Tuesday, January 22, 2013

Perdana Menteri Malaysia ke Gaza

Dato Seri Najib tiba di Gaza pada Selasa jam 10:00 pagi waktu Gaza (4:00 petang waktu Malaysia). Beliau dan rombongan disambut oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah. Najib diiringi oleh Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Antara program rasmi beliau di Gaza adalah seperti berikut:

1. Lawatan ke sekolah yang diusahakan oleh Malaysia.
2. Majlis perletakan batu asas bagi membina semula pejabat Ismail Haniyah yang musnah ketika serangan Israel pada November lepas.
3. Pertemuan dengan menteri kabinet dan ahli parlimen Palestin di pejabat baharu Ismail Haniyah.
4. Lawatan ke Universiti Al-Aqsa di mana beliau akan memberikan ucapan berkaitan pendirian Malaysia mengenai Palestin sebelum diberi anugerah doktor kehormat.

Sumber berita: Omar Seyam, CEO Aman Palestin Gaza.
Sumber gambar: Fan Page Najib Razak
___________________________________
Semoga lawatan Perdana Menteri ini ke Gaza akan mengukuhkan lagi nama Malaysia antara negara yang konsisten memberikan bantuan kepada Palestin.

No comments:

Post a Comment