Kesemua gajah yang ditemui mati itu
dipercayai daripada satu keluarga membabitkan tujuh betina dan tiga
jantan berusia dari empat hingga 20 tahun.
Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kesemua gajah tersebut menjadi mangsa kekejaman manusia termasuk siasatan terhadap penggunaan racun tikus. Teori racun tikus itu timbul selepas kes tujuh ekor gajah pigmy ditemui mati akibat termakan bahan berbahaya itu di Rizah Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu kira-kira 10 tahun lalu. Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr. Laurentius Ambu ketika dihubungi semalam menceritakan, misteri kematian haiwan itu dilaporkan pada 23 Januari lalu selepas empat bangkai gajah ditemui di sepanjang jalan pembalakan Telupid di kawasan hutan simpan berkenaan. Kawasan penemuan bangkai itu pula terletak kira-kira lima kilometer dari kem pembalakan Empayar Kejora Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat Yayasan Sabah. “Sepasukan anggota dari Jabatan Hidupan Liar telah menyiasat di lokasi tersebut sebelum menemui empat lagi bangkai gajah dua hari kemudian,” katanya. Awal bulan ini, kakitangan jabatan itu menemui dua bangkai gajah di kawasan berkenaan dan menjadikan keseluruhan bangkai yang ditemui ialah 10 ekor. Beliau juga mengesahkan siasatan awal mendapati kesemua gajah tersebut mati akibat termakan racun.
"Hasil bedah siasat mendapati tiada
kesan kecederaan akibat tembakan, sebaliknya bahagian organ dalaman
gajah-gajah berkenaan telah rosak," tambahnya.
Daripada kira-kira 1,500 ekor gajah pigmy di Borneo, sebanyak 400 ekor dipercayai hidup di hutan simpanan berkenaan.
"Kami tidak menolak kemungkinan ada lagi gajah yang telah mati tetapi belum ditemui," katanya.
Katanya, siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar gajah-gajah itu diracun.
Ditanya sama ada kawanan gajah itu telah
mengganggu manusia, beliau memberitahu, ia tidak mungkin berlaku kerana
kawasan itu telah diwartakan sebagai habitat gajah.
Menjelaskan lebih lanjut hasil bedah
siasat itu, pegawai veterinar jabatan berkenaan, Dr Sen Nathan berkata,
teori haiwan itu diracun timbul apabila organ dalaman seperti usus
didapati rosak dan berdarah.
"Selain usus, mulut dan dubur bangkai gajah-gajah itu juga berdarah," ujarnya.
Katanya, kejadian tersebut menyedihkan
terutamanya ketika kakitangan jabatan terpaksa menangkap seekor anak
gajah yang masih hidup dan cuba menggerakkan bangkai ibunya.
- Kosmo!
|
Wednesday, January 30, 2013
Sekeluarga Gajah Di Sabah Mati Diracun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment