Tuesday, April 2, 2013

Parlimen tidak akan dibubar esok, kata Nazri

KUALA LUMPUR, 2 April – Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) menafikan khabar angin mengenai pembubaran parlimen yang dikatakan akan berlaku esok.
Menurut menteri di jabatan perdana menteri itu lagi, khabar angin tersebut hanyalah satu spekulasi dan tidak benar.
“Tiada pembubaran esok. Pembubaran selewat-lewatnya akan berlaku pada hujung bulan ini,” kata Nazri dipetik dari laman sesawang saluran berita Astro Awani.
Menurut ahli parlimen Padang Rengas itu lagi, arahan untuk anggota Kabinet hadir dengan berpakaian gelap dan bertali leher merah bagi lelaki esok adalah perkara biasa pada mesyuarat terakhir Kabinet bagi tujuan bergambar bersama perdana menteri dan timbalannya.

Sumber themalaysianinsider

No comments:

Post a Comment