Oleh: detikislam
"
Bosan dengan pekerjaannya sebagai pemandu lori dengan rutin memandu dari Osaka hingga Tokyo atau Nagasaki, mengangkut beban tangki petrol, air atau bahkan coklat, Toshifumi Fujimoto memutuskan untuk "bercuti" ke medan perang.
Fujimoto
(45), lelaki berperawakan cukup gemuk ini mengambil risiko dengan
melalui detik-detik yang memacu adrenalin dengan melakukan perkara yang
tidak biasa dalam hidupnya sebelum ini. Lelaki ini menjadi pelancong
perang.
Kebosanannya
menjalani rutin sebagai pemandu telah berganti dengan hari-hari yang
menegangkan dan "seru" di jalan-jalan Syria di mana di negara itu adalah
tempat dia dicabar ketika ini. Tempat baru yang mencabar setelah
melalui kawasan konflik lain di Timur Tengah, dia mengambil foto dan
merakam video sambil mengelakkan peluru.
Sebelum
sampai ke Syria, tahun lalu dia berada di Yaman semasa demonstrasi
rakyat berlaku di depan kedutaan besar AS di Kaherah Mesir, berikutan
kejatuhan Presiden Husni Mubarak. Pada akhir tahun ini, Fujimoto
merancang untuk menemui Mujahidin Taliban di Afghanistan.
Tetapi
ketika ini, dia telah dua minggu menikmati pelancongan di bandar
Aleppo, salah satu medan perang paling sengit di Syria, "bermain-main"
dengan para Mujahidin di bawah bunyi dentuman bom dan tembakan.
Dengan
memakai pakaian seragam ala tentera Jepun dan "bersenjatakan" kamera
dan video, Fujimoto berada di hadapan medan tempur. Setiap pagi dia
mendokumentasikan perang yang sedang berlangsung di salah sebuah bandar
yang terbesar Syria itu.
Fujimoto,
yang tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, apatah lagi bahasa
Arab, hanya boleh diwawancara dengan Google Translate.
"Saya
selalu pergi sendiri, kerana tidak ada pembantu pelancong yang mahu
pergi ke medan perang ini. Ini sangat menarik, dan adrenalin terpacu
tidak seperti biasanya," katanya bersemangat.
"Di
Syria, lebih bahaya untuk menjadi wartawan daripada pelancong,"
katanya, menggambarkan bagaimana "setiap pagi saya berjalan 200 meter
untuk berada di barisan hadapn dan saya di sana berada di barisan tempur
bersama para tentera Pembebasan Syria (FSA)."
"Ini
membuat saya kagum, dan saya menikmatinya," katanya. Dalam suatu
kesempatan, Fujimoto juga mengambil gambar para Mujahidin Syria yang
bertebaran di jalan-jalan bandar Aleppo.
"Kebanyakan orang mengira saya ini orang Cina, dan mereka menyapa saya dengan bahasa Cina," kata beliau sambil tersenyum.
Toshifumi Fujimoto bersama mujahidin suriah (gambar ini diambil dari akaun facebook Toshifumi Fujimoto)
Semasa
pertempuran sedang sengit berlaku, dia mengambil kesempatan untuk
mendokumentasikannya, namun jika situasi bahaya para Mujahidin
memperingatkan para orang awam atau sesiapa yang bukan pejuang untuk
beredar.
Namun
dia sering mengabaikan peringatan itu dan tetap berusaha mengambil
gambar yang kemudian akan dishare di Facebooknya. Dia tidak takut mati.
"Saya
bukanlah sasaran para penembak tepat kerana saya adalah pelancong,
tidak seperti kalian para wartawan," katanya kepada wartawan AFP.
"Selain itu, Saya tidak takut sama ada mereka menembak saya atau mereka
mungkin membunuh saya. Saya adalah kombinasi samurai dan kamikaze."
Fujimoto bahkan tidak menggunakan helmet atau jaket anti peluru sebagai pelindung.
"Itu
sangat berat ketika digunakan untuk berlari dan lebih menyenangkan jika
pergi ke kawasan pertempuran tanpa mengenakan apa-apa (pelindung).
