Friday, August 16, 2013

Tentera Mesir adalah tentera Amerika; Rumah Putih akan terus buat kenyataan ‘kosong’



Dalam keadaan konfrontasi ditingkatkan sepenuhnya antara tentera Mesir dan penyokong Ikhwanul Muslimin, Washington sekali lagi bermain ‘sorok-sorok’ dengan pelanggannya sendiri.
Amerika Syarikat (AS) gembira melihat Islam ‘terkebelakang’, sebab itu pentadbiran AS menahan dirinya dari merujuk kepada tindakan tentera menggulingkan Presiden Morsi sebagai satu rampasan kuasa, walaupun ramai ahli-ahli Kongres AS yang berpengaruh menegaskan ia adalah rampasan kuasa yang jelas.
Sebenarnya, pentadbiran Obama mahu rampasan kuasa ditunaikan, namun ia tidak mahu dunia melihat ‘darah’ di tangannya. Tetapi jika mereka berharap untuk memuaskan hati dan mempengaruhi tentera, mereka adalah salah.
Sang Jeneral berkeras dengan ‘seranahnya’, jika dia tidak melanggar Ikhwan, cabaran politik yang dihadapi oleh Mesir dilihat sebagai masalah keselamatan yang memerlukan penggunaan kuasa.
F16 UsMereka akhirnya menguatkuasakan undang-undang darurat yang membolehkan mereka mendapat lebih banyak kawalan, tetapi pada hakikatnya ia membawa kepada lebih banyak peningkatan ketegangan.
Apabila mereka bersedia untuk tindakan keras secara terbuka keatas penyokong Morsi dengan kuasa, Washington kekal membisu, kekal senyap.
Seruan AS melalui kenyataan selepas perlanggaran kem-kem Morsi, yang meminta supaya pihak tetera menahan diri, melakukan dialog, dan kembali ke peti undi, hanyalah lebih retorik daripada praktikal tanpa sebarang kesan.
Keghairahan Amerika untuk mengekalkan hubungan yang rapat dengan tentera Mesir dan kekal relevan di negara Mesir, telah menghalang dirinya dari mengambil pendirian yang jelas.
Pelaburan dalam tentera Mesir
Mesir adalah “sekutu utama bukan NATO” kepada AS dengan hubungan ‘tentera dan tentera’ untuk kepentingan serantau menjadi di terasnya.
Hubungan ketenteraan Mesir dengan pihak Barat telah disuburkan selepas Perjanjian Damai 1979 antara Israel dan Mesir, menjadikan tentera Mesir adalah pihak kedua penerima terbesar bantuan dua hala, selepas Israel.
Pemeteraian tersebut, antara lain mencatatkan, satu pelaburan yang besar tentera dan kewangan yang berjumlah $ 66bn dari AS kepada tentera Mesir sejak perjanjian damai itu. AS membelanjakan tidak kurang $ 1.3bn setahun untuk menarik dan ‘menjerat’ para jeneral Mesir, sejak 1987.
Hadiah-hadiah istimewa untuk tugas berat telah disempurnakan oleh AS kepada tentera Mesir termasuk 1,000 kereta kebal dan 221 jet pejuang bernilai berbilion dolar menandakan komitmen AS ke atas Mesir.
Hatta pada tahun 201, iaitu tahun revolusi Mesir, ia masih menerima hampir satu perempat daripada semua dana asing Pembiayaan Tentera Amerika.
‘Percintaan’ antara tentera Amerika dan Mesir telah menyebabkan, antara banyak perkara, daya pertahanan Mesir di Amerikakan (Americanised).
Lebih 500 pegawai Mesir mendapat manfaat daripada sistem pendidikan tentera Amerika setiap tahun . Ini termasuk pegawai-pegawai utama tentera Mesir, termasuk ketua pertahanan negara, Abdel Fattah al-Sisi , yang menikmati lanjutan pengajian di Kolej Perang Tentera Amerika Syarikat di Pennsylvania.
_51108641_us_aid_egypt_464grBegitu juga nikmat yang diperolehi oleh komander Tentera Udara, Reda Mahmoud .
Tugasan pendidikan pegawai-pegawai Mesir di kolej-kolej tentera Amerika Syarikat, program-program latihan, dan latihan ketenteraan bersama telah membawa kepada hubungan yang berkekalan di antara penubuhan tetera kedua-dua negara.
Persoalannya seterusnya adalah, apa yang AS sepatutnya lakukan dengan rakan kongsinya tentera Mesir yang sangat memalukan akhir-akhir ini?
Perlukan tetera Mesir diberi kata dua? samada memotong bantuan $ 1.3 b setahun itu, selepas bertahun memberikan nikmat tentera Mesir berbelanja mewah dengan dana yang penting itu?
Kebijaksanaan konvensional AS dalam meneruskan dasar Timur Tengah, terutamanya yang berkaitan dengan negara haram Israel adalah, bahawa Washington perlu mengekalkan hubungan yang rapat dengan tentera Mesir pada setiap masa.
Ada yang mendakwa bahawa tentera Mesir adalah sekutu penting dan boleh dipercayai di lautan kegawatan, dan menyokong ia berfungsi untuk kepentingan keselamatan negara AS.
Oleh itu, bagi mereka (AS), sesiapa jua yang baru muncul sebagai kuasa orang awam, yang popular mungkin, sama ada Islam atau sekular adalah tidak boleh dipercayai dan tidak mesra.
Justeru, dengan AS menahan diri dari mengkritik jeneral akan membolehkan Washington untuk mendapat sedikit pengaruh ke atas keputusan yang mereka (tentera) buat.
Sesuai dengan saranan utusan AS yang baru dilantik bagi Timur Tengah, Martin Indyk yang berhujah bahawa, AS perlu berkomunikasi dengan tentera “terbesar, ketenteraan paling kuat, budaya yang paling berpengaruh, dan kedudukan negara yang paling penting” di dunia Arab melalui saluran swasta , dan tidak bekerja menentang mereka.
Tentera itu adalah tentera Mesir dengan jeneralnya, walau apa pun tindak-tanduk yang dibuat, walaupun melanggari prinsip dan dasar yang didokongi AS.
Kenyataan Rumah Putih dan Setiausahanya yang membuat kecaman terhadap keganasan yang telah dilakukan oleh tetera Mesir dan jeneralnya akan tinggal sebagai komen ‘kosong’!
[Terjemahan secara bebas dari Al-Jazeera]

Sumber buletinonline

No comments:

Post a Comment