Monday, July 8, 2013

Umat Islam mula berpuasa Rabu ini


Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. - Bernama, 8 Julai, 2013.

No comments:

Post a Comment