Sunday, April 21, 2013

Pelbagai kaum sertai perarakan calon PAS Sibuti






Harakahdaily, 21 Apr 2013
SIBUTI: Penamaan calon bagi Parlimen P218 Sibuti untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam berlangsung dengan baik tanpa sebarang kekacauan.

PAS meletakkan calonnya Robby @ Muhammad Zaid Bin Tandang, 31 tahun yang merupakan bekas selebriti TV al-Hijrah.

Robby akan berdepan calon BN Ahmad Lai Bin Bujang.

Sementara itu, lebih kurang 1000 orang penyokong PAS dari berbagai kaum dan agama yang hadir memberi sokongan kepada Robby.

Perarakan bermula dari Masjid Bekenu. Terdahulu ahli-ahli PAS mengadakan solat hajat di masjid tersebut sebelum bergerak ke pusat penamaan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee menyifatkan kehadiran semalam itu menunjukkan kebagkitan rakyat Sarawak khususnya warga Sibuti yang mahukan perubahan politik.

"Sambutan yang luar biasa terhadap PAS di Sibuti adalah diluar jangkaan kerana inilah pertama kali penduduk Sibuti melihat begitu ramai yang hadir semasa penamaan calon untuk PRU13 kali ini," katanya.

No comments:

Post a Comment