BEKAS Timbalan Presiden Sementara, Mohamed ElBaradei, 71, bakal diheret
ke mahkamah susulan daripada keputusan beliau meletak jawatan sebagai
bantahan terhadap tentera kerana melancarkan tindakan keganasan hingga
menyebabkan pertumpahan darah pada minggu lalu.
Elbaradei
berhadapan tuduhan mengkhianat kerana melepaskan jawatannya di
tengah-tengah kemelut yang sedang memuncak di negara itu.
Perkara itu diumumkan selepas pihak berkuasa Mesir menahan tiga
pemimpin Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyidul Am Mohammed Badie di timur
Kaherah.
Difahamkan kes tersebut akan dibicarakan di Kaherah
pada 19 September depan dan jika didapati bersalah ElBaradei bakal
berhadapan hukuman penjara tiga tahun atau mungkin dikenakan denda.
Sebelum ini, pemimpin bersama Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) turut
mendakwa tentera telah melancarkan semula revolusi yang menggulingkan
bekas Presiden Hosni Mubarak pada Februari 2011.
Persoalannya
kini, adakah akan ada lebih ramai pemimpin sementara bakal mengikut
jejak langkah beliau selepas menyedari amaran ElBaradei menerusi surat
peletakan jawatannya bahawa situasi kini semakin terancam akibat
perpecahan dan keganasan berterusan di Mesir?
Gambar : ElBaradei (kiri) mengangkat sumpah di hadapan Presiden sementara Adly Mansour pada 14 Julai lalu. Foto: Press TV
وَلاَ تَحْسَبَنَّ اللّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ
"Dan janganlah engkau mengira bahawa Allah lengah dari apa yang
diperbuat oleh orang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan mereka
sehingga hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak.
Mereka datang tergesa-gesa (memenuhi panggilan) dengan mengangkat
kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka
kosong."
Surah Ibrahim (14:42-43)
Sumber : Sinar Harian
#mesirkini
#R4BIA
BEKAS Timbalan Presiden Sementara, Mohamed ElBaradei, 71, bakal diheret ke mahkamah susulan daripada keputusan beliau meletak jawatan sebagai bantahan terhadap tentera kerana melancarkan tindakan keganasan hingga menyebabkan pertumpahan darah pada minggu lalu.
Elbaradei berhadapan tuduhan mengkhianat kerana melepaskan jawatannya di tengah-tengah kemelut yang sedang memuncak di negara itu.
Perkara itu diumumkan selepas pihak berkuasa Mesir menahan tiga pemimpin Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyidul Am Mohammed Badie di timur Kaherah.
Difahamkan kes tersebut akan dibicarakan di Kaherah pada 19 September depan dan jika didapati bersalah ElBaradei bakal berhadapan hukuman penjara tiga tahun atau mungkin dikenakan denda.
Sebelum ini, pemimpin bersama Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) turut mendakwa tentera telah melancarkan semula revolusi yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak pada Februari 2011.
Persoalannya kini, adakah akan ada lebih ramai pemimpin sementara bakal mengikut jejak langkah beliau selepas menyedari amaran ElBaradei menerusi surat peletakan jawatannya bahawa situasi kini semakin terancam akibat perpecahan dan keganasan berterusan di Mesir?
Gambar : ElBaradei (kiri) mengangkat sumpah di hadapan Presiden sementara Adly Mansour pada 14 Julai lalu. Foto: Press TV
وَلاَ تَحْسَبَنَّ اللّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ
"Dan janganlah engkau mengira bahawa Allah lengah dari apa yang diperbuat oleh orang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan mereka sehingga hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak.
Mereka datang tergesa-gesa (memenuhi panggilan) dengan mengangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong."
Surah Ibrahim (14:42-43)
Sumber : Sinar Harian
#mesirkini
#R4BIA
No comments:
Post a Comment