Thursday, August 8, 2013
3 Kategori Amalan Hari Raya Puasa di Malaysia
Oleh: ibnuabbas
"Assalamualaikum
Alhamdulillah, InsyaAllah esok umat Islam akan menyambut Aidilfitri setelah menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan.Di sini saya huraikan 3 kategori amalan yang biasa dilakukan oleh masyakarat kita pada hari raya, sama ada hari raya Aidilfitri atau Aidil Adha.
1- Kategori SYARIAT
2- Kategori ADAT
3- Kategori MAKSIAT
Contoh-contoh amalan setiap kategori tersebut:
1- Kategori SYARIATSyariat bermaksud amalan itu dianjurkan, diperintah atau digalakkan oleh agama. Inilah kategori amalan yang sepatutnya dilakukan oleh kita pada hari raya. Amalan-amalan yang dikategorikan sebagai SYARIAT ialah:
1- Menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid, sebaik2 makananyang dijamah ialah tamar mengikut bilangan ganjil, jika tidak dpt makandirumah boleh makan di masjid, sama ada di tengah perjalanan atau di tempatsolat hari raya didirikan. Ini untuk menunjukkan bahawa hari raya adalah hari yangdiharamkan berpuasa. Begitu juga disunatkan makan selepas menunaikan solat hariRaya. (bagi hari raya Aidil Fitri sahaja, tidak disunatkan bagi hari rayaAidil Adha, hari raya Aidil Adha disunatkan makan selepas solat sama adamakan daging korban atau makanan lain)
2- Menunaikan solat sunat Idulfitri di masjid atau di tanahlapang dengan dihadiri oleh semua lapisan masyarakat termasuk wanita dankanak-kanak, golongan muda atau tua, sehingga wanita haid jugadigalakkan hadir (duduk di luar masjid dan mendengar khutbah)
3- Memperbanyakkan takbir ketika berada di rumah dan dalam perjalanan ke masjid
4- Melakukan semua amalan yang sunat dilakukan pada hari Jumaat seperti mandi sunat hari raya, memakai bau-bauan, membersihkan diri seperti menggunting rambut dan bulu, memotong kuku, menghilangkan bau yang tidak menyenangkan pada badan dan pakaian (dengan memakai wangi-wangian), memakai pakaian baru dan yang terbaik, sebaik-baik warna pakaian ialah yang berwarna putih dan pakaian yang menzahirkan keindahan dan kecantikan, tidak kira sama ada bagi orang yang pergi ke masjid atau tidak
5- Menggalakkan semua golongan ke masjid termasuk kanak-kanak dan wanita sekalipun datang haid(duduk di luar atau anjung masjid sahaja),kecuali jika mendatangkan fitnah kpd golongan lelaki maka tidak digalakkan ke masjid
6-Datang awal ke masjid untuk menunaikan solat hari raya (bagi makmum)iaitu seawal selepas Subuh, bagi imam disunatkan melewatkannya hinggadidirikan solat hari raya.
7-Mengambil jalan berlainan untuk pergi dan pulang dari masjid dan berjalan kaki (jangan menunggang kenderaan) kecuali kerana sakit, lemah, uzur, tua atau masjid jauh (maka boleh menaiki kenderaan). Mengambil jalan berlainan bertujuan supaya jalan-jalan tersebut menjadi saksi di atas kehadirannya ke masjid. Disunatkan juga mengambil jalan yang lebih jauh.
8- Menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan ibadah (bukan tengok tv)
Semua amalan yang tersebut di atas adalah amalan yang dikategorikan sebagai SYARIAT dan digalakkan pada hari raya.
2- Kategori ADAT
Adat bermaksud amalan masyarakat sejak turun-temurun atau amalan yang diwarisi sejak dari nenek moyang lagi atau adat yang ditiru dari budaya agama lain (kerana elok dan baik jika diamalkan). Antara amalan yang termasuk dalam kategori ADAT pada hari raya ialah:
1-Pemberian duit raya/angpau raya
2-Bermaaf-maafan dan saling kunjung-mengunjungi
3-Menziarahi kubur
4-Ucapan ”selamat hari raya maaf zahir batin”. Ucapan yang sebenar menurut Islam ialah taqabbalallahu minna wa minkum
5- SMS raya dan kad ucapan selamat hari raya
6- Menjamu selera pada hari raya seperti makan kuih raya, lemang, rendang, satay dan sebagainya (jangan sampai ke tahap membazir dan berlebihan)
7- Mengadakan rumah terbuka (open house)
Amalan-amalanini jika dilihat seolah-olah ia adalah SYARIAT tetapi yang sebenarnyaia hanyalah sekadar ADAT. Walaubagaimana pun ia adalah ADAT YANG BAIK DANTIDAK BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT.
Adat yang baik dan tidak bertentangan dengan syariat boleh diamalkan dan diteruskan, bahkanmendapat pahala jika diniatkan kerana Allah, kerana secara umumnya ia termasuk dalam perkara-perkara kebaikan dan kebajikan.
Yang tidak boleh diamalkanialah jika adat tersebut BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT, mengandungiunsur-unsur MAKSIAT, SYIRIK atau KHURAFAT, maka ia tidak boleh diamalkandan patutlah ditinggalkan. Adat-adat yang diamalkan oleh masyarakatpada hari raya seperti yang disebutkan di atas,
jika dilihat, ianyatidak termasuk dalam perkara2 yg bertentangan dengan syariat, syirikatau khurafat, cuma ada sebahagiannya yang bercampur dengan perkara2maksiat. Adat-adat yang bercampur dengan perkara maksiat adalahsebagaimana di bawah.
3- Kategori MAKSIAT
Maksiat bermaksud perbuatan dan perkara yang dilarang oleh syarak dan mendapat dosa jika diamalkan. Antara amalan berbentuk MAKSIAT dalam acara dan sambutan hari raya ialah:
1- Mendedahkan aurat di hadapan bukan mahram (biasanya golongan wanita)
2- Menyediakan makanan secara berlebihan dan tidak habis dimakan sehingga membazir
3- Bersalam-salaman/bercium pipi antara lelaki dan perempuan bukan mahram
4- Berhibur secara berlebihan, mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai unsur-unsur cinta dan maksiat, menonton cerita-cerita hari raya yang mendedahkan aurat...
5- Berlebih-lebihan dalam berpakaian sehingga menampakkan kemewahan dan melahirkan kesombongan dsb.
Ketiga-tiga kategoriamalan ini, kategori pertama dan kedua iaitu kategori SYARIAT dan ADAT(yang tidak bertentangan dgn syariat dan akidah Islam) patut dilakukandan diteruskan tetapi kategori MAKSIAT iaitu kategori yang ke-3 patutlah ditinggalkan.
Sekian.
Ustaz Zulkarnain Dollah
Selamat Menyambut Aidilfitri 1434H"
Sumber tranungkite
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment