Monday, January 24, 2011

Advanced Air Traffic System (AAT) Unit Teknikal Penyelenggaran Alatan Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.


Paparan pergerakan pesawat yang dikesan oleh ADSB (Radar]

                                                
                          Susunan holder yang digunakan oleh Controller


Paparan Pematauan Cuaca /Kelajuan Angin/Arah Angin/Tekanan Udara



                                      


                      AAT Kuala Terengganu Site Maintenance Engineer



 Kuala Terengganu  Air Traffic Controller Mengikuti Latihan ADSB (Radar)
                                          anjuran AAT.


Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AAT) ditubuhkan seiring dengan kemajuan Sistem Pengurusan Trafik Udara dengan  memberi  perkhidmatan sokongan dalam kerja kerja penyelenggaran dan pembekalan alatan alatan kawalan trafik udara.

AAT Kuala Terengganu diamanahkan untuk penyelenggaran alatan alatan kawalan trafik udara seperti berikut

a) ADSB(Automatic Dependent Surveilance Broadcast)-Radar. Yang pertama kali di pasang di Malaysia,

b) Aviation Weather Observation System (AWOS) - Pemantauan cuaca

c) Voice Communication Switching System (VCSS) - Alatan radio telephony

d) Recording System (Alat Perakam 24 jam jangkamasa satu bulan)

Tugas harian AAT Kuala Terengganu ialah untuk mempastikan semua peralatan yang tersebut diatas berada didalam keadaan terbaik dan memuaskan (tip top).Pemeriksaan peralatan dilakukan setiap pagi dan petang bagi menentukan kelancaran kerja kerja kawalan trafik oleh controller bertugas.Pihak AAT akan segera membuat pembaikan sekiranya menerima lapuran  kerosakan daripada controller.

AAT Kuala Terengganu di ketuai oleh Site Maintenance Engineer Supervisor  En Aznan Nazril Ahmad dan dibawah beliau ialah Site Maintenance Enginner En Shazrul Musa,En Mohd Hishamuddin M Shafie dan En Shairyzal mohamad@Azizan.Mereka bertugas dalam dua syif iaitu pagi dan petang dengan  mengikut waktu operasi lapangan terbang  daripada pukul 0700 pagi hingga 2200 malam.

1 comment: