Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.
Mayat lelaki tidak dikenali
itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan
menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.
Berdasarkan maklumat kisah benar
ini, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah
kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat
diselaputi lumpur.
Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.
Penggali
kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan
kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang
kosong.
Katanya, keadaan jenazah itu
tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat
pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang
dipercayai mencecah puluhan tahun.
“Saya
30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian
sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.
“Sepanjang
pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia
ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka
dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat,”
katanya.
Difahamkan, penemuan mayat
itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53
tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk
memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui
itu.
Desa dan dua lagi rakannya
terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah
liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang
lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.
Rakannya,
Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh
mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat
mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.
“Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.
“Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur,” katanya.
Sumber tranungkite
No comments:
Post a Comment