagalan, keabaian dan/atau keengganan responden pertama untuk membatal nama-nama yang terkandung dalam semua senarai tersebut atau apa-apa bahagian daripadanya telah dan akan menjejaskan pemohon-pemohon untuk pilihan raya yang bersih dan adil," dokumen itu dipetik.

Menurut dokumen itu lagi, pengesahan dan pengemaskinian semua alamat boleh dibuat secara efisien dan bukanlah tidak praktikal kerana responden mempunyai satu "Agency Link-up System" (ALIS) yantg dibangunkan untuk berkongsi maklumat dengan satu sama lain dengan senang.

Dokumen itu juga menjelaskan responden pertama dan kedua mempunyai tanggungjawab di bawah artikel 8 dan 119 Perlembagaan Persekutuan serta seksyen 5 Akta Pilihan Raya 1958 untuk memastikan Rang Daftar Pilihan raya dikemaskini dan bebas daripada kejanggalan, atau nama yang tidak boleh mengundi dalam pilihan raya.

"Hak-hak pemohon untuk suatu pilihan raya yang bersih dan adil akan terjejas sekiranya responden pertama masih gagal, enggan dan/atau abai melaksanakan kuasanya menurut peraturan 25(2)(g).

"Peraturan tersebut untuk membatalkan nama-nama yang terkandung dalam semua senarai yang dilampirkan dalam ketiga-tiga surat peguamcara pemohon tersebut," dokumen itu dipetik.

Sumber malaysiakini

Tuesday, March 26, 2013

Indonesia declares rice sufficiency, no more imports

Jakarta Post,
JAKARTA, Mar 25: Indonesia's State Owned Enterprises Minister Dahlan Iskan said Sunday that Indonesia would not import rice in 2013 as local farmers could produce sufficient rice to meet the domestic demand.

He said that as of December 2012, the existing rice stock inventory in state logistics agency PT Bulog’s storehouses across the country reached around 2.5 million tons. Bulog should procure 3.5 million tons of rice during harvest periods this year.

“If Bulog can procure 3.5 million tons of rice during harvest periods this year we will not need to import more rice, as we did last year,” said Dahlan, as quoted by Antara news agency. He spoke on the sidelines of a rice harvest event in Jati village, Jaten district, Karanganyar regency, on Sunday.

He said that from last year’s rice imports, Bulog reaped Rp 800 billion (US$82.1 million) worth of profit. However, the profit was returned to the farmers so that the price of rice did not decline.

“To procure such a large amount of rice, from now on Bulog should use its full capacity to achieve the target. And if Bulog is willing to work hard, I’m optimistic that this can be achieved,” Dahlan said, adding that in 2012, Bulog procured 2.6 million tons of rice from local farmers.

The Minister said that state run agribusiness firm PT Pertani planned to buy 100 units of rice dryer machines to distribute in several regions across the country. The machines would help farmers to dry their unhulled rice properly.

Dahlan said that obtaining fertilizer was no longer a problem for farmers and there was no more accumulation of fertilizer by traders.

“I haven’t heard any more about traders accumulating fertilizer, which means that fertilizer distribution has been continuing under a mechanism requested by the farmers,” said Dahlan. (ebf)

Zalim..!!! 40 Masjid dan Rumah Muslim di Bakar

Pembakaran masjid dan rumah-rumah Muslim Burma oleh ekstrimis Buddhis meningkat







MEIKTILA - Kekerasan di Burma (Myanmar) terus meningkat, sejumlah masjid dan rumah Muslim telah dibakar oleh gerombolan ekstrimis agama Buddha.

Menurut laporan yang disiarkan Onislam lebih dari 40 masjid dan rumah Muslim dibakar pada Sabtu (23/3/2013) malam di kota Yamethin.

Serangan baru ini berikutan keganasan yang berlaku di bandar Meiktila bermula pada Rabu (2/3 /2013), meninggalkan 32 orang meninggal dunia dan beribu-ribu pelarian kerana persekitaran mereka dihancurkan.

"Sebahagian besar rumah adalah milik Muslim," kata seorang pegawai di bandar Yamethin, dekat Naypyidaw, kepada Agence France-Presse (AFP) dalam keadaan anonimiti.

"Kes seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini di sini," katanya.

Rusuhan di Yamethin itu berlaku selepas beberapa jam sebelumnya seorang utusan PBB melawat jalan-jalan Meiktila yang kacau pasca serangan pembakaran dan menemui sejumlah pelarian Muslim dan Buddha.


Senarai masjid dan sekolah Islam yang hancur dibakar oleh pelampau Buddhis di Meiktila, Myanmar

Kekerasan terhadap Muslim di Burma tidak hanya terjadi di negara bahagian Arakan (Rakhine), 
kekerasan meluas ke bandar-bandar lain di negara majoriti penganut Buddha itu. 

Sejumlah ekstrimis Buddhis tanpa alasan yang jelas membakar masjid-masjid,sekolah-sekolah Islam, dan rumah-rumah Muslim yang bermula pada Rabu (20/3/2013) yang mengakibatkan sejumlah orang terbunuh dan cedera, termasuk warga Buddhis sendiri.

Senarai Masjid dan sekolah Islam yang dihancurkan:

  • 1. Masjid Jami’ (daerah Ashaepyin, yang terletak di barat Bazaar)
  • 2. Masjid Bengali (terletak di daerah Yadanar Maung)
  • 3. Masjid Nyein Chan Yay (terletak di daerah Yadanar Maung)
  • 4. Masjid Turkish (terletak di daerah Yadanar Maung, Tat Nae, lapangan militer)
  • 5. Masjid Myoma (terletak di daerah Yadanar Maung)
  • 6. Masjid Hmanlone (a) Thiri Mingalar (Ka Gyi) (terletak di Thiri daerah Mingalar)
  • 7. Masjid Pakistan (terletak di Thiri Mingalar)
  • 8. Masjid Myo Oo (terletak di daerah Aung Zayyar)
  • 9. Masjid Nandawgone dan Lembaga bahasa Arab (terletak di daerah Nandawgone)
  • 10. Masjid Tharyargone (terletak di daerah Nandawgone)
  • 11. Masjid Chan Aye Tharyar (terletak di daerah Chan Aye Tharyar)
  • 12. Pyi Tharyar (selatan) and Pyi Tharyar (utara), Tempat Ibadah (terletak di daerah Pyi Tharyar)
  • 13. Masjid Mingalar Zayyone (terletak di daerah Mingalar Zayyone)
  • 14. Sekolah Arabia Mudia (terletak di daerah Thiri Mingalar)
  • 15. Lembaga Bahasa Arab Azizia (terletak di daerah Nandawgone)
  • 16. SMA Arabi (terletak di daerah Mingalar Zayyone)
Jumlah pelarian Muslim:

Jumlah korban tewas:
  • 1. Sekitar 6,000 (di kem-kem pelarian di Stadium yang terletak di daerah)
  • 2. Sekitar 8,000 (SMA Polis No. 1)
  • 3. Sekitar 3,000 (Pyi Tharyar - SMA Shan Tae, dekat dengan pangkalan penerbangan angkatan darat)
  • 4. Sekitar 3,500 - (melarikan ke kampung-kampung berdekatan dan Mandalay)
  • 1. Sekitar 130 (Muslim - 40 orang dapat dikenalpasti identitinya)
  • 2. Sekitar 30 (Buddha)

Sumber data: m-mediagroup.com

Sumber orangni blogspot

Monday, March 25, 2013

Mangsa dipotong kemaluan masih kritikal



 
Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anaknya masih kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K Manoharan berkata kemaluan mangsa berjaya disambung semalam namun lelaki berusia 67 tahun itu masih belum sedarkan diri.
  
