Monday, August 19, 2013

Pernyataan daripada Ikhwan Muslimin (IM) secara khusus mengenai pembunuhan 37 tahanan di dalam kenderaan, holokaus oleh tangan Kementerian Dalam Mesir]

[Pernyataan daripada Ikhwan Muslimin (IM) secara khusus mengenai pembunuhan 37 tahanan di dalam kenderaan, holokaus oleh tangan Kementerian Dalam Mesir]

Rakyat Mesir pada masa kini hampir tidak ada masa lapang kerana sibuk mengebumikan para syuhada' yang dibantai oleh tangan pengkhianat dan pengganas, hingga saban waktu menerima syuhada' yang baru hasil 'pembersihan' daripada kuasa tentera dan polis pengikut rampasan kuasa berdarah.

Mereka seakan melancarkan perang penghapusan ke atas rakyat mesir yang menolak rampasan kuasa, hingga meningkatnya angka korban dan kecederaan dengan angka yang sangat tinggi.

Terkini mengenai pembunuhan beramai-ramai, sebanyak 37 nyawa tahanan Mesir dihabisi di dalam kenderaan sewaktu perjalanan ke lokasi salah satu penjara pada hari Ahad 18 ogos 2013.

Pernyataan yang bercanggah telah dikeluarkan daripada Kementerian Dalam Mesir, di mana sekejap menyatakan tahanan Mesir mati disebabkan gas dan sekejap menyatakan mereka mati dibunuh peluru hidup. Walau apa pun yang berlaku, tawanan tersebut adalah amanah terhadap Kementerian Dalam Mesir, di mana mereka telah menetapkan keputusan untuk mengkhianati amanah yang diberi disamping tidak menjalankan tugas yang sepatutnya, dan menghabisi jasad tawanan sebagai tindakan balas kerana berpendirian menentang kudeta tentera berdarah, dan jenayah terkutuk yang dilakukan menunjukkan nilai kemanusiaan bagi golongan pembunuh penumpah darah, ia juga menyebabkan timbulnya kebimbangan masyarakat Mesir terhadap anak-anak mereka yang masih berada dalam tahanan Kementerian Dalam Negeri Mesir, di mana angka mereka mencecah ribuan orang yang berisiko dengan penghabisan nyawa.

Dan kami (IM) meletakkan ke atas Kementerian Dalam Mesir beserta pimpinan kudeta tanggungjawab politik dan jenayah bagi jenayah-jenayah kejam yang dilakukan, yang seakan tidak berhenti daripada berfikir untuk menunduk dan menghinakan rakyat mesir dengan kuasa mereka, iaitu rakyat yang tidak akan tunduk melainkan kepada Allah swt, dan akan terbebas dengan izin Allah swt dari tempoh hitam dalam sejarah mereka.

Seperti mana juga kami menujukan kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan setiap yang mempunyai hati nurani yang merdeka, di dalam atau di luar untuk bersimpati dengan rakyat Mesir yang terdedah kepada kempen penghapusan yang menggunakan segenap jenis senjata daripada pengikut-pengikut perampas kuasa yang malangnya daripada tentera dan polis.

Syua'ara' : 227

Ikhwan MuslimIn

Kaherah, Tanggal 11 Syawal 1434 H bersamaan 18 Ogos 2013

Sumber : الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"
‪#‎mesirkini‬

No comments:

Post a Comment