Monday, July 8, 2013

Mesir: 40 terbunuh diserang ketika sedang solat Subuh


Harakahdaily,
(Jenazah yang terkorban pagi tadi dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah)

MESIR: Laman web rasmi Ikhwan Muslmin, Ikhwanonline melaporkan sekurang-kurangnya 40 penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di sini terbunuh selepas polis Mesir menyuraikan himpunan dengan kekerasan menjelang waktu Subuh.

Dilaporkan insiden tercetus ketika peserta himpunan yang sudah berkampung sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.

Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Laporan web itu juga menyebut, 200 orang turut tercedera dalam insiden terbaru itu.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.

No comments:

Post a Comment