Pihak hospital juga berjaya menyambung semula kemaluan suspek dan dia kini dilapor stabil serta ditempatkan di wad biasa di hospital sama, katanya kepada pemberita hari ini.
  
Menurut Manoharan, polis masih menunggu laporan daripada hospital untuk mengetahui sama ada suspek mengalami gangguan mental atau sebaliknya.

"Pihak kami juga akan menahan suspek sebaik suspek pulih dari kecederaan dalam masa terdekat," katanya.
  
Dalam kejadian 1.30 pagi semalam di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, suspek yang berusia 40 tahun bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluan sendiri.
  
Suspek yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di ibu negara di percayai terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi Internet.
  
Suspek sebelum itu dikatakan bertindak agresif denga merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas berkenaan menangis untuk mengeluarkan "semangat Imam Nawawi" daripada badan bapanya.
  
Setelah gagal membuatkan bapanya menangis, suspek kemudian meminta sebilah pisau daripada abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan warga emas itu sebelum memotong kemaluan sendiri.

Dia juga turut memaksa abang iparnya berbuat demikian namun lelaki itu berjaya melarikan diri.
  
- Bernama

Sumber malaysiakini

PM umum pewujudan zon selamat Sabah Timur


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), berkuatkuasa hari ini.
   
Beliau menamakan daerah yang terlibat  - Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
   
Sepuluh daerah ini akan ditadbir oleh Jawatankuasa Zon Selamat Sabah Timur yang ditubuhkan menurut Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 dan dipengerusikan ketua menteri Sabah, katanya.
   
Ketua menteri, sebagai pengerusi, akan dibantu seorang ketua pegawai eksekutif dan anggota jawatankuasa yang akan diumum kelak, katanya ketika berucap pada perbarisan sempena Hari Polis ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di ibunegara.
   
Najib berkata ESSZONE juga akan memelihara hak demokratik dan proses demokrasi untuk penduduk Sabah serta mengukuhkan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan di kawasan timur Sabah.
   
Najib berkata pewujudan ESSZONE setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962.
   
ESSCOM diwujudkan berikutan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu pada 12 Februari. Pengganas membunuh lapan anggota polis dan seorang anggota tentera dalam insiden itu. Seorang lagi anggota tentera terkorban dalam satu kemalangan jalan raya ketika mengikuti konvoi operasi di kawasan itu. Tindakan ofensif kerajaan yang dinamakan Operasi Daulat dan dilancarkan pada 5 Mac lepas, berjaya membunuh 65 pengganas setakat ini.
   
Najib berkata jawatankuasa itu akan beribu pejabat di Lahad Datu dan bertanggungjawab kepada jawatankuasa pemantau yang dipengerusikan perdana menteri sendiri.
   
"Dengan penubuhan jawatankuasa ESSZONE ini, kerajaan mengambil pendekatan holistik dan bukan pendekatan ketenteraan semata-mata bagi melindungi kawasan Timur dan seterusnya mencari penyelesaian kepada isu pencerobohan itu.
   
"Pada hari ini tiga buah kabin yang akan jadi asas kepada kewujudan ESSCOM tiba di Lahad Datu dan akan berfungsi tidak lama lagi," katanya.
   
Najib berkata tujuh buah balai polis tambahan akan diwujudkan di kawasan Sabah Timur yang dijangka akan turut menerima kabin-kabin balai pada awal April.
   
Katanya tujuh balai polis tambahan itu melibatkan kawasan Pulau Bum Bum, Pulau Gaya, Pulau Banggi, Pulau Mabul, Tambisan, Tanjung Labian dan Cenderawasih, Felda Sahabat.
   
"Perkara ini telah disahkan ketua setiausaha negara dan saya telah rundingkan dengan menteri dalam negeri dan ketua polis negara," katanya.
   
Dalam pada itu, Najib menegaskan ESSZONE bukannya pengisytiharan darurat di bawah perkara Perlembagaan Persekutuan.
   
"Ia tidak sekali-kali menghalang proses pilihan raya dan peraturan yang bebas, telus dan demokratik serta tidak memberikan sebarang kuasa tambahan kepada pihak polis," katanya.
   
Najib berkata jika ada orang yang berpendapat haknya terjejas, dia boleh membawa kerajaan ke mahkamah melalui proses perundangan.
   
"Kehidupan akan berjalan seperti biasa di kawasan berkenaan tetapi dengan peningkatan kawalan keselamatan bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat," katanya.
   
Perdana menteri turut menjelaskan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang digunakan untuk menjalankan penyiasatan dan tangkapan dalam semua kes melibatkan pengganas di Sabah ketika ini ialah suatu akta melibatkan prosedur semata-mata.
   
"Ia tidak digubal sebagai akta yang memberikan kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Bagi setiap tangkapan yang dibuat di bawah SOSMA, pertuduhan akan dibuat menggunakan undang-undang biasa dan dibicarakan di mahkamah sebagaimana kes-kes jenayah yang lain," katanya.
- Bernama

DUN NS pertama bubar secara automatik lusa


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan perlu menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan DUN itu terbubar dengan sendiri pada 27 Mac ini jika tiada pengumuman dibuat pembubarannya esok.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana DUN sekarang akan tamat tempohnya esok selepas lima tahun bersidang.

Pihak SPR pula, tambah beliau, mempunyai masa selama 60 hari daripada tarikh pembubaran untuk mengadakan pilihan raya.

"Speaker (Negeri Sembilan) akan menulis surat kepada SPR memaklumkan DUN Negeri Sembilan terbubar. SPR pula mempunyai masa 60 hari untuk untuk mengadakan pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini.
Ditanya bagaimana sekiranya Speaker tidak berbuat demikian, Abdul Aziz yakin Speaker akan menghantar surat mengenai pembubaran DUN negeri itu.
Negeri Sembilan dengan 36 kerusi DUN adalah negeri pertama yang terbubar secara automatik pada 27 Mac ini selepas cukup tempoh lima tahun.

Sebanyak 21 kerusi di negeri itu dikuasai BN dan 15 kerusi lagi dikuasai Pakatan Rakyat dengan DAP menguasai sepuluh kerusi, PKR empat kerusi dan PAS pula satu kerusi.

Sumber malaysiakini

Sunday, March 24, 2013

INDAH PAGI YANG MENYAPA

Maisara Saera shared RINDU DALAM SEPI's photo.
INDAH PAGI YANG MENYAPA

Indahnya pagi yang menyapa
terasa dibelai bayu damai
kesyukuran kupanjatkan kepadaNya
agar kekal berpanjangan
bahagia yang kudamba
akan selamanya bertahta..

Andai semalam
sepi menyelubungi jiwa
jika semalam awan hitam
menutupi ceria..

Kuharap hari ini 
cerah mentari hadir menemani
bersama redhaNya
sekudus kasihNya
setulus kesyukuran
hanya kepadaNya
Yang Maha Esa...

