Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, parti itu akan menggerakkan kempen berkenaan sehingga kerajaan BN membatalkan hasrat berkenaan.
Rafizi dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah untuk menyenaraikan peminjam dalam CCRIS merupakan satu “ugutan dan hukuman” serta perbuatan yang tidak mempedulikan kebajikan rakyat, terutama golongan muda.
Katanya, beliau juga percaya bahawa langkah untuk menyenaraikan peminjam dalam sistem yang diuruskan Bank Negara Malaysia itu tidak akan memperbaiki prestasi PTPTN untuk mengutip hutang berkenaan.
“Ugutan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman institusi kewangan ini bukanlah kali pertama PTPTN menggunakan cara kasar untuk menekan peminjam.
“Sebelum ini pun, PTPTN telah menyenaraihitamkan peminjam PTPTN dalam senarai imigresen hingga menyukarkan mereka ke luar negara.
“Ugutan itu tidak pun berjaya memperbaiki kedudukan kutipan hutang PTPTN, maka ugutan terbaru menyenaraikan peminjam dalam CCRIS juga saya yakin tidak akan berkesan,” katanya.
Jelasnya, sistem berkenaan akan membolehkan institusi kewangan menambah rekod peminjaman PTPTN sebagai kriteria baru dalam menilai kedudukan kredit kewangan seseorang.
“Secara langsung, tindakan ini akan digunakan oleh institusi kewangan untuk menafikan kemudahan pinjaman (perumahan, kenderaan dan peribadi) kepada peminjam PTPTN yang didaftarkan oleh PTPTN di dalam CCRIS.
“Ini bermakna peminjam PTPTN seolah-olah jatuh ditimpa tangga – sudahlah dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah, mereka kini diugut oleh PTPTN untuk dinafikan hak memiliki rumah, kereta dan lain-lain,” katanya.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh ketika mengumumkan langkah berkenaan semalam berkata ia bertujuan untuk menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.
Katanya, PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.
Sumber malaysiakini
No comments:
Post a Comment