Friday, April 19, 2013

Dalam risikan PR mampu menang 145 kerusi parlimen

http://jalanpulang1978.blogspot.com,


DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.

Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket KEADILAN di Sabah dan Sarawak.

Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu malam tadi.

Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar itu.

Bagi beliau, adalah tidak berguna untuk bergantung di atas jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan simbol DAP iaitu roket ketika SPR mempunyai rekod buruk dalam mematuhi janjinya sendiri.

Bagi beliau, surat ROS yang dikeluarkan 48 jam sebelum hari penamaan calon yang jatuh pada 20 April adalah satu usaha jahat untuk membunuh DAP dengan memaksa kesemua calonnya menjadi calon bebas.

"Jelas ROS berniat untuk menculik Roket untuk memenuhi grand design BN untuk mengeluarkan DAP dari bertanding dalam pilihanraya umum.

"Sehubungan itu, CEC DAP menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong DAP bertenang dan biarlah rasa marah kita diterjemahkan dalam kotak undi pada 5 Mei 2013 nanti," kata Lim Guan Eng.

Sementara itu, Pejabat Agung PAS sudah bersiap sepenuhnya untuk mengeluarkan surat kuasa bagi membolehkan calon-calon DAP bertanding atas tiket PAS dengan mengguanakan simbol PAS.

Ia disiapkan oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu bagi membolehkan semua calon DAP di Semenanjung menggunakan simbol PAS dalam pilihanraya ini.

Semalam, Pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya dalam pilihanraya umum, kata Pendaftar Pertubuhan, Abdul Rahman Othman.

Dalam satu kenyataan, beliau menarik perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memaklumkan kepada DAP semalam bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian di kalangan anggotanya.

Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Disember 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa pilihanraya umum," kata Abdul Rahman.

Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.

Sementara itu, maklumat terbaru yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat dijangka menang sehingga majoriti 68 kerusi menerusi satu sumber perisikan yang bocor beberapa hari lalu.

I have received information that the Bukit Aman and Defence Ministry intelligence do not rule out the defeat of Barisan Nasional in the 13GE. According to one Bukit Aman intelligence estimate, which I cannot verify whether it is from the police or not, the possible outcome of the 13GE for parliamentary elections is as follows:

Dengan kedudukan ini, Pakatan Rakyat diramal mampu menguasai 145 kerusi, jauh dari sasaran asal 125 kerusi sahaja semasa anggaran awal yang dibuat pertengahan Mac lalu.

Sementara BN cuma memperolehi 77 kerusi sahaja, jauh lebih buruk dari jangkaan asal 95 kerusi juga mengikut anggaran awal pada pertengahan Mac.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang yang mendedahkan maklumat ini berkata, walaupun dia tidak dapat mengesahkan sumber yang diterima dari perisikan polis di Bukit Aman, inilah kedudukannya menjelang penamaan calon esok di seluruh negara.

Analisis yang dibentang Ketua Ekonomi Bank Islam yang masih digantung sehingga hari ini, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menyebut Pakatan Rakyat berkemungkinan memperolehi antara 115 hingga 125 kerusi manakala BN antara 95 ke 105 kerusi sahaja.

Kit Siang menghargai kenyataan bekas ketua polis negara, Musa Hassan yang meminta supaya politik ugut dan menakut-nakutkan rakyat yang diamalkan BN ditolak oleh seluruh rakyat.

Musa yang memegang 'janji' BEKAS perdana menteri, Najib bahawa proses peralihan kuasa akan berjalan secara aman turut mengingatkan BN tidak boleh menggunakan kekerasan sekiranya secara rasmi diisytihar kalah dalam pilihanraya umum nanti.

Malah, Kit Siang turut memuji Musa kerana terus profesional menegur BN dan Pakatan Rakyat walaupun sudah bersara dari perkhidmatan kerajaan kerana banyak campur tangan BN dalam pasukan polis semasa Musa menjadi ketua polis negara dulu.

Sumber JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment