Tuesday, September 29, 2015

Khir Toyo dipenjara 12 bulan


Khir Toyo dipenjara 12 bulan
Dr Khir diarah menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan hukuman penjara adalah bersesuaian dalam kes berkenaan.

Malah panel hakim turut menolak permohonan supaya meringankan bentuk hukuman kepada khidmat masyarakat dan menyifatkan ia adalah tidak memadai.

Beliau yang kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan, diarahkan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Dr Mohamad Khir akan menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas

Pada 22 September lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap Dr Mohamad Khir berdasarkan beberapa alasan termasuk pertuduhan tidak mempunyai sebarang kecacatan dan beliau adalah menteri besar merupakan seorang penjawat awam ketika kesalahan dilakukan.

Mohamad Khir didapati bersalah atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Bagaimanapun, keputusan berkaitan hukuman ditangguhkan kepada 29 September.

Ia selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakilinya membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan, iaitu menjalankan program khidmat masyarakat dengan menawarkan rawatan pergigian percuma kepada golongan miskin.
Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Sumber astroawani

No comments:

Post a Comment