S/IDA-24,3,2013-9;16am

INDAH PAGI YANG MENYAPA

Indahnya pagi yang menyapa
terasa dibelai bayu damai
kesyukuran kupanjatkan kepadaNya
agar kekal berpanjangan
bahagia yang kudamba
akan selamanya bertahta..

Andai semalam
sepi menyelubungi jiwa
jika semalam awan hitam
menutupi ceria..

Kuharap hari ini
cerah mentari hadir menemani
bersama redhaNya
sekudus kasihNya
setulus kesyukuran
hanya kepadaNya
Yang Maha Esa...

S/IDA-24,3,2013-9;16am

Zahid refutes claim commando team sent to kill Jamalul Kiram

BAGAN DATOH, March 23 – Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today refuted claims that Malaysia had sent a commando team to the Philippines to assassinate Jamalul Kiram, the leader of the Sulu terrorists from the southern Philippines who intruded into Lahad Datu in Sabah.
The minister (picture) said Malaysian military forces would not intrude into the Philippines and were not “bloodthirsty” like the Sulu terrorists.
“I wish to tell Jamalul Kiram not to worry. No need to engage in reverse psychology just to get the sympathy of your supporters,” he told reporters after presenting the Pingat Jasa Malaysia to 50 ex-servicemen here today.
He was commenting on claims made by Jamalul’s daughter Jacel that a Filipino lawyer, Mario Lozada, had filed a complaint with the National Investigation Bureau of the Philippines on the alleged threat.
A report on this was carried on the news portal of the Global Nation Inquirer.
Meanwhile, commenting on a report in the “Philippine Star” a few days ago which said the Philippine government had never given up its claim on Sabah and had appointed a team of lawyers to study it, Ahmad Zahid said Malaysia had no intention to raise the matter with the International Court of Justice as the Cobbold Commission of 1962 had determined that the people of Sabah wanted the territory to join Malaysia. – Bernama

Sumber themalaysianinsider

Saturday, March 23, 2013

TERKINI ! LAPORAN OPS DAULAT - 23HB. MAC SABTU - MENTERI PERTAHANAN K'SULTANAN SULU RAKYAT TEMPATAN DITAHAN - SAKSIKAN GAMBAR MENARIK

Komander pengganas dan isteri ditahan pada jam 1.30 pagi di Kawasan Paya berdekatan Semporna ,Komander Talibarut tersebut ditahan lewat tengah malam tadi di Kg. Tungku Bertaraf Menteri Pertahanan Kesultanan Sulu


Tertangkapnya Datu Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempohari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.



Gambar: KENYATAAN MEDIA : OPS DAULAT 
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA 
23 MAC 2013

KEADAAN KESELAMATAN DI DAERAH LAHAD DATU ADALAH TERKAWAL DAN SELAMAT.

Pihak pasukan keselamatan telah berjaya menangkap dua orang pemimpin pengganas. Tangkapan pertama berlaku pada lewat malam tadi dan tangkapan kedua pada awal pagi ini. salah seorangnya adalah merupakan ‘local coordinator’ yang menyediakan kemudahan-kemudahan seperti makanan, perubatan dan keperluan logistik kepada kumpulan pengganas. Manakala tangkapan kedua merupakan ‘military commander’ sulu yang menjadi perancang gerakan di kawasan ini.

Lewat malam tadi, Pasukan Keselamatan telah berjaya menangkap seorang pengganas sulu yg merupakan rakyat tempatan yg berperanan mengatur makan minum serta transportasi pengganas itu kesini. 

 Lewat pagi tadi pula, seorang lagi pengganas berjaya ditangkap, yg merupakan orang penting dalam 'Tentera Sulu'. Dengan ini, dijangka pemberontakan pengganas sulu sudah semakin lumpuh - Tim IGP.



 Kg. Tanduo 100% "DIAMBIL-ALIH" ATM.

"Sebagai permulaan penempatan itu akan dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu dan tempoh itu sedia dipanjangkan bergantung kepada keadaan semasa".


Anggota tentera akan mendiami Kampung Tanduo sebagai jaminan bahawa kampung yang menjadi lokasi pendaratan penceroboh militan itu bebas daripada ancaman pengganas, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penduduk yang mendiami 12 rumah di kampung itu kembali yakin dan bersedia untuk menjalani rutin harian mereka.




Seorang Pengganas Sulu Ditangkap Hidup-Hidup khamis 21/3/13



Anggota tentera melakukan rondaan di Kampung Tanjung Batu bagi mencari saki baki pengganas bersenjata dari Selatan Filipina yang masih bersembunyi di Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu pada Jumaat



MILITAN SULU KETIKA DI LAHAD DATU......





Sumber Kedahkini

Kiram claims 8 accused Sulu gunmen are Malaysians


March 23, 2013
KUALA LUMPUR, March 23 — The Kiram clan has disowned the eight charged with intrusion into Sabah as Malaysians and not Filipinos, saying that two of those accused had actually died in a clash with Malaysian security forces.
Self-styled Sultan Jamalul Kiram III’s spokesman Abraham Idjirani had told the Philippines media the sultanate learned about the “fall guys” from a source in Sabah.
Handout file photo of Malaysian soldiers moving into Kampung Tanduo to engage the armed Filipino intruders in Lahad Datu on March 5, 2013. — Reuters pic“Have the Malaysians resurrected the two RSF men?” Idjirani asked, using the shorthand for the “Royal Security Forces” of the Sulu sultanate.
“Our basis for saying that they are not Filipinos is that our source from Sabah called us to say they are Malaysians. They are not Filipinos,” he was quoted as saying by the Philippine Daily Inquirer.
“To confirm this, they (Malaysian authorities) should divulge where they were caught. If they were caught outside Lahad Datu, they were [Malaysian] civilians,” he said.
“They were set up to make Filipinos afraid, because Malaysian security forces have become abusive because of their Internal Security Act,” Idjirani added.
He identified the two accused who were dead in his records as Holland (spelled “Holan” by Idjirani) Kalbi and Lin Mad Salleh (spelled “Ling Mad Salli” by Idjirani).
Idjirani said Kalbi and Salleh were among Jamalul’s followers who were killed in the March 1 “massacre” in Tanduo village in Lahad Datu town.
He was referring to the police assault on Sulu intruders in which 18, not 10, of Jamalul’s followers were killed.
But the Philippine daily quoted Syarulnizam Salleh, chair of the human rights subcommittee of the Sabah Lawyers Association (SLA), as saying the eight charged with launching terroristic acts and waging war were Filipinos.
Syarulnizam told the newspaper that he learned about the nationality of the eight men during his meeting with Malaysian Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail on Thursday night.
However, the SLA posted on its website that Malaysian authorities had arrested not only Filipinos but also Malaysians in the security operations to end the intrusion by followers of the claimant to the Sulu throne.
The Malaysian authorities have arrested 108 people suspected of links to the Sulu group led by Jamalul’s brother, Agbimuddin Kiram.
The eight alleged followers of Jamalul faced judge P. Ravinthran of the Tawau High Court on Thursday on the charges brought by the Malaysian authorities against them the day before.
Kalbi, Salleh, Habil Suhaili and Timhar Hadir are accused of launching acts of terrorism in Sabah. They face life imprisonment on conviction.
Atik Hussein Abu Bakar and Basad H. Manuel are accused of terrorism as well as waging war against the Yang di-Pertuan Agong. If convicted, they will be sentenced to death.
Kadir Uyung and Lating Tiong are accused of harbouring a terrorist group, and face life imprisonment. They were arrested in Tanjung Labian on March 4, a day before the Malaysian military launched air and ground operations to crush Agbimuddin’s group.
No plea was entered for the eight accused following an application by Gani, who led the team of prosecutors. The case will begin on April 12.
In a statement issued yesterday, the Philippine Embassy in Kuala Lumpur said it welcomed Gani’s assurance that the eight Filipinos would be given legal assistance.
The embassy and the SLA’s Syarulnizam said they were co-ordinating with each other for legal representation for the accused.

