Wednesday, July 17, 2013

CUKUPLAH KITA MANJAKAN RAKYAT, KATA AS-SISI

Sumber FB

Dr.Bassem Audah, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri (gambar) antara menteri paling muda dalam kabinet Perdana Menteri sebelum ini, Dr.Hisyam Qandil. Anggota Ikhwan Muslimin yang berusia 39 tahun ini telah disaksikan oleh masyarakat bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk rakyat bahkan terkenal sebagai menteri yang turun ke ladang gandum selepas Subuh bagi menunai tanaman gandum. Sepatutnya beliau boleh melaksanakan lebih banyak agenda pembangunan negara yang bakal dinikmati oleh jutaan rakyat Mesir khasnya dalam Ramadhan ini tetapi rampasan kuasa berlaku lebih awal, maka rugilah negara dan rakyat.

Selepas rampasan kuasa, beliau bersama 8 orang lagi menteri dari Ikhwan telah meletakkan jawatan sebagai bantahan mereka kepada komplot jahat ini.

Semalam beliau berucap di dataran Raba'ah mendedahkan apa yang berlaku dalam mesyuarat jemaah menteri, tiga hari sebelum rampasan kuasa 30 Jun. Hari itu telah berlangsung mesyuarat kabinet dan antara yang dibincangkan ialah cadangan PM Hisyam Qandil bagi menambah bantuan golongan balu dan orang kurang upaya yang membabitkan peruntukkan tambahan LE 7 billion.

Malangnya, Abdul Fatah As-Sisi sebagai Menteri Pertahanan menolak cadangan itu. Audah bertanya kenapa wahai tuan? Jawab As-Sisi, "Cukuplah kita manjakan rakyat Mesir..memadailah dua tahun lepas revolusi kita manjakan mereka:.

Audah segera membalas "Di mana manjanya? Rakyat masih ramai yang miskin, sakit, memerlukan."

Sisi itu rupanya menjadi duri dalam daging..Hari ini dia menunjukkan wajahnya yang sebenar
.

No comments:

Post a Comment