Monday, August 26, 2013

Erdogan mengesahkan semula : Kami tidak akan berundur daripada menyokong perlembagaan legitimasi di Mesir]

Perdana Menteri Turki , Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa beliau akan meneruskan demonstrasi siang dan malam bagi menyokong legitimasi di Mesir.

Dalam ucapan Erdogan kepada rakyat Turki, beliau telah menyeru seluruh rakyat Mesir untuk berdepan dengan penguasa zalim yang telah membuat penggulingan ke atas legitimasi dan Presiden Dr Muhammad Mursi.

Tambah beliau, beliau akan terus berdiri bersama rakyat dan kebenaran tidak kira walau di mana. Beliau akan terus bergerak bersama orang-orang yang lemah, tidak meninggalkan hak-hak para syuhada " Rabiatul Adawiah " dan sesekali tidak akan berpatah balik daripada jalan kemenangan.

Erdogan menyatakan kesedihan beliau atas apa yang berlaku di Syria dan Mesir. Sungguh, beliau tidak akan berundur daripada menyokong rakyat Mesir.

Perdana Menteri Turki itu juga turut menuntut pembebasan semua tahanan politik di Mesir.

Sumber : ikhwanonline.com
#mesirkini
#R4BIA

No comments:

Post a Comment