Tuesday, August 20, 2013

Ketua Kabilah Sawarka di Sinai: Tentera membunuh askar kerana enggan berkhidmat di Sinai



Ketua kabilah Sawarka di Sinai mendedahkan bahawa tentera Mesir telah membunuh 25 askar di Rafah semalam kerana enggan berhidmat di Sinai di mana mereka telah ditahan selama dua hari di kem tentera.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa Mesir dan tentera telah mengenakan tindakan keselamatan yang ketat di Semenanjung Sinai serta menutup sempadan Rafah ke Gaza.

Pembantu Menteri Dalam Negeri, Informasi dan Perhubungan Awam, Major Jeneral Abdul Fattah Osman berkata bahawa serangan tersebut mensasarkan dua kenderaan yang membawa seramai 27 orang rekrut daripada Kem Keselamatan Pusat di Rafah (kem besar Pusat Keselamatan Mesir).

Jeneral Abdul Fattah Osman menjelaskan lagi bahawa rekrut terkejut dengan kumpulan bersenjata yang mensasarkan dua kenderaan tersebut dan melepaskan tembakan sehingga 25 daripada mereka terbunuh manakala dua lagi tercedera.

Al-Jazeera hari ini melaporkan mayat para askar tersebut telah selamat tiba di Kaherah.

Sumber : AlJazeera, نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬
‪#‎R4BIA‬

No comments:

Post a Comment