Selain itu, ketika mereka menembak itu sangat menyenangkan dan menarik."
Dalam
foto-foto yang dishare di akaun Facebooknya, kelihatan dia sering
bersama Mujahidin dan kanak-kanak Syria. Di antara fotonya menunjukkan
dia sedang menembak bersama Mujahidin, namun tidak ada maklumat sama ada
dia sedang belajar menembak atau turut menembak pasukan rejim.
Fujimoto
berkata bahawa majikannya tidak tahu dia sekarang berada di Syria.
"Saya hanya memberitahu kepada mereka saya pergi ke Turki untuk bercuti.
Jika saya mengatakan mereka yang sebenarnya, mereka akan mengatakan
kepada saya bahawa saya benar-benar gila."
Toshifumi Fujimoto bersama mujahidin Syria (Gambar ini diambil dari akaun Facebook Toshifumi Fujimoto)
Mungkin
banyak orang mengatakan dia gila, tetapi orang-orang tidak tahu bahawa
pekerjaan dan kehidupan keluarga adalah akar kesedihannya yang membuat
dia ingin mencari hidup baru.
Fujimoto
telah bercerai dengan isterinya, dan berkata"Saya tidak mempunyai
keluarga, tidak ada teman, tidak ada teman wanita. Saya bersendirian
dalam hidup ini."
Tetapi
dia mempunyai tiga anak perempuan yang tidak pernah dia lihat selama
lima tahun, "bahkan tidak di Facebook atau Internet, tidak ada. Dan itu
adalah kesedihan saya yang mendalam," katanya sambil mengusap air
matanya.
Sebab
itulah dia membayar insurans nyawa dan "Saya berdoa setiap hari bahawa,
jika sesuatu terjadi pada saya, anak-anak perempuanya mungkin akan
mendapatkan wang insurans dan mampu hidup dengan selesa."
Fujimoto
tidak menjual gambar-gambar atau rakaman yang dia ambil selama dia
melancong di medan perang ini. Dia telah menghabiskan wang hingga USD
2500 dari poket peribadinya untuk terbang ke Turki. Kemudian
mengeluarkan USD 25 sehari untuk bayaran penginapan di sana.
Selama
di Aleppo, dia telah pergi pelbagai medan tempur seperti di daerah
Amariya, Salahuddin, Saif al-Dawlah, Izza. Walaupun dia senang mengambil
gambar di tempat konflik ini dan menyebarkannya, tetapi ada gambar yang
membuatnya terpaku dan berkaitan dalam fikirannya.
Ketika
dia membuka fail di laptopnya, dia menunjukkan sebahagian tubuh anak
perempuan kecil berumur 7 tahun mati di Saif al-Dawlah akibat ditembak
oleh penembak tepat rejim. Dia membayangkan, betapa sedihnya kehilangan
puteri yang dicintai.
"Saya
sayang kepada kanak-kanak, tetapi Syria bukanlah tempat bagi mereka.
Sebuah bom boleh meragut nyawa mereka bila-bila masa," katanya yang
kemudian diajak oleh mujahidin untuk bergabung dengan mereka di
Salahuddin dan akan turun ke jalan menuju tempat di mana bunyi tembakan
terdengar untuk melanjutkan "cutinya" di mana dia boleh merasakan hidup
yang lebih hidup.
Inilah
Fujimoto, orang Jepun yang rela menghabiskan wang untuk pergi ke medan
perang. Demi mencari kehidupan yang lebih hidup, melupakan segala
kepenatan dan kesedihan dalam hidupnya. Tidak takut mati atau takut rugi
harta.
Namun
bagi seorang Muslim, medan Jihad bukanlah seperti filem aksi di
Hollywood yang hanya untuk ditonton, atau "tempat pelancongan" yang
hanya untuk "refreshing." Ada perniagaan sejati yang menggiurkan di sana
yang ditawarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
"Wahai
orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan
yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan
jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui . Niscaya
Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam
syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke
tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang
besar. " (Q.S As-Saff [61]: 10-12).
Maka tidak Tertarikkah dengan janji ini?
"Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan (nya) dari pada Allah?" (Q.S An-Nisaa '[4]: 87)
No comments:
Post a Comment