Siti Nur Syafikah dirawat di HSNZ selepas kemalangan. Pic: Harian MetroKUALA TERENGGANU:
“Terkejut apabila diberitahu anak dan suami pengsan dirempuh babi,”
kata Rokiah Ibrahim, 39, ibu kepada Siti Nur Syafikah Sulaiman, 5, yang
tersembam ke atas jalan selepas motosikal dinaiki bersama bapanya
melanggar babi hutan di Kampung Cheting, Hulu Terengganu, kelmarin.
Menurutnya, dalam kejadian jam 7.15
pagi, suaminya, Sulaiman Mamat, 50, dan Siti Nur Syafikah dalam
perjalanan pulang selepas menghantar seorang lagi anak, Ahmad Mokhtar
Sulaiman, 7, ke sekolah yang terletak satu kilometer dari rumah.
“Ketika dalam perjalanan pulang, suami
yang menunggang motosikal Yamaha RXS tidak sempat mengelak babi yang
tiba-tiba keluar dari hutan di tepi jalan lalu merempuh motosikal. “Rempuhan
itu menyebabkan suami dan anak tercampak ke atas jalan dan mereka
pengsan dipercayai akibat kepala terhantuk pada jalan. “Nasib
baik selepas mereka tercampak, babi itu tidak menyerang, sebaliknya
masuk kembali ke dalam hutan,” katanya yang menemani Siti Nur Syafikah
di Wad Multidisiplin Kanak-Kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),
di sini, semalam. Rokiah berkata, penduduk yang lalu di kawasan
itu membawa suami serta anaknya ke Hospital Hulu Terengganu (HHT).
Suaminya yang luka di kening dan tapak tangan dirawat di HHT manakala
Siti Nur Syafikah dirujuk ke HSNZ untuk menjalani pemeriksaan pakar
kerana cedera di kepala dan patah bahu kanan. - Khairul Hamizy Ramlee / Harian Metro
|
No comments:
Post a Comment