Thursday, January 17, 2013

11 Kota Purba Paling Indah di Dunia


Dunia mengenal sejumlah laman-laman bandar yang telah ditinggalkan penghuninya. Laman-laman artifak ini tersebar di seluruh negara. Mereka mencerminkan kebesaran kebudayaan dan pencapaian manusia yang hidup pada zamannya. Ada yang di masa prasejarah, dan ada yang sudah masuk masa sejarah.

National Geographic baru-baru ini menerbitkan lagi beberapa gambar "kota yang hilang" di lamannya. Ini bandar-bandar tersebut:

1. Petra, Jordan
Inilah istana yang dipahat di sebuah bukit batu. Dianggarkan manusia menghuni Petra sejak abad ke-2 Masihi. Dalam gambar National Geographic ini, bangunan disebut sebagai El-Deir. Arkeologi membuat kesimpulan bahawa bangunan ini dahulunya sebagai kuil pemujaan, sebelum berubah menjadi gereja atau biara.

2. Machu Picchu, Peru
Sebuah bandar di atas gunung. Penemuannya menggemparkan dunia arkeologi. Padahal ia baru ditemui 100 tahun lalu. Hingga saat ini ahli arkeologi masih belum pasti apa fungsi bandar Macchu Picchu ini. Sebab bangsa India Inca yang membinanya tidak mempunyai budaya tulis menulis dan tidak ada tinggalan bertulis.

3. Palenque, Mexico
Inilah kota besar bangsa India Maya yang pertama. Terletak di tengah-tengah hutan lebat di tenggara Mexico. Bersempadan dengan Guatemala. Dianggarkan bangsa Maya sudah menghuni Palenque sejak 3000 tahun lalu. Sepanjang sejarahnya, Maya lantas membina bandar besar lain seperti Tikal yang masuk kategori bandar kosmopolitan di masanya.

4. Troya, Turkey
 Salah satu kota kuno yang paling terkenal dalam sejarah. Bandar Troy diselimuti misteri, legenda. Apatah lagi ia muncul dalam cerita liad oleh pujangga Yunani, Homer. Tinggalan kota Troy dijumpai di sebelah barat laut Turki pada abad ke 19 oleh ahli arkeologi Jerman, Heinrich Schliemann. Ia menggali di bandar Hisarlik, malah mencari Troy. Laman Troy ternyata bukan tapak perseorangan. Kotanya dibina di atas kota lain. Tercatat ada sembilan bandar berbeza di dalam satu tapak yang sudah berusia lebih kurang 5000 tahun ini.

5. Mohenjo Daro, Pakistan
Salah satu kota tertua di Asia dan di dunia. Mohenjo Daro berkembang kerana dialiri Sungai Indus. Ia ditemui pada 1921. Saudara kembar bandar ini, yang juga tua, adalah Harappa. Umur bandar ini dijangka mencapai 4,500 tahun. Ia berdagang dengan bandar kuno yang lain, Mesopotamia.

6. Palmyra, Syria
Bandar ini juga dikenali sebagai nama Tadmor. Bandar ini masih memainkan peranan penting hingga ke abad-19. Para pedagang sejak 300 Masihi sudah singgah ke Palmyra untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Mesopotamia dan Parsi. Letaknya yang strategik membuatkan kota ini dijajah oleh bangsa Romawi pada awal Masihi.

7. Tanis, Mesir
Bandar Tanis termasuk salah satu bandar yang paling misteri di dunia. Ia pernah menjadi ibu kota Mesir kuno. Di kota inilah salah satu penemuan arkeologi yang paling hebat, iaitu mumia keluarga kerajaan Mesir. Penemuan ini sejajar berharganya dengan penemuan mumia Tutankhamun.
 
8. Great Enclosure, Zimbabwe
Bandar di Afrika ini sering disebut sebagai salah satu bandar yang muncul dalam berbagai kitab suci. Tempat Ratu Sheba. Ahli Arkeologi masih belum dapat membuat kesimpulan sejauh mana peranan dan fungsi bandar yang ditinggalkan penghuninya ini. Bukti-bukti sementara menghasilkan bandar ini dibina oleh suku Shona, suku leluhur suku Bantu kira-kira 1,250 tahun yang lalu. Bandar ini dikhabarkan sebagai pusat bandar pemujaan.
 
9. Nimrud, Iraq 
Terletak di utara Iraq, bandar ini menjadi ibu kota Kerajaan Asiria. Bangsa yang ditakuti pada masanya kerana kejam dan dahagakan darah. Selalu menjajah bandar-bandar di sekitarnya. Asiria muncul di catatan sejarah pada ke abad-14 sebelum Masihi. Mereka mendominasi wilayah Iraq-Iran-Turki dan sekitarnya. Perebutan wilayah dengan negara jirannya, Babylon, membuat Nimrud perlahan-lahan ditinggalkan warganya kira-kira 612 sebelum Masihi. Rakyatnya berpindah ke kota Nineveh. 
 
10. Stonehenge, United Kingdom 
Sudah beratus-ratus tahun ahli arkeologi cuba mentafsirkan apa makna disebalik tumpukan batu Stonehenge. Tetapi tetap juga menjadi misteri tentang tumpukan batu simetris ini. 
 
11. Mesa Verde, Amerika Syarikat 
Di bukit ini, sebanyak 600 lubang menyerupai telaga dibuat oleh bangsa India Pueblo atau dikenali juga dengan sebutan Anasazi. Mereka hidup sejak 550 sebelum Masihi. Mereka membina rumah di bukti batu ini. Rumah terbesar yang dibina boleh menampung hingga 250 orang.
 
Sumber halimislam

No comments:

Post a Comment