Dalam satu forum di Petaling Jaya pada Rabu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Amer Saifude mengatakan BN akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “‘past the post’” terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan.
“‘Past the post’ ni, bukan sampai bila-bila BN menang. ‘past the post’ ni adalah satu sistem yang simple di mana pertandingan nak merebut kerusi dalam satu kawasan,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider .
Menurut Wan Ahmad lagi, sistem pilihan raya diguna pakai di Malaysia turut digunakan oleh negara-negara yang maju dan telah lama mengamalkan demokrasi.
“Britian, dah berapa ratus tahun mengamalkan proses demokrasi sampai sekarang dia guna ‘past the post’.
“Australia, ‘past the post’. New Zealand ‘past the post’ campur dengan ‘mix’ sikit. Proportional Representation (PR) sistem sikit. India, negara demokrasi terbesar di dunia 800 juta pengundi ‘past the post’,” katanya.
Timbalan pengerusi SPR itu turut menjelaskan, jika sistem ‘past the post’ itu tidak adil, tidak mungkin PR dapat menang banyak kerusi termasuk beberapa negeri.
“Kerana ‘past the post’ ini, Kelantan diperintah oleh satu parti sahaja, PAS selama 25 tahun. Di Pulau Pinang, DAP menang di semua kerusi yang ditandinginya. Saya rasa orang yang buat kenyataan ini tak faham sistem pilihan raya di Malaysia.
Dalam Pilihan Raya 2013, PR berjaya mengekalkan pemerintahan di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan akan tetapi gagal untuk mempertahankan penguasaan di negeri Kedah.
PR juga gagal merampas semula negeri Perak yang mereka menangi pada tahun 2008.
Amer turut menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013.
BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi PR.
Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut.
Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan jumlah besar yang ditandingi mereka.
Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.
“Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.
Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen.
Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila SPR melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini.
Sumber themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment