Tuesday, August 20, 2013

18 |Syuhada' Tragedi Pembunuhan di Penjara Abu Za'ba

Petikan berita :

- Pihak tentera menyatakan bahawa punca kematian mereka adalah disebabkan sesak nafas (gas pemedih mata).

- Para saksi yang melihat mayat mereka yang maut dalam tragedi di hadapan penjara Abu Za'bal yang diletakkan di rumah mayat Zainahem menyatakan bahawa terdapat banyak kesan siksaan yang teruk pada jasad jenazah-jenazah tersebut. Pihak hospital juga enggan menyerahkan jenazah-jenazah ini kepada keluarga mereka kecuali setelah menandatangani perakuan bahawa mereka maut kerana terhidu gas pemedih mata. Keluarga mangsa memberikan perakuan memang terdapat banyak kesan terbakar, kesan siksaan dan tembakan peluru hidup pada jenazah mangsa.


"Dan barang siapa membunuh orang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya adalah neraka Jahannam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya."
[An Nisa : 93]

Pautan video :

1. http://www.youtube.com/watch?v=Atsb2y5yXOI
2. http://www.youtube.com/watch?v=DgBYrLYBnmU


Sumber : Rab3aHospital
#mesirkini
#R4BIA
+18 |Syuhada' Tragedi Pembunuhan di Penjara Abu Za'bal (10 photos)

No comments:

Post a Comment