Sunday, May 26, 2013

Anwar sasar 100,000 laporan polis isu dakwat tanggal





Muhammad Faizal,
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat laporan polis mengenai penggunaan dakwat kekal esok dan mengganggarkan lebih 100 ribu laporan akan dibuat oleh seluruh rakyat  Malaysia mulai esok dan Isnin ini.

Beliau yang berucap pada himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur (Amcorp Mall) di hadapan lebih 80 ribu penyokong malam tadi berkata, akan terus bersama rakyat untuk menuntut hak yang telah dicuri melalui undi.

"Saya akan membuat laporan polis esok mengenai penipuan dakwat kekal dan berharap agar seluruh rakyat tampil membuat laporan yang sama demi mengambalikan undi kita yang telah dicuri.

"Saya mensasarkan lebih 100 ribu laporan akan dibuat berhubung penipuan penggunaan dakwat kekal mulai esok sehingga hari Isnin.

"Setiap salinan laporan tersebut diberikan kepada PAS, PKR dan DAP, kita akan kumpul selepas itu kita tunjuk kepada mahkamah serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa itu penipuan SPR," ucap beliau.

Anwar yang turut memberitahu tidak ada pemerintah di dalam dunia ini mendapat sokongan minoriti boleh memerintah sesebuah negara.

"Kita tidak akan tunggu, kita menuntut hak dan kemenangan yang kita perolehi sebelum ini.

"Kita tahu kemenangan Pakatan Rakyat telah dirompak oleh Barisan Nasional (BN) melalui SPR dan atas sebab itu juga kita turut mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan dengan segera, tidak ada dolak dalih lagi sudah cukup untuk mereka menipu kita," sambungnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ucapan ringkasnya memberitahu kerajaan BN sekarang telah mencuri undi rakyat dengan satu penipuan yang jelas.

"BN menipu pilihanraya dengan jelas mereka telah mencuri undi dari rakyat, bagaimana kerajaan minoriti boleh memerintah," jelasnya.

Beliau turut melahirkan kekesalah kerana intitusi demokrasi negara telah hancur disebabkan kerakusan pemimpin BN dalam mencari kemenangan sehingga sanggup menghalalkan penipuan.
Sumber harakahdaily

No comments:

Post a Comment