Monday, May 27, 2013

Perbezaan di antara Parti PAS dengan parti-parti lain di Malaysia



Oleh Farhan Mohd Suhut
Perbezaan di antara parti PAS dengan parti-parti lain di Malaysia ialah meletakkan Quran dan Sunnah sebagai panduan, serta ulama di tempat tertinggi sebagai peneraju utama parti yang juga gerakan Islam ini.

Inilah rahsia bagaimana PAS boleh kekal hampir lebih 50 tahun di persada negara.

Tanpa ganjaran material, jawatan dan pangkat, para alim ulama PAS sentiasa meniup semangat jihad dan perjuangan kepada para pejuang PAS utk melestarikan perjuangan ini hingga ke tahap ini.

Perkara ini dicemburui oleh lawan dan kawan.

Antara usaha-usaha melemahkan PAS yg digunakan oleh musuh ialah dengan cara menyusup masuk ke dalam PAS untuk menjatuhkan kepimpinan ulama, dengan strategi ular daun.

Setiap kali musim pemilihan, macai-macai ular daun akan melobi dengan menyebarkan fitnah terhadap ulama.

Antara fitnah terbesar mereka ialah menuduh Presiden PAS ingin membawa masuk PAS ke dalam Umno lalu dicanang beberapa strategi seperti "Projek Langgar Hadi", "PAS Reform", "Pas Baru" dan melaga-lagakan Presiden PAS dengan Mursyidul Am, yang dikesan sejak 2004 lagi.

Perkara dikesan olah alim ulama PAS maka dengan sebab itu ular daun amat anti ulama dan setiap hari mewiridkan sentimen-sentimen anti-ulama di blog, twitter dan FB.

Selepas beberapa kali usaha menjatuhkan Presiden PAS gagal, untuk pemilihan tahun ini, ular daun akan memainkan sentimen mempertikaikan institusi Majlis Syura Ulama.

Dengan perkembangan terkini pasca-PRU 13, mereka akan mengkambinghitamkan ulama dan Presiden PAS sebagai faktor kekalahan menawan Putrajaya dan kekalahan di Kedah.

Dalam masa sama untuk kejayaan PAS melonjakkan kerusi PAS di Selangor, prtahan Kelantan, menambah kerusi DUN, membantu PR mendapat undi popular pula dikatakan usaha orang lain.

Dan yang terkini, mereka menyerang kami apabila kami mendedahkan strategi-strategi licik mereka.

PAS istiqamah di jalan Allah berpandukan Quran dan Sunnah dengan dibimbing oleh alim ulama dan pengemblengan tenaga yang bersepadu antara ulama, profesional dan aktivis.

Mereka akan cuba memecahkan kesepaduan ini, dan kami akan pertahankannya hingga ke titisan darah terakhir.

Farhan Mohd Suhut,
Naib YDP PAS Gombak.

Sumber Facebook



No comments:

Post a Comment