Oleh: kamal_hasan
"Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.
Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratisdalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.
Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.
Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke
dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke
dalam bahasa Turki.
Tahun 1950 bergabung
dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika
pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan
manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:
-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.
Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi.
Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih
menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar.
Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam
manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa
yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab,
kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan
dibolehkan memakmurkan masjid.
Pada
pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik
hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan
peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an
di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad
Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i,
dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku
Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali
berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes
mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk
kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.
Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan
Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang
masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in
Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun
1956.
Arus Islamisasi yang begitu deras,
membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para
jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari
Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung
Menderes.
Sebab-sebab Menderes dihukum
gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen,
"Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang
teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan
Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk,
yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann
militer tentera Turki."
Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung
Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya,
sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah
digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan
dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan
kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006,
benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip
Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.
Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di
dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang
buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq
Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki,
sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal
dan lain-lain lagi
-Wallahua'lam-
No comments:
Post a Comment