Friday, August 23, 2013

pembebasan Mubarak sementara Morsi masih dalam tahanan memburukkan lagi situasI

[Davutoglu berkata pembebasan Mubarak sementara Morsi masih dalam tahanan memburukkan lagi situasi]

Menteri Hal Ehwal Luar Turki Ahmet Davutoglu mendedahkan bahawa Turki telah mengadakan diplomasi secara rahsia untuk berjumpa dengan Presiden Mohammed Morsi yang telah digulingkan. Bagaimanapun, pembebasan bekas Presiden Hosni Mubarak sementara presiden yang sah, Morsi masih di dalam tahanan menyukarkan usaha (Turki menjadi pihak) perantara ini.

Dalam sebuah temuramah dengan sebuah stesen televisyen tempatan, Menteri Luar tersebut berkata bahawa situasi di Mesir menjadi semakin teruk hari ke hari. Beliau menambah lagi bahawa daripada permulaan krisis ini lagi, Turki telah menggesa kesemua menteri luar yang lain untuk turut masuk campur dan membantu untuk menyelesaikannya.

Beliau menambah, “jika dunia tidak bertindak sekarang untuk menyelesaikan konflik Mesir ini, Mesir akan berhadapan dengan situasi yang sama seperti di Syria, dan kemungkinan lebih teruk lagi. Setiap pihak menganggap bahawa ini adalah tanggungjawab mereka terhadap krisis di Syria dan Mesir.

Sumber : MiddleEastMonitor
#mesirkini
#R4BIA

No comments:

Post a Comment