Source themalaysianinsider

Anwar claims of BN plot to implicate him in Sulu clampdown

KUALA LUMPUR, March 23 — Datuk Seri Anwar Ibrahim has alleged of a plot by the Najib administration to include him in its Sulu dragnet, saying last night he was sure he would soon be accused of paying the group of Filipino militants to start the armed incursion in Sabah.
The opposition leader, however, said this would not affect his determination but would instead inspire him further in his goal of toppling Barisan Nasional (BN) from Putrajaya in the coming polls.
“Accuse me, slander me, but don’t expect me to surrender,” Anwar (picture) was quoted as saying by PAS organ Harakah Daily in a ceramah at Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri here last night.
According to the daily, Anwar was likely referring to the declaration in the Tawau High Court on Wednesday by one of the men charged with engaging in terrorism in Sabah that he had been asked and paid to do so by someone.
In The Star Online’s report on the terror trial, Hooland Kalbi, who was among the eight charged over the Sulu siege, had also said he was “foolish” for involving himself in the incursion.
“This claim of being paid. This is all part of (Prime Minister Datuk Seri) Najib’s (Razak) plan to implicate me,” Anwar was quoted as saying by Harakah.
“Whether they want to accuse me or arrest me, we will continue our fight to topple Umno in the next election.”
Earlier this month, BN leaders alleged that Anwar had instigated the Sulu incursion, citing reports in the Philippine media to back their claims.
The Umno-owned Utusan Malaysia and TV3 had picked up a news report from the Philippine Daily Inquirer several weeks ago, citing an allegation that an unnamed individual allied to Anwar had given the opposition’s support to the Sulu rebels’ claim on Sabah.
Utusan also cited a February 14 report from newswire Reuters, in which an anonymous Philippine military officer reportedly said a Malaysian opposition politician had invited the Sulu men to discuss land matters.
Najib immediately ordered an investigation into the matter.
Anwar has denied the allegations. The PKR de facto leader claimed the accusations were meant to divert public attention from Putrajaya’s weak handling of the situation.

Source themalaysianinsider

Friday, March 22, 2013

Luar Biasa! Fenomena Tanah 7 Warna Di Mauritius (7 Foto)



Luar Biasa! Fenomena Tanah 7 Warna Di Mauritius (7 Foto) | Menghayati panorama dari atas bukit satu aktiviti yang menyeronokkan. Satu pemandangan yang sangat indah seperti berada di kawasan tinggi di Bukit Broga. Namun di Mauritius, Kami difahamkan terdapat sebuah bukit yang telah mengalami fenomena warna tanah. Fenomena tanah 7 warna ini telah menyebabkan kawasan ini dipenuhi dengan orang ramai. Jom lihat gambar di bawah ini.
Menakjubkan apabila di sebuah kawasan kecil perhampiran Chamarel, Mauritius, terdapat tanah yang mempunyai 7 warna yang menyerupai corak pelangi. Kawasan yang hanya berkeluasan 7,500 kaki persegi itu terdiri daripada tanah berpasir yang berwarna merah, coklat, ungu, hijau, biru, kuning dan hitam.
Tanah yang mempunyai perbezaan warna itu dipercayai akibat pencairan batu daripada gunung berapi yang telah menyejuk pada suhu yang luar biasa. Indah dan besar betul ciptaan Tuhan ini.
Walaupun hadir pada skala kecil, namun fenomena itu dianggap luar biasa sehingga mampu menarik ramai pengungjung ke  Chamarel. Sehingga kini, puncanya masih belum diberitahu dengan begitu jelas, tetapi apa yang pasti ia adalah kejadian yang dianugerahkan kepada kawasan berkenaan.
Melihat kepada foto-foto dibawah ini, ia nampak hanya seperti sebuah lukisan. Tetapi percayalah kerana ia benar-benar berlaku. Subahanallah…



Sumber Kisahbest.my

Ibnu Hasyim: Banjir Manusia Di Kuliah N/Aziz & Ust Azhar Idrus

Ibnu Hasyim: Banjir Manusia Di Kuliah N/Aziz & Ust Azhar Idrus: Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz Dan Ust Azhar Idrus Di Kota Bharu semalam. ...

Sulu Sultanate to ‘fine’ Malaysia for illegally developing Sabah

BY CLARA CHOOI
ASSISTANT NEWS EDITOR
KUALA LUMPUR, March 22 — Lawyers for the Sulu Sultanate are drawing up details of a US$25 billion (RM78 billion) suit against Malaysia for allegedly usurping authority and illegally developing Sabah’s natural resources, The Manila Times reported today.
The English daily said the sultanate plans to bring the matter before the International Court of Justice (ICJ) as its response to Malaysia’s decision to file terrorism charges against eight of its followers in Sabah on Wednesday.
Self-styled ‘Sultan’ Jamalul Kiram claims Sabah belongs to his sultanate. — Reuters picThe US$25 billion “fine” is meant to represent Malaysia’s payment for “exploiting the natural wealth of Sabah”, which the Kiram clan continues to insist belongs to the Sulu Sultanate.
Sultanate spokesman Abraham Idjirani reportedly said yesterday that the charges in Malaysia were “illegal” and should not have been exacted against the eight individuals who were believed to be involved in the Sulu siege on the north Borneo territory.
“Walang basehan ang [There is no basis for] Malaysia to file charges against those eight Filipinos dahil hindi sila ang nagmamay-ari ng [because it did not own] Sabah,” Idjirani was quoted as telling a press conference in Taguig City, the Philippines.
“We condemn the terroristic act of Malaysia dahil sila ay hindi nagmamay-ari ng [because they don’t own] Sabah. They are just occupant so they have no right to file charges against Filipinos,” he added.
Idjirani also cast doubts over the identities of the eight who were charged, demanding the Malaysian authorities reveal where they had been apprehended.
He suggested that the eight may be mere civilians who were not part of the sultanate’s “royal army” which landed in Sabah on February 9.
Sulu “crown prince” Agbimuddin Kiram, the brother of “Sultan” Jamalul Kiram III, led a group of 235 armed militants to Sabah’s Lahad Datu on February 9 to stake the sultanate’s claim over the north Borneo state.
The intrusion has so far resulted in the deaths of 63 Sulu rebels, according to figures from Malaysian security forces, as well as 10 Malaysians, including eight policemen and two soldiers.
Malaysia launched Ops Daulat on March 5 to flush out the armed rebels after weeks of negotiation failed to result in a peaceful resolution.
Security forces are still conducting mopping-up operations today although intelligence officials believe that Agbimuddin has already fled Sabah to the Philippines.
Manila has said it will not abandon the sultanate’s claim over Sabah, even as Malaysian authorities insist the claim is no longer valid due to the inclusion of the state in the 1963 Malaysia agreement.

