Monday, August 19, 2013

Berita terkini daripada Mesir

[Terkini : Sehingga jam 3pm 19 Ogos 2013]

1. Los Angeles Times memberikan laporan penglibatan yang ramai oleh kumpulan samseng upahan membantu Kudeta menyerang dan membunuh demonstran di Masjid Al Fath.

2. Bank-bank (kaunter dan mesin ATM) di Mesir menyaksikan urusan pengeluaran wang yang sangat banyak dilakukan kerana pendeposit bimbang berlaku krisis kewangan di Mesir. Semalam bank hanya beroperasi selama tiga jam sahaja berbanding 5 jam sebelum ini.

3. Pengkebumian As Syahid Ammar, 38 tahun, anak lelaki Dr Muhammad Bade', Mursyidul Am Ikhwan Muslimin telah disempurnakan semalam tanpa kehadiran ayahnya.

4. Berkaitan Mustafa Hegazi, Penasihat Presiden Kudeta,

"Dia adalah pendusta (Jamaah Islamiah). Dia bercakap tentang pembakaran Gereja tetapi tidak bercakap langsung tentang pembakaran Masjid (Ahmad Abdel Jawwad). Orang yang membakar gereja, adalah orang yang sama yang mengepung masjid dan membakar mayat-mayat - Hatem Azzam

5. Kementerian Penerangan Kudeta sedang mempersiapkan urusan penutupan TV Al Jazeera sepenuhnya di Mesir .

6. New York Times : Kerajaan Kudeta bergantung kepada samseng untuk berhadapan dengan penentang Kudeta.

7. Organisasi Samseng : Rangkaian samseng bergerak secara terancang dengan seliaan agensi kerajaan Kudeta dan dibekalkan dengan senjata api. Akhirnya mereka ini dipotretkan sebagai penduduk tempatan. Bilangan mereka menjangkau 300,000 orang dan ditubuhkan oleh agensi perisikan tentera sejak sekian tahun. Mereka berfungsi menyerang sebarang perarakan dan demonstrasi aman, menyerang dan membakar gereja (berdasarkan perakuan paderi gereja sendiri) dan menyerang para wartawan yang mengambil gambar mereka (nanti akan disiarkan dalam media). Mereka juga beroperasi seolah-olah mereka adalah jawatankuasa tempatan yang mengawal keselamatan kawasan masing-masing. Mereka diberikan upah yang lumayan atas kerja-kerja kotor ini.

8. Berlaku di Rabaah : Seorang petugas penyelamat cuba menyelamatkan mereka yang cedera tetapi pasukan keselamatan membunuhnya. Seorang lelaki tua turun daripada rumahnya untuk membantu setelah menjerit kerana terkejut melihat pembunuhan yang berlaku tetapi dia juga ditembak di kepalanya.

9. Washington Post : Tentera Mesir tanpa segan membakar masjid-masjid dan menumpahkan darah.

10. Akhbar Telegraf daripada Britain menyatakan keganasan di Timur Tengah sekarang ini merupakan kesan kezaliman berkurun lamanya.

11. Demonstrasi mengecam kedurjanaan Tentera Kudeta berlaku semalam di seluruh dunia : Turki, Tunisia, Kanada, UK, Itali, Palestin dan lain-lain.

12. Anggota polis yang berpakaian biasa dan membawa senjata api digambarkan sebagai kumpulan bersenjata Ikhwan.

Sumber : Akhbar Huriyyah wal Adalah Edisi 19 Ogos
‪#‎mesirkini‬
‪#‎R4BIA‬

No comments:

Post a Comment