Mesirkini
Mereka bersahur dan berbuka bersama. Bertarawih dan solat malam juga
bersama. Berjaga dan tidur juga bersama-sama. Bahkan, hidup mulia dan
syahid juga mungkin bersama-sama.
Sungguh, Ramadhan kali ini antara Ramadhan yang bersejarah buat bumi Mesir. Kebangkitan mempertahankan kebenaran tidak dihentikan meskipun mereka juga turut berpuasa seperti kita di seluruh dunia.
Lelaki mahupun perempuan semangat mereka sama. Kita patut malu pada mereka semua yang berhimpun di sana. Mujahadah mereka lebih dari menahan lapar dan dahaga. Mereka mengorbankan masa, tenaga, wang malah nyawa mereka sendiri!
Kini, bilangan syuhada' semakin ramai.
Sungguh, ummat Islam seluruh dunia patut tertunduk malu melihat keadaan mereka. Langsung, hati kita sepatutnya tersentuh melihat mereka yang di sana tetap tabah dan terus dalam perjuangan meskipun dihantar peluru-peluru yang mampu menumbangkan jasad mereka bila-bila masa sahaja.
Sungguh, hanya Allah sahaja yang layak menjadi saksi terhadap setiap perjuangan mereka.
Wahai ummah,
Sedarlah akan nasib yang sedang kita terima ini!
Lihatlah kembali satu persatu realiti yang sedang ditunjukkan kepada kita semua. Ummah yang dikatakan ummah yang terbaik sedang mula ditindas dan dikalahkan. Musuh-musuh kita sudah berani untuk mengambil apa jua jenis tindakan asalkan kita berjaya ditewaskan.
Kini, tibanya masa untuk kita semua sedar dan bersatu. Bersatu dengan hati yang beriman kepada Allah S.W.T itu yang paling utama dalam menumbangkan kezaliman.
Dengan hati yang beriman, akan lahir sebuah keyakinan. Dan apabila keyakinan ini bersatu, inilah keyakinan yang paling kuat ibarat tembok batu yang tersusun rapi batu-batanya.
Maka, marilah kita bersama sama memperbaharui nilai hati kita pada Ramadhan kali ini. Lebih berjiwa rabbani (ketuhanan) dan mengambil peduli akan keadaan dan nasib ummah.
Sudah tentu, Ramadhan adalah detik yang terbaik untuk memulakan langkah dalam muhasabah diri.
Jangan kita terhadkan Ramadhan ini hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Dalam tempoh sebulan yang singkat ini cuba tanyakan pada diri,
Mungkin aku sudah berjaya menjadi seorang Muslim yang baik, tetapi ummahku bagaimana?
Mungkinkah amal-amal yang aku kerjakan selama ini sekadar cukup untuk diri sendiri?
Apakah amal yang telah aku lakukan untuk memberi faedah kepada ummah ini?
Muhasabah dan terus muhasabah.
Tanpa sedar, kita terlupa bahawa kita hidup bukan semata untuk diri sendiri, tapi kita juga hidup untuk ummah, untuk mereka.
Saling membantu dan saling mendoakan itulah cara perjuangan orang orang beriman.
Walaupun kita tidak mampu untuk menghantar bantuan secara fizikal, tapi kita hantarkanlah hati-hati kita semua sambil menyatakan, "Aku bersama kalian semua." Kita hantarkan juga doa sebagai tanda itulah senjata terbaik yang sama sama kita imani. Moga Allah memberi kemenangan kepada mereka di sana dan kita semua, inshaAllah!
Jujurnya, Ramadhan kali ini banyak membuatkan aku sendiri berfikir banyak tentang ummah. Palestin, Mesir, Syria, Rohingya dan kesemuanya. Negara-negara ini memerlukan kita untuk bangkit mempertahankan mereka semua meskipun dipisahkan oleh sempadan serta batasan.
Wajib kita ingat, aqidah kita dan mereka sama. Keterbatasan kita bukanlah pada sempadan geografi, tetapi pada sempadan aqidah!
Moga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak untuk menyatukan barisan kita semua.
Lagu ini, aku utuskan buat kamu semua.
http://www.youtube.com/watch?v=q5-rDBVt6U0
#mesirkini

No comments:
Post a Comment