Source themalaysianinsider

Agbimuddin dianggap ‘wira’ oleh umat Islam Filipina, kata kolumnis

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
Komentar kolumnis Neal H. Cruz.KUALA LUMPUR, 22 Mac — Agbimuddin Kiram dianggap sebagai lagenda dan wira di kalangan umat Islam Filipina kerana berjaya meloloskan diri dari ditangkap oleh pasukan keselamatan Malaysia, kata kolumnis The Philippine Daily Inquirer.
Dalam kolum “As I see it”, wartawan veteran Neal H. Cruz mengatakan menyukai “raja muda” Sulu dan dakwaan keganasan yang dihadapi warga Filipina di Sabah sama seperti perjuangan kaum Indian dan Afrika di Amerika, yang ditindas oleh pendatang imigran dari Eropah.
Cruz berkata jika Agbimuddin ditemui mati, ketua militan itu akan disanjung lebih hebat. 
Beliau berkata Presiden Filipina Benigno Aquino III perlu dipersalahkan, kerana sikapnya mengenai krisis Sabah “mengundang kemarahan”.
“Beberapa tahun dari sekarang, cerita Kesultanan Sulu dan wira-wiranya akan tersebar, tentang bagaimana mereka ditindas oleh kerajaan Malaysia dan FIlipina dan cerita itu akan berterusan zaman berzaman,” kata kolumnis itu dalam tulisannya.
“Sebuah buku akan ditulis tentang mereka, sebuah filem akan difilemkan tentang mereka, sama seperti sejarah Indian dan Afrika di Amerika pada masa lalu.”
Agbimuddin dan 235 pengikutnya dikepung dalam pertempuran ganas dengan ribuan anggota keselamatan Malaysia yang mempunyai senjata berat, jet pejuang, kereta kebal dan bom dalam 18 hari selepas Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu.
Agbimuddin, “raja muda” dan adik kepada Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu, mendarat di Sabah untuk merampas semula negeri yang didakwa miliknya empat abad lalu,
 berjaya melarikan diri walaupun dikepung hebat oleh pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan dari sumber risikan Malaysia semalam, pemimpin puak bersenjata itu berjaya melarikan diri dari Sabah pada 11 Mac dan ke satu pulau di selatan Filipina untuk melarikan diri dari ditangkap pihak berkuasa Filipina.
Laporan menunjukkan 63 pengikut Agbimuddin dibunuh, dan yang lain sama ada melarikan diri pulang ke Filipina atau menyembunyikan diri di Lahad Datu.
Cruz berkata pertempuran harus ditamatkan, dan Putrajaya serta Manila harus bertemu dengan Sultan Sulu untuk menamatkan krisis ini.
“Membunuh dan mempenjarakan pengikut Sultan tidak akan menyelesaikan masalah tetapi memburukkan keadaan, jadi mereka perlu berbincang,” katanya lagi.
Beliau berkata pentadbiran Aquino tidak mengendahkan keluarga Kiram dari mula walaupun presiden itu berkata beliau sudi untuk berbincang dengan keluarga tersebut.
Cruz mengingatkan mengenai surat yang dihantar oleh keluarga Kiram kepada Aquino apabila beliau mula-mula memegang jawatan presiden pada 2010, dan meminta Aquino membantunya tentang tuntutan Sabah. “Tetapi Malacanang mendakwa surat tersebut 'hilang',” katanya lagi.
“Hilang atau tak ambil peduli? Pegawai kerajaan tidak mahu bercakap dengan beliau (Sultan), sebaliknya bercakap dengan adiknya, yang tidak boleh membuat apa-apa keputusan.
“Jika tidak mahu ke rumahnya di Taguig, kenapa tak berikan mereka tambang teksi ke Malacanang supaya mereka boleh berbincang?”
Cruz menyambung dengan berkata walaupun presiden mengatakan keinginan untuk “berbincang”, tetapi pihak berkuasa Filipina menahan pengikut Kiram dan mendakwanya di mahkamah.
Cruz berkata penahanan 36 individu di bot ketika di pesisiran pantai Filipina, dan mendakwa lapan warga Filipina kerana keganasan di Sabah.
“Warga Filipina, dibawah pemerintahan Presiden Aquino, kini tersepit antara dua pihak,” katanya yang berkata jika mereka terus tinggal di Sabah atau pulang, mereka akan ditahan dan dihukum.
“Jadi, apa yang mereka boleh buat? Ada yang akan terus tinggal di situ dan mati dalam pertempuran, membunuh beberapa rakyat Malaysia, dan bertemu bidadari di alam barzakh,” katanya lagi.

Sumber themalaysianinsider

SPR jamin undi rahsia ‘100 peratus’

IPOH, 22 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu boleh mengetahui calon yang dipilih pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata, kerahsiaan undi setiap pengundi terjamin.
“Kerani SPR di pusat pengundian tidak dibenarkan dan tidak boleh mencacat, menulis nombor atau apa-apa. Ini ialah undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pegawai pengurus pilihan raya, ketua penguatkuasa SPR dan ketua polis daerah di Perak, di sini semalam.
Beliau menjelaskan, apabila pengundi masuk ke tempat pengundian, kerani akan menyemak nama dan mengesahkan bahawa individu berkenaan ialah pengundi sebenar sebelum dakwat dicalit pada jari pengundi dan diberi kertas undi.
“Dalam setiap buku, ada 50 kertas undi dan ia akan diberikan mengikut turutan. Jangan pula ada pengundi yang kata dia tak nak kertas undi pertama, hendak yang tengah. Itu melanggar undang-undang dan peraturan,” katanya.
“Kertas undi ada nombor siri. Sebagai contoh, nombor siri 100. Apabila kita buka mana-mana helaian buku kertas undi, nombor sirinya ialah 100 kerana nombor itu unik dan digunakan untuk saluran mengundi berkenaan sahaja.”
Beliau berkata langkah itu bagi memudahkan pengiraan kertas undi yang diberikan kepada pengundi dan memudahkan SPR mengesan kemungkinan pengundi menggunakan kertas undi berkenaan di saluran lain.
“Di saluran lain akan guna nombor siri lain pula, takut kalaulah ada orang mengambil kesempatan bawa kertas undi daripada saluran lain masuk dalam poket, konon nak tambah kertas undi, pergi masukkan ke dalam peti undi di saluran lain,” katanya.
Oleh itu, katanya tidak ada pihak yang boleh mengetahui calon mana yang di pilih oleh pengundi.
“Orang yang datang mengundi, kita bukan tahu pukul berapa dia nak datang. Pusat pengundian dibuka satu hari daripada jam 8 pagi hingga 5 petang. Macam mana boleh buat imaginasi boleh ‘match’ (padankan) orang yang datang mengundi dengan benda ini (kertas undi),” katanya.
Beliau turut menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan supaya tidak mengajar ‘ajaran sesat’ kepada pengundi dengan memberi maklumat salah berhubung pengundian bertujuan menimbulkan kesulitan dan kekecohan. — Bernama

Sumber themalaysianinsider

Membersih diari hidup dari catatan dosa

Dr Juanda Jaya,
Perjalanan hidup manusia terlalu panjang. Bermula dari alam roh menuju ke alam rahim, dilahirkan ke alam dunia, masuk ke alam kubur dan bangkit semula di alam akhirat. Lima fasa telah ditakdirkan untuk kita lalui. Orang yang beriman percaya bahawa sebenarnya roh sentiasa hidup melalui setiap fasa kehidupan ini. Berbanggalah dengan roh anda yang beriman, bukan kerana jasad yang cantik rupawan dengan perhiasan yang dipamerkan di tubuh badan atau harta kekayaan yang disorokkan. Sepatutnya akal yang tajam itu digunakan untuk berfikir jauh ke hadapan. Semuanya yang kita miliki kini akan musnah kerana dunia umpama tempat mengeringkan peluh di muka, lalu kita akan kembali berjalan ke destinasi seterusnya.

