SM Mohamed Idris, |
Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat kesal dengan sikap segelintir
rakyat Malaysia yang masih belum mencapai tahap yang memuaskan dalam
soal menjaga kebersihan terutama sekali di kawasan perumahan, taman awam
dan tempat-tempat ibadat.
Pendedahan oleh akhbar tempatan berhubung tahap kebersihan tandas masjid dan surau yang seringkali dibangkitkan oleh khalayak umum sedikit sebanyak telah mendedahkan sikap kita yang masih belum mengutamakan kebersihan.
Kenyataan CAP ini tidak bermaksud untuk ditujukan khusus kepada umat Islam sahaja tetapi kepada semua rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa dan agamanya. Ini kerana bukan sahaja tandas masjid dan surau yang menