Maybank Investment Bank Bhd membeli 1.83 juta saham dalam AirAsia X untuk menstabilkan harga saham itu.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata pengurus penstabilan, Maybank Investment, membeli saham pada RM1.25 sesaham.
Saham syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 10 Julai, ditutup tidak berubah hari ini pada RM1.25. 
- Bernama