Saturday, May 25, 2013

‘Mustahil’ untuk beri nilai samarata bagi setiap undi, kata pengerusi SPR

OLEH CLARA CHOOI,
PENOLONG PENGARANG BERITA
KUALA LUMPUR, 25 Mei ― Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan kajian persempadanan semula akhir tahun ini akan melibatkan peningkatan kerusi Parlimen akan tetapi pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan “mustahil” untuk menjamin nilai samarata bagi setiap undi.
Abdul Aziz (gambar) mengatakan faktor geografi dan logistik dengan permintaan pembangkang untuk “satu orang, satu undi, satu nilai” tetapi menambah walau bagaimanapun, SPR akan mencuba dengan sebaik-baiknya untuk memberikan nilai sama bagi setiap undi.
“Tetapi secara realistik, bagaimana untuk beri satu orang, satu undi, satu nilai? Saya fikir ianya hampir mustahil.. kita boleh sebarkan nilai di sini dan di sana tetapi selain daripada itu, ia akan menjadi terlalu sukar,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Menerangkan tentang ini Abdul Aziz mengatakan saiz populasi dan lanskap fizikal setiap kawasan pilihan raya berbeza bagi setiap negeri, menjadikan ia lebih sukar bagi SPR untuk memenuhi permintaan pembangkang untuk sama nilai bagi setiap undi. 
Pembangkang menyalahkan kekalahan pilihan raya baru-baru ini disebabkan oleh manipulasi persempadanan semula oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), mendakwa nilai yang tidak sama rata undi di seluruh kawasan pilihan raya di seluruh negara membenarkan kerajaan dengan sokongan minoriti memerintah majoriti. 
Dalam pilihan raya 5 Mei lalu, BN mendapatkan semula kuasa dengan 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat 89 kerusi akan tetapi hilang undi popular buat pertama kali semenjak  1969, hanya mendapat 48 peratus daripada undi berbanding PR 51 peratus. 
Tetapi untuk menyamaratakan undi akan menjadi “terlalu sukar” menurut Abdul Aziz, memetik perbezaan dalam rupa bumi di kawasan pedalaman lasak Borneo di Sabah atau Sarawak dan jalan-jalan metropolitan yang sesak di bandar-bandar di semenanjung. 
“Di Sabah contohnya, kita ambil Kinabatangan… saiz kawasan pilihan rayanya sebesar seluruh negeri Pahang… akan tetapi jumlah pengundi kecil. 
“Jika kita mahu memberikan nilai samarata pengundi Kinabatangan dengan pengundi di Pahang, kita kena besarkan lagi kawasan pilihan raya Kinabatangan tiga kali ganda untuk melibatkan lebih ramai pengundi. 
“Akan tetapi, apakah ini adil? Bagaimana wakil rakyat memberikan perkhidmatannya di kawasan sebesar itu?” katanya. 
Abdul Aziz juga mengingatkan, kawasan pedalaman negara kekurangan kemudahan asas seperti jalan raya, talian komunikasi, pejabat daerah tempatan, dan keperluan asas lain, perlu diambil kira apabila SPR melukis sempadan kawasan pilihan raya. 
“Tempat seperti Kuala Lumpur… walaupun kita mempunyai populasi besar tinggal di kawasan kecil, fasilitinya bagus. Kamu tidak boleh bandingkannya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. 
“Dan kita mahu jadikan adil bagi wakil rakyat di sesuatu kawasan itu supaya boleh beri perkhidmatan baik kepada rakyat. 
“Kita tidak mahu memaksa setiap kawasan pilihan raya contohnya mempunyai 60,000 pengundi, hanya kerana mahu menyeragamkan perkara… tetapi pada masa sama, wakil rakyat di kawasan pedalaman tidak mempunyai kemudahan sama seperti rakannya di kawasan bandar. Tidak semudah itu,” katanya. 

Abdul Aziz mengatakan dalam sistem sekarang, pengundi dipecahkan mengikut kategori mudah — pedalaman, separuh bandar, bandar kecil dan bandar. 
Dari segi nilai undi, saiz populasi dan sempadan dilukis mengikut kategori ini, katanya, untuk memastikan setiap nilai bagi setiap undi di satu kerusi pedalaman sama atau lebih kurang sama nilainya dengan undi di kerusi pedalaman lain. 
“Ini caranya kita menjadikannya adil… kita bandingkan bandar dengan bandar, pekan dengan pekan, kampung dengan kempung. Sekurang-kurangnya ini adalah sesuatu. 
“Akan tetapi untuk menjadikan satu orang, satu undi, satu nilai menyeluruh dalam seluruh negara, adalah mustahil,” katanya. 
Abdul Aziz walau bagaimanapun, menawarkan komitmen SPR untuk melibatkan NGO dan parti politik apabila sudah secara rasmi memulakan kajian persempadanan semula akhir tahun ini, mengatakan pihak berkuasa menerima pandangan semua pihak. 
Beliau mengesahkan persempadanan semula melibatkan pertambahan kerusi yang memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Kini terdapat 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara. 
Sebarang pindaan kepada kawasan pilihan raya sedia ada akan diperhatikan secara rapat oleh semua ahli Parlimen terutamanya dari blok pembangkang PR DAP, PKR dan PAS. 
Sebarang pindaan Perlembangaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen, sudah pasti mendapat penentangan dijangka dari pembangkang di Dewan Rakyat apabila rancangan SPR itu perlu untuk diundi. 
BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan hanya 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan memerlukan sokongan daripada anggota pembangkang untuk mengesahkan persempadanan. 
Wakil-wakil rakyat PR sudah menyatakan keazaman untuk menggunakan angka meningkat mereka di Parlimen untuk memastikan persempadanan semula yang dijalankan secara adil. 
SPR baru-baru ini berkata, proses itu akan bermula pada akhir tahun selepas proses enam bulan untuk mendengar petisyen pilihan raya selesai. Petisyen hendaklah difailkan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan. 
Perlembagaan Persekutuan melarang merangka sempadan semula daripada dijalankan dalam tempoh lapan tahun yang lalu. Kali terakhir SPR melakukan persempadanan semula adalah pada tahun 2003. 
Abdul Aziz mengatakan, sebaik sahaja dimulakan persempadanan semula, SPR mempunyai tempoh dua tahun untuk menyiapkannya.

Sumber themalaysianinsider

No comments:

Post a Comment