Mengamati sejarah hidup manusia, kita seolah-olah membelek setiap halaman diari kehidupan. Pelbagai kejadian dan peristiwa yang dialami mendewasakan diri, walaupun kadang-kadang sebahagian manusia bertambah muda dan bersikap keanak-anakan menghadapi cabaran hidup ini. Berwaspadalah dengan usia tua yang mungkin menambahkan kerasnya hati, degilnya perangai dan sukar mengawal emosi. Apakah sebenarnya yang tersirat dari sabda baginda SAW yang bermaksud: “Allah SWT tidak menerima keuzuran seseorang yang dilanjutkan usianya sehingga sampai berumur 60 tahun.” Hadis riwayat al-Bukhari.

Ini bukan bermakna manusia boleh sesuka hati melakukan dosa hingga berhenti pada usia 60 tahun. Tetapi sebenarnya ia mengingatkan kita bahawa jika tak berubah juga perangai sampai mencecah usia 60 tahun, tanda-tanda kebinasaan telah nampak. Kerana manusia itu mengalami beberapa fasa untuk sampai pada usia matang. Kalau lahir pramatang pun merbahaya, apatah lagi terlebih bulan. Kalau tidak bertaubat juga sementara usia semakin meningkat, alamat tidak jumpa jalan Tuhan sebab mata dah rabun.

Kalau kita imbas kenangan manis semasa mula-mula berkahwin, proses penyesuaian diri dengan pasangan terasa susah tetapi kita jalani juga bahtera rumahtangga itu. Semakin lama semakin kukuh menerjang badai. Pahit manis menjadi pengajaran. Kita bertambah dewasa dan matang dalam berfikir, bertindak dan merasa. Kita telah sampai pada satu titik kesempurnaan peribadi ketika mahu berkongsi segalanya dengan pasangan. Setiap hari saling melengkapi dan saling menyelamatkan supaya tidak tenggelam dihentam gelombang.

Begitu juga dengan perkara iman dalam diri yang sentiasa harus diselamatkan seiring dengan bertambahnya usia. Seharusnya dengan bertambah usia maka bertambahlah imannya, berubah sedikit perangainya kepada kebaikan, mulia akhlaknya, lembut hatinya, terkawal emosinya dan tenang jiwanya. Bukan sebaliknya, biarlah tubuh badan saja yang uzur tetapi iman tetap segar, masih nampak lagi yang hak dan yang batil, tidak nyanyuk dan lupa mana yang Allah reda dan mana yang dimurkai-Nya.

Apabila anak sudah meningkat dewasa, tentunya kita mahu lebih matang daripada mereka dan lebih baik lagi iman dan amalnya. Setiap hari semakin penuh diari hidup kita dengan catatan amalan soleh. Hakikatnya, dosa dan pahala berlumba-lumba memenuhi setiap muka surat catatan diari kehidupan kita sepanjang masa, tanpa henti. Ada yang rugi, ada pula yang untung dalam perniagaan akhiratnya. Yang rugi hanyalah mereka yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat dipanjangkan umur.

Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Bersegeralah kamu melakukan amal kebaikan sebelum menemui tujuh perkara yang kamu tidak nantikan datangnya iaitu kefakiran yang melalaikan, kekayaan yang menyebabkan kamu zalim, sakit yang merosakkan badan, tua yang menggagapkan percakapan, mati yang melenyapkan segala sesuatu, atau tibanya dajjal atau datangnya kiamat yang lebih dahsyat dan lebih pahit dugaannya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

Begitulah diari hidup manusia. Jika habis segala cerita dituliskan, maka sampai pula masanya pulang kepada Allah SWT. Tetapi harus diingat, di akhirat semuanya akan dibalas, dihitung dan ditimbang sehalus-halusnya. Cerita tentang hidup manusia bukan menjadi rahsia lagi di sana. Semuanya akan terungkap di Mahkamah Allah Rabbul Jalil.

http://drjuanda.com/

Wednesday, March 20, 2013

Keluarga Diraja pimpin rakyat serah memorandum

Khairul Azlam Mohamad,

(Ribuan rakyat Terengganu yang turun menyerahkan memo kepada Ahmad Said)

KUALA TERENGGANU: Hari ini dalam sejarah, apabila keluarga sendiri turun padang memimpin ribuan rakyat untuk menyerahkan ‘Memorandum Rakyat’ kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said.

Himpunan aman dan serahan memorandum tersebut dipimpin oleh Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.


(Tengku Paduka menyerahkan memo kepada wakil MB)

Kata Tengku Seri Paduka, kerajaan Terengganu yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan hak rakyat dan wajar disingkirkan pada pilihan raya akan datang.

Katanya, rakyat perlu tahu kenapa saman kerajaan terhadap pihak Petronas dan kerajaan Persekutuan ditarik-balik secara ‘senyap’ tanpa perbincangan dan persetujuan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

“Royalti ini hak kita, hak rakyat dan hak negeri Terengganu yang ‘dirampas’ semasa kerajaan PAS memerintah Terengganu, dan kerajaan PAS saman pihak Petronas dan kerajaan pusat.

“Hari ini, tiba-tiba kerajaan ‘Mat’ (Ahmad) Said tarik balik secara senyap-senyap, dia buat keputusan sendiri dan ini satu kesilapan besar yang dia (MB) buat…kita (rakyat) kena tukar (kerajaan) pada pilihan raya (PRU13) tidak lama lagi,” tegasnya kepada Harakahdaily.

Tengku Seri Paduka diiringi oleh Pengerusi Sekretariat Royalti Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah, Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Presiden Gabungan Anak Terengganu (Gate), Ahmad Amzad Hashim, Pengerusi dan Timbalan DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran dan Encik Jefri Chua.

Memorandum berkenaan mewakili 45 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini yang diselaraskan oleh Sekretariat Royalti Terengganu atau ‘R’ turut membuat desakan terhadap empat perkara kepada kerajaan negeri Terengganu.

(Doa dibaca untuk mengadu kepada Allah tentang kezaliman yang dibuat)

Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah menegaskan Sekretariat ‘R’ mendesak empat perkara bagi memastikan kerajaan negeri Terengganu kekal mendapat hak royalti serta memelihara maruah dan kedaulatan negeri Terengganu Darul Iman.

“Pertama, kerajaan negeri Terengganu perlu memfailkan kembali saman untuk menuntut royalti Petroleum dan ‘R’ komitmen akan bersama dengan Menteri Besar (Ahmad Said) dalam memperjuangkan hak royalti tanpa berbelah bagi.

