Ahli Parlimen (MP) Pandan (gambar) baru tersebut menunjukkan satu laporan polis bekalan elektrik terputus yang didakwa berlaku di Kedah, serta menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai berbohong dengan mengatakan tiada satu laporna polis dibuat setakat ini.
Dalam laporan bertarikh 9 Mei tersebut, agen pilihan raya PKR Mohamad Soi Talib mendakwa bekalan elektrik terputus antara 7.15-7.25 malam di Sekolah Sri Lindungan Raja, yang merupakan pusat pengiraan undi bagi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Kedah semasa hari pilihan raya.”Kewujudan laporan ini sekaligus adalah jawapan kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mencabar laporan sedemikian dibuat.
Laporan media Sabtu lalu memetik Wan Ahman, timbalan pengerusi SPR, mengatakan tiada sebarang laporan media tentang bekalan elektrik terputus setakat ini.
Wan Ahmad juga mendakwa gambar bekalan elektrik terputus yang tersebar meluas dalam internet adalah palsu dan diedarkan sejak sebelum Pilihan Raya 2013, bagaimanapun, kenyataannya itu ditolak keesokkan hari oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sri Serdang, Noor Hanim Ismail.
Menurut ADUN PAS yang baru dilantik itu, agennya telah menangkap gambar tersebut semasa proses pengiraan undi di Saluran 3 sedang berjalan di dalam bilik darjah SK Serdang sekitar jam 7.32 malam pada 5 Mei lalu.
Rafizi juga menunjukkan lima laporan polis hari ini yang dibuat di kawasan Parlimen Kuala Kedah dimana beberapa individu tidak dikenali didaftarkan secara tidak sah sebagai pengundi di beberapa alamat, dan salinan salah satu Borang 10A yang dikeluarkan SPR bagi menunjukkan bukti kewujudan pengundi hantu.
Borang 10A adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh SPR ekoran penggunaan dakwa kekal untuk mengelak pengundi hantu ataupun cubaan mengundi sebanyak dua kali.
Rafizi telah diberi tanggungjawab mengendalikan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan penipuan yang berlaku dalam PRU13 baru-baru ini, serta bekerjasama dengan kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 dalam “Tribunal Rakyat” yang telah ditubuhkan.
Pasukan yang diketuainya itu jelas Rafizi mengandungi seramai 67 anggota sukarela, yang meliputi mereka yang bekerja sebagai peguam, dan akauntan.
Rafizi turut menumpukan kepada enam senarai penipuan yang jelas iaitu; pengundi dilarang mengundi kerana undi mereka dibuang orang lain; BN membeli undi; dakwat kekal tidak kekal; kesalahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menandatangani
Borang14 sebelum pengiraan; dan pengundi warga asing.
Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.
Walaubagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen sejak negara Merdeka pada 1957.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) enggan menerima kekalahan tersebut, sebaliknya mempertahankannya dengan kemenangan undi popular sebanyak 51 peratus berbanding BN 48 peratus — keputusan sama yang diperoleh pemerintah pada 1969 selepas kehilangan undi popular.
PR juga akan memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan di dalam 27 kerusi Parlimen di mana BN menang dengan majoriti kecil, yang didakwa mereka hasil penipuan semasa pilihan raya.
Walaupun tedapat bantahan besar ke atas pengendalian PRU13, SPR menegaskan mereka telah menjalankan pilihan raya secara adil dan berjaya, serta memberikan jumlah tinggi yang keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus sebagai bukti keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.
Sumber themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment