Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sehingga kini berjaya
membentuk tiga kerajaan negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan
manakala hilang kerajaan negeri Kedah.
Pakatan paling berjaya di Selangor apabila menang dengan banyak kerusi di mana PAS sahaja berjaya menang di 15 daripada 20 kerusi DUN yang ditandinginya.
Selain Selangor, PAS juga membuat pencapaian baik di Terengganu apabila menang 15 kerusi DUN berbanding BN 17 kerusi. PAS juga menang empat kerusi Parlimen daripada lapan kerusi di Terengganu.
Empat kerusi Parlimen itu adalah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.
PAS juga membuat pencapaian sulong di Melaka apabila menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Baru di bawah Parlimen Bukit Katil.
Sehingga kini PAS menang 22 kerusi Parlimen, PKR 26 manakala DAP 36 kerusi.
Ahli Parlimen baru PAS adalah Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan (Temerloh), Setiausaha Dewan Ulamak Dr Khairudin Aman Razali (Kuala Nerus), Datuk Raja Bahrin (Kuala Terengganu), Wan Hassan (Dungun), Timbalan Ketua Pemuda. Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas), Mohamad Hanipa Maidin (Sepang), Ustaz Idris Ahmad (Bukit Gantang), Ahmad Marzuk (Bachok) dan beberapa nama lagi.
Sumber harakahdaily

No comments:
Post a Comment