“Kedua, tidak menerima sebarang istilah lain yang menggantikan ‘royalti’ kerana lain-lain istilah akan membawa maksud yang tidak tepat serta merendahkan hak, maruah dan kedaulatan rakyat negeri Terengganu sebagaimana termaktub dalam perjanjian Petroleum 1974, dan kegagalan menyerahkan royalti kepada rakyat dan negeri Terengganu adalah satu ‘pencabulan’ semangat federalisma.

“Ketiga, menuntut Royalti Petroleum dinaikkan kepada 20 peratus sebagaimana kerajaan Aceh menerima royalty dari Indonesia sebanyak antara 30 hingga 70 peratus.

“Dan keempat, mendesak Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu menarik balik secara keseluruhan (en-bloc retraction) pada ‘Usul Menghentikan Royalti Petroleum’ kepada kerajaan Terengganu dalam ucapan perbahasan Perhimpunan Agung Umno tahun 2000, yang menjurus kepada penamatan bayaran Royalti Petroleum kepada kerajaan Terengganu pada tahun yang sama dan digantikan dengan Program Pembiayaan Wang Ehsan pada 27 Oktober 2000,” jelasnya pada satu sidang media di tempat parkir Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, dekat sini.

Menurut beliau, pihak Sekretariat Royalti Terenggnau turut melahirkan rasa dukacitanya di atas penarikan balik saman kerajaan negeri Terengganu terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan pada 21 Mac 2012, sedangkan tuntutan hak royalti belum selesai.

(Muslimat turut turun untuk menyokong penyerahan memorandum)

Katanya, MB Terengganu dibawah kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Said juga mungkir janji serta mengkhianati harapan rakyat bagi memastikan royalti Petroleum itu dipulangkan sebagaimana dijanjikan pada 11 Mac 2011, lalu.

Malah, kata beliau yang lebih mengejutkan banyak pihak bagaimana saman royalti yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ditarik balik tanpa persetujuan Dun Terengganu.

Penyerahan Memorandum Rakyat itu hanya diterima oleh Setiausaha Politik MB Terengganu iaitu Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid di pintu masuk Wisma Darul Iman pada jam 10.30 pagi.

Sebelum itu, orang ramai mula berkumpul seawal jam 9.00 pagi di tempat parkir kenderaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak sejauh 500 meter ke Wisma Darul Iman.

Kesempatan itu, diambil oleh beberapa orang pimpinan NGO turut berucap dihadapan hampir 5,000 hadirin bagi menyatakan bantahan masing-masing terhadap kerajaan Umno-BN Terengganu berhubung isu royalti tersebut.

Hadir sama pada perhimpunan tersebut pimpinan PAS Terengganu, Parti KeADILan Rakyat (PKR) Terengganu dan DAP Terengganu.

Sumbern harakahdaily

50,000 kekosongan SPA dijangka diisi tahun ini


 Mac 20 2013  
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan lebih 50,000 kekosongan jawatan perkhidmatan awam akan diisi sepanjang tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam berkata ini berikutan terdapat kumpulan penjawat awam yang berkhidmat sehingga umur 60 tahun akan bersara tahun ini.

kdn mahmood adam on nanyang 301211 02"Tahun lepas pengambilan penjawat awam kira-kira 50,000, jadi, tahun ini saya percaya pengambilan akan lebih 50,000 kerana kebanyakan mereka yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga 60 tahun akan pencen tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi interaksi SPA bersama Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun, Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan serta Karnival Kerjaya SPA di Kluang hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mahmood menggesa lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang berminat untuk memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) supaya mengisi permohonan segera untuk menduduki peperiksaan pengambilan yang akan diadakan 13 April depan.

Beliau berkata sehingga kini lebih 70,000 pemohon sudah berdaftar untuk menduduki peperiksaan terbabit dengan mereka yang berminat perlu berdaftar di laman http://www.spa.gov.my.

Mengenai sesi interaksi yang dilakukan hari ini, Mahmood berkata ini merupakan kali pertama SPA turut menjemput beberapa persatuan yang mewakili masyarakat termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa, Persatuan Bekas Tentera, Usahanita dan Persatuan Imam Daerah Kluang.

"Sesi di Kluang hari ini merupakan jelajah kali ke-15 yang dilakukan SPA sejak Jun tahun lepas di seluruh negara. Ia bertujuan mendapatkan pelbagai maklum balas terhadap perkhidmatan yang ditawarkan SPA terutama pelaksanaan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib," katanya.

- Bernama
 
Sumber malaysiakini

ASNB umum agihan pendapatan lebih tinggi dana ASG


 Mac 20 2013  
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan lebih tinggi bagi kesemua tiga dana dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2013.

Pemegang unit ASG-Pendidikan akan menerima agihan pendapatan 7.10 sen seunit, meningkat daripada 7.0 sen seunit pada tahun lepas, manakala pengagihan bagi ASG-Kesihatan ialah 7.20 sen seunit berbanding 7.10 sen pada 2012 dan bagi ASG-Persaraan, 7.30 sen berbanding 7.05 sen pada tahun sebelumnya.

ASG-Pendidikan diperuntukkan sejumlah RM5.25 juta bagi pengagihan pendapatan tahun ini berbanding RM3.64 juta tahun lepas, kata Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid hari ini.

Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 21,460 pemegang unit ASG-Pendidikan yang melanggan 73.969 juta unit tabung berkenaan, katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan itu di Kuala Lumpur.

Sehingga 19 Mac, ASG-Pendidikan merekodkan pendapatan kasar RM5.72 juta, disumbangkan oleh keuntungan penjualan saham dalam syarikat-syarikat (RM3.20juta), pendapatan dividen (RM1.60 juta) dan pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek (RM920,000).

Bagi ASG-Kesihatan, ASNB memperuntukkan sejumlah RM6.50 juta bagi agihan pendapatan tahun ini berbanding RM4.57 juta tahun lepas.

Pengagihan pendapatan itu akan memberi manfaat kepada 14,472 pemegang unit yang melanggan 90.316 juta unit tabung berkenaan, kata PNB.

Sehingga 19 Mac, 2008, ASG-Kesihatan merekodkan pendapatan kasar RM7.49 juta, disumbangkan oleh penjualan saham dalam syarikat-syarikat (RM4.25 juta), pendapatan dividen (RM2.25 juta) dan pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek (RM990,000).

Bagi ASG-Persaraan, ASNB menyediakan pembayaran berjumlah RM1.66 juta bagi agihan pendapatan tahun ini berbanding RM1.49 juta tahun lepas.

Pembayaran itu memberi manfaat kepada 3,393 pemegang unit ASG-Persaraan yang melanggan 22.801 juta unit tabung ini.

Sehingga 19 Mac, ASG-Persaraan mencatatkan pendapatan kasar RM2.18 juta, disumbangkan oleh penjualan saham dalam syarikat-syarikat (RM960,000), pendapatan dividen (RM870,000) dan pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek (RM350,000).

Ketiga-tiga unit amanah dalam ASG adalah "dana pertumbuhan dan pendapatan" dengan objektif dan pembahagian aset berbeza bagi setiap tabung.

