Tuesday, August 13, 2013

Kehancuran Tentera Arab


Oleh : Ahmad Mansour (Penerbit dan Penyampai Rancangan TV "Tanpa Sempadan" di TV Al Jazeera)

Selepas kemenangan tentera Arab ke atas negara haram Israel yang diketuai oleh tentera Mesir pada peperangan tahun 1973, Israel, Amerika Syarikat serta kuasa barat telah merangka perancangan bagi memusnahkan tentera-tentera Arab dan memalingkan mereka daripada menyertai mana-mana peperangan dengan Israel sekali lagi.

Pada awal tahun 1976, tentera Syria telah diberi lampu hijau bagi memasuki Lubnan dan terperangkap dalam tipu daya yang akhirnya memakan diri sendiri. Pada tahun 1982 Israel memusnahkan lebih daripada 80 buah jet pejuang milik tentera udara Syria dan mereka kekal dalam permainan yang telah dicipta untuk mereka di Lubnan sehinggalah Rafik Hariri, bekas perdana menteri Lubnan dibunuh. Setelah itu mereka telah dipaksa pulang ke Syria, dan pada akhirnya, mereka jatuh ke dalam perangkap perang yang dasyat sehinggalah sekarang. Mereka ini adalah tentera yang tidak menghalakan sebutir peluru pun ke arah Israel sejak tahun 1973.

Manakala tentera Iraq pula diperdaya untuk menjajah Kuwait pada tahun 1990. Setelah itu tentera Arab yang disertai oleh pelbagai negara telah melancarkan serangan ke atasnya (Iraq). Kemudian mereka dilemahkan dan disempurnakan lagi penghapusan ke atas mereka pada tahun 2003. Paul Bremer (wakil diplomat Amerika Syarikat di Iraq ketika perang Iraq 2003) dengan seluruh kuasa yang ada padanya, telah mengumumkan bahawa keputusan pertama yang diambil setelah penguasaan mereka ke atas Iraq ialah membubarkan tentera Iraq, yang merupakan antara tentera terkuat di rantau ini. Maka, telah tersingkirlah kerunsingan besar yang mengancam Israel.

Dengan pemusnahan dua ketumbukan tentera ini (Syria dan Iraq), tidak ada lagi ancaman kepada Israel selepas kedua-dua tentera ini, kecuali tentera Mesir. Meskipun penjanjian Camp David dan bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat telah ‘membelenggu’ tangan tentera Mesir daripada melakukan sebarang operasi menentang Israel, namun demikian kekuatan tentera ini satu-satunya sumber ancaman tunggal bagi musuh Israel, lebih-lebih lagi selepas pemusnahan tentera Libya dan memecahbelahkannya, serta memadamkan cita-cita nuklear Ghadafi selepas kejadian 11 September, kemudian menyingkirkannya serta rejimnya, seterusnya membawa Libya ke kancah konflik dalaman yang berterusan.

Sementara itu, Sudan telah dibahagikan (Sudan Selatan dan Sudan Utara) selepas melakukan tekanan ke atas tenteranya dan mereka masih berada dalam kekacauan konflik dalaman.

Justeru, tentera Mesirlah merupakan satu-satunya entiti yang mengancam Israel dan keselamatannya. Oleh sebab itu, mengheret tentera Mesir ke kancah perang saudara atau medan politik yang ‘panas’ sepertimana yang berlaku ketika tahun 60-an yang membawa kepada kekalahan pada 1967 (dalam perang Arab-Israel), merupakan satu-satunya jalan untuk menenggelamkan tentera ini ke dalam masalah yang membuatkan mereka mengalihkan perhatian daripada musuhnya yang sebenar iaitu Israel.

Dan perkara paling buruk yang boleh berlaku kepada tentera ini ialah dengan mencemarkan tangan- tangan mereka dengan darah rakyat dan bangsanya sendiri.

Seharusnya mereka menghalakan senjata itu ke arah para musuh, tetapi apa yang berlaku ialah mereka menghalakannya ke arah bangsanya sendiri sebagaimana yang berlaku sekarang.

Seharusnya para pemimpin tentera memberi penumpuan kepada pengaturan semula tentera dan menghalakannya ke arah musuh yang sebenar, tetapi apa yang berlaku ialah mereka condong kepada kepimpinan dan larut ke dalam politik yang membawa kepada menurunnya kedudukan negara-negara Arab yang dikuasai oleh kuasa pemerintahan junta tentera dan ianya diketuai oleh Mesir sepanjang 60 tahun lalu.

Sesungguhnya revolusi 25 Januari lalu telah membawa masalah besar kepada pembuat dasar politik di Amerika Syarikat dan negara-negara barat umumnya, dan kepada Israel khususnya; yang merasakan bahawa kembalinya rakyat Mesir kepada penentuan keputusan dan nasib mereka oleh mereka sendiri bermakna Israel mungkin akan menghadapi konfrontasi baru, namun rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak tentera Mesir ke atas sistem yang dipilih oleh rakyat walau apapun kesalahannya membuatkan Israel merasa aman buat kesekian kalinya sebagaimana kegembiraan yang telah dizahirkan dalam kenyataan pegawai-pegawai atasan serta penganalisis politik mereka, bahawa penglibatan tentera Mesir ke dalam dalam kancah politik dan konflik dalaman negara merupakan satu-satunya jalan untuk memastikan keunggulan (tentera ) Israel serta membuatkannya merasa tenang.

Oleh itu, kita boleh membuat pemantauan ke atas puluhan kenyataan dan analisis para pemimpin Israel (kesemuanya dianggap rampasan kuasa oleh tentera di Mesir) bahawa ianya merupakan satu jaminan terbesar kepada keunggulan Israel secara berterusan dan membuatkannya berasa aman.

Sesungguhnya hasil terpenting yang dicapai oleh rampasan kuasa sebagai manfaat untuk Israel ialah ianya akan membawa kepada kelemahan tentera Mesir serta beredar meninggalkan (isu Israel) dan mengurangkan ancaman mereka kepada Israel, bahkan bapa pemikir strategi Israel , Yehezkel Dhor telah berkata: “Sesungguhnya kejatuhan bangsa Arab ke atas tangan pemerintahan zalim tentera menggambarkan salah satu keperluan bagi kecemerlangan kami ke atas mereka.”

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
‪#‎mesirkini‬
— with Azian Aziz.

No comments:

Post a Comment