Friday, September 18, 2015

Imam Dua Masjid Negara ditampar ketika rakaat pertama solat Jumaat

Ustaz Yusof Ahmad menceritakan detik-detik Imam Dua Masjid Negara ditampar lelaki tidak dikenali. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai warganegara India ditahan pihak polis kerana menampar muka Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, hari ini.

Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat dan ia terhenti ketika rakaat pertama.

Menurut Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof Ahmad, lelaki itu dipercayai mencelah beberapa saf ketika jemaah lain sedang bersolat dan menolak Yusof tersebut sebelum menampar Zuhairee yang sedang memimpin solat sehingga solat terpaksa dihentikan.

"Saya sangkakan Imam tersangkut bacaannya. Secara tiba-tiba, lelaki tersebut muncul dan terus menampar Imam," jelasnya.

Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri keluar dari dewan solat utama sambil melaung-laungkan perkataan dalam bahasa India, bagaimanapun dia tersadung pada tripod kamera sebelum berjaya ditangkap oleh jemaah yang berada di dalam masjid.

Dia seterusnya dibawa oleh beberapa orang jemaah dengan dibantu anggota pengawal keselamatan masjid ke pondok pengawal sementara menunggu polis tiba.

Tiada kecederaan serius terhadap Imam Zuhairee dilaporkan dan beliau kembali untuk memulakan semula solat Jumaat yang telah tergendala.

Sejurus selesai solat, jemaah berpusu-pusu ke pondok pengawal dan ada yang berkesempatan untuk merakam wajah lelaki terbabit yang dikawal ketat pihak pengawal keselamatan dan ahli jawatankuasa masjid serta anggota polis trafik.

Anggota polis tiba sekitar jam 2.10 petang dan membawa lelaki itu ke Balai Polis Tun HS Lee di sini untuk disoal siasat.

Wartawan penyiaran Astro AWANI, Hans Yusoff dan Israr Khalid bersama jurukamera Md Ruzi Mohamad Saman yang berada di Masjid Negara, merakam detik-detik lelaki Arab terbabit terus dibawa masuk ke kereta polis sambil diasak jemaah yang berang dengan kejadian itu.

Sumber  Astro Awani
Jumaat, 18 September 2015 @ 3:12 PM Lelaki asing mengamuk, ganggu solat Jumaat di Masjid Negara Oleh Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my LELAKI warga asing yang mengamuk dan mengganggu solat Jumaat di Masjid Negara sebentar tadi. KUALA LUMPUR : Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, sebentar tadi terhenti seketika apabila seorang lelaki, warga asing tiba-tiba mengamuk. Ketika kejadian, Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, apabila lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam. Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu menamparnya sebelum pasukan keselamatan tampil mengheret lelaki itu keluar daripada ruang solat utama. Ketika pergelutan itu, wartawan yang berada di lokasi mendengar lelaki itu menjerit dalam bahasa Arab, antaranya bermaksud 'Malaysia syaitan'. Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat yang diimamkannya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82841
Lelaki asing mengamuk, ganggu solat Jumaat di Masjid Negara Oleh Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my LELAKI warga asing yang mengamuk dan mengganggu solat Jumaat di Masjid Negara sebentar tadi. KUALA LUMPUR : Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, sebentar tadi terhenti seketika apabila seorang lelaki, warga asing tiba-tiba mengamuk. Ketika kejadian, Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, apabila lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam. Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu menamparnya sebelum pasukan keselamatan tampil mengheret lelaki itu keluar daripada ruang solat utama. Ketika pergelutan itu, wartawan yang berada di lokasi mendengar lelaki itu menjerit dalam bahasa Arab, antaranya bermaksud 'Malaysia syaitan'. Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat yang diimamkannya.

No comments:

Post a Comment