Monday, May 20, 2013

Boikot perkauman lembapkan pembaharuan ekonomi, kata pakar perniagaan

Oleh Md Izwan dan Boo Su-Lyn
Gambar fail penjual sayur di pasaran SS2 di Petaling Jaya. Pertubuhan Melayu telah memanggil untuk memboikot perniagaan Cina.KUALA LUMPUR, 20 Mei — Kempen memboikot barangan pengguna daripada peniaga kaum Cina akan membantutkan perancangan  transformasi ekonomi kerajaan, kata pemimpin korporat dan pakar ekonomi.
Dewan Perniagaan Melayu dan Cina, disamping pakar ekonomi Dr Yeah Kim Leng menekankan ketegangan perkauman akan  menakutkan pelabur luar negara, walaupun keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang pada 4.1 peratus dalam suku tahun  pertama, rekod paling rendah dalam tempoh suku kesembilan sebelum ini.
Pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde dilaporkan melahirkan kebimbangan November lalu  terhadap aliran masuk pelaburan luar negara (FDI) ke Malaysia, hutang awam yang tinggi dan risiko ketidaksamaan pendapatan.
“Kita perlu lihat terhadap impak keseluruhan gesaan boikot tersebut,” kata Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM)  Hanafee Yusof kepada The Malaysian Insider semalam.
“Mereka tidak boleh lakukannya berdasarkan sentimen... dalam ekonomi, kita bergantung antara satu sama lain,” tambah beliau.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilapor berkata kepada agensi berita nasional Bernama pada Rabu lalu permintaan domestik yang kukuh akan terus menjadi “pemacu utama pertumbuhan”, disokong oleh perkembangan sektor swasta  yang berterusan dan disokong oleh sektor awam.
Pakar ekonomi Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, yang merupakan bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi  Malaysia (MIER), berkata bulan lepas pertumbuhan ekonomi negara dijangka sederhana kepada 5 peratus tahun ini daripada 5.6 peratus tahun lepas, disebabkan oleh faktor luaran seperti krisis zon di Eropah.
Zeti Akhtar Aziz: Kepentingan permintaan domestik. — Gambar failPertumbuhan ekonomi di rantau Asia-Pasifik dijangka melonjak kepada enam peratus tahun ini, daripada 5.6 peratus pada 2012, ia  lebih perlahan daripada kadar pertumbuhan purata sebanyak 8 peratus sebelum krisis kewangan global yang melanda pada tahun 2008, kata Pertubuhan Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu Ekonomi dan Suruhanjaya Sosial bagi Asia dan Pasifik bulan lepas.
Hutang negara juga mencecah kepada 53 peratus KDNK — menghampiri siling 55 peratus — naik daripada 43 peratus pada tahun  2008.
Tan Poh Seng, yang merupakan salah seorang ahli lembaga dalam Dewan Perniagaan Cina (ACCCIM) menggesa semua ahli politik  untuk melihat ke hadapan dan bukan sebaliknya masih mempertikaikan tentang keputusan pilihan raya buruk yang tidak dijangka bagi Barisan Nasional (BN) pada 5 Mei lalu.
“Mereka yang berada politik perlu pandang ke depan dan fokus kepada ekonomi,” kata Tan kepada The Malaysian Insider.
“Beliau perlu memberitahu NGO tersebut yang mahu memboikot kami supaya tidak lakukannya,” kata Tan lagi yang merujuk kepada  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek.
Menteri Kabinet baru itu Sabtu lalu berkata Putrajaya tidak menyokong gesaan badan bukan kerajaan (NGO) dan  blogger pro-BN yang melancarkan kempen memboikot perniagaan Cina tetapi tidak mampu menghalang mereka daripada meneruskan  kempen tersebut.
Baru-baru ini selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beberapa NGO Melayu termasuk Persatuan Pengguna Islam  Malaysia (PPIM) secara terbuka menggesa memboikot perniagaan Cina, kempen tersebut kemudiaannya semakin meluas di kalangan  blogger pro-BN.
Antara blogger yang sudah memulakan kempen memboikot tersebut adalah The “Thirteen million plus Ringgit” guy rambles, Gerakan Anti PKR, House PK, Another Brick in the Wall dan The Unspinners.
Gesaan itu dibuat untuk “menghukum” DAP dengan beberapa pemimpin Umno menuduh parti tersebut telah menghasut pengundi  Cina, kaum minoriti yang berpengaruh dari segi ekonomi itu.
Ketua Ekonomi RAM Holdings Yeah mengatakan memboikot sesetengah kaum akan menyebabkan polarisasi lebih besar di negara ini dan boleh  menjejaskan aliran FDI.
“Ia bukan sahaja memberi impak kepada negara, tetapi pelabur berpotensi juga akan menimbang semula isu perkauman sebegini  dalam pasaran dan perniagaan,” kata Yeah kepada The Malaysian Insider semalam.
“Kesannya ia akan melembapkan pendapatan negara, melembapkan pertumbuhan, menyebabkan banyak peluang kerja hilang,” tambahnya lagi.
Pertikaian dan langkah menyalahkan pengundi masyarakat Cina bermula apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib  Razak, menggunakan istilah “tsunami Cina” selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Sumber themalaysianinsider

No comments:

Post a Comment