ASG adalah dana harga berubah-ubah dan setiap pelabur dibenarkan untuk melanggan unit-unit dalam ketiga-tiga tabung ini tanpa had.

- Bernama
 
Sumber malaysiakini

'Raja' Azzimuddie Kiram Warganegara Malaysia dan bekas Kakitangan Awam Sabah rupanya..


Ketua penceroboh militan Sulu dari Filipina Agbimudin Kiram, dakwa PKR, adalah rakyat Malaysia dan pernah bekerja sebagai kakitangan awam di Sabah, dakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rafizi turut menegaskan daripada dokumen yang diperolehi PKR daripada Arkib Negara Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.

“Perkara ini membuktikan ‘Projek IC’ jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ... yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegas Rafizi.

Ini kenyataan Medianya...

Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.

Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.

Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.

Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.


Kalau kurang jelas sila Klik di ( SINI ) untuk image yang lebih jelas..

Dengan maklumat ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3. Kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?.

Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno.

Untuk mengupas perkara ini dengan lebih lanjut, KEADILAN akan meganjurkan Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara (BKKN) dalam bentuk forum yang disertai oleh Leftenan Jeneral (B) Dato’ Abdul Ghafir Abdul Hamid (mantan Timbalan Panglima Tentera Darat) dan Tuan Yusuf Barji (mantan Penolong Pesuruhjaya Polis/ACP dan Pengarah Cawangan Khas PDRM Sabah) di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru.

BKKN yang pertama akan berlangsung di Dewan Dato’ Ahmad Razali Ampang pada hari Khamis, 21 Mac 2013 jam 9 malam dan akan dipengerusikan oleh saya sendiri. Melaui BKKN, persoalan hubungkait Projek IC dan ancaman keselamatan akibat dari semborono Umno itu akan dikupas dengan sejelasnya, selain dari isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara yang lain.

KEADILAN menunggu jawapan dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad agar perkara sebenarnya dapat dijelaskan kepada rakyat.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

DARELL LEIKING
Timbalan Setiausaha Agong

20 MAC 2013 

Sumber darianaksungaiderhaka

Monday, March 18, 2013

STPM: 18 calon dapat 5A


 
Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 berbanding 46,705 calon (92.19 peratus) pada tahun sebelumnya.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata daripada  jumlah itu, sebanyak 2,709 calon atau 5.24 peratus lulus penuh dalam lima mata pelajaran manakala calon yang lulus dalam empat mata pelajaran berjumlah 21,779 calon (42.15 peratus).

"Seramai 10,029 calon (19.41 peratus) lagi lulus penuh tiga mata pelajaran, 7,299 calon (14.13  peratus) lulus penuh dua mata pelajaran dan 6,068 calon (11.47 peratus) lulus penuh satu mata  pelajaran.

"Jumlah calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah meningkat sebanyak 1,253 calon, iaitu daripada 23,246 calon (45.89 peratus) pada tahun 2011 kepada 24,488 calon  (47.39 peratus) bagi tahun lepas," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2012 di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengenai prestasi pelajar, Mohd Noh berkata 18 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding 12 calon pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu katanya, tujuh calon adalah pelajar aliran sains dan 11 lagi dari aliran  sastera.

Bilangan calon yang mengambil lima mata pelajaran dan mendapat empat Gred A pula adalah  sebanyak 53 calon manakala bilangan calon yang mengambil empat mata pelajaran dan mendapat empat Gred A  adalah sebanyak 379 calon.

Beliau berkata pada umumnya, prestasi calon tahun 2012 adalah lebih baik berbanding tahun  sebelumnya, di mana min Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) negara meningkat kepada 2.24 daripada 2.22  pada 2011.

Pada 2012, seramai 442 calon (0.86 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 300 calon (0.59  peratus) pada tahun sebelumnya, iaitu meningkat sebanyak 142 calon.

Seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

Mohd Noh berkata jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara apabila  prestasi calon bandar jauh lebih baik daripada calon luar bandar, di mana bilangan calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 1,105 (13.53 peratus) berbanding hanya 170 calon (9.20  peratus) luar bandar.

Katanya bilangan calon bandar aliran sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 392  (14.85 peratus) berbanding hanya lapan (6.4 peratus) calon luar bandar.

Sementara bilangan calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula adalah seramai  713 calon (12.90 peratus) berbanding hanya 162 calon (9.24 peratus) luar bandar.

Daripada segi prestasi sekolah, beliau berkata sekolah kerajaan menunjukkan peningkatan  berbanding pada tahun sebelumnya, iaitu min PNGK sekolah kerajaan pada tahun 2012 ialah 2.33 berbanding  2.29 pada 2011.

Pada tahun 2012, sebanyak 59 buah sekolah mencapai min PNGK 2.8 atau lebih tinggi berbanding 52  sekolah pada tahun sebelumnya dan 47 sekolah pada 2010, katanya.

Peningkatan sebanyak 1,253 juga berlaku dalam jumlah calon sekolah kerajaan yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran iaitu 23,683 calon (49.64 peratus) bagi tahun lepas  berbanding 22,430 calon (47.84 peratus) pada tahun 2011.

Mohd Noh berkata berdasarkan prestasi calon mengikut mata pelajaran, didapati enam mata pelajaran meningkat prestasinya iaitu Further Mathematics T (71.43 peratus), Bahasa Cina (69.34  peratus), Ekonomi (59.19 peratus), Syariah (76.43 peratus), Sejarah (64.18 peratus) dan Geografi (70.21  peratus) berbanding tahun sebelumnya.

Sebanyak 15 mata pelajaran yang lain pula dianggap tidak berubah prestasinya kerana beza  peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2011 dan tahun sebelumnya kurang daripada dua peratus.

"Pada 2012, dua mata pelajaran iaitu Bahasa Arab dan Literature in English pula menurun  prestasinya berbanding dengan STPM 2011," katanya.

Daripada segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam jawapan calon bagi tujuh mata pelajaran iaitu  Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Computing, Fizik, Kimia dan Biologi, Mohd Noh berkata 98.13 peratus (25,503) calon telah menjawab soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun  lalu berbanding 98.11 peratus (25,993) pada tahun sebelumnya.

Mengumumkan mengenai prestasi calon Malaysian University English Test (MUET) sesi November  2012, beliau berkata pada keseluruhannya berlaku peningkatan terhadap prestasi calon iatu sebanyak  36.22 peratus calon telah mendapat Band 3 atau lebih baik berbanding 23.94 peratus pada sesi Julai  tahun lepas.

Pada majlis itu, Mohd Noh turut menyampaikan hadiah berupa wang tunai RM1,000, sijil  penghargaan dan sebuah plak kepada 18 pelajar cemerlang STPM, dua anugerah kepada pelajar cemerlang istimewa.

Anugerah turut disampaikan kepada pelajar cemerlang luar bandar dan dua calon cemerlang MUET bagi tahun 2012, masing-masing bagi calon Terbaik MUET Mac 2012 dan calon Terbaik MUET November 2012.

Sementara itu, Mohd Noh turut mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Penggal Satu STPM 2013 akan dikeluarkan pada Khamis ini bermula pukul 12 tengah hari.

"Semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui portal MPM di www.mpm.edu.my atau  melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) di talian 15888," katanya.

- Bernama

Sumber malaysiakini