Tuesday, August 20, 2013

Peguam: Penangkapan Pemimpin Tertinggi IM Adalah Satu Peningkatan Terhadap Balas Dendam Golongan Kudeta



Peguam Ikhwanul Muslimin, Ali Kamal menyifatkan penangkapan Dr Mohammed Badie sebagai pembalasan dendam kepada kumpulan tersebut serta satu peningkatan siri-siri membalas dendam baru oleh komander kudeta dan mereka yang bekerjasama.

"Sudah diketahui bahawa semua tuduhan ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) serta pemimpin Anti-Kudeta dan Pakatan Kebangsaan Pro-Demokrasi adalah palsu dan tanpa bukti yang boleh diterima. Apa yang mereka hadapi adalah rekaan tuduhan politik yang dicat dengan warna jenayah,

"Peguam Ikhwanul Muslimin sedang menunggu Dr Badie untuk hadir di hadapan pendakwa raya dalam tempoh 24 jam, untuk sama-sama menghadiri siasatan."

Sumber : IkhwanWeb
‪#‎mesirkini‬
‪#‎R4BIA‬

No comments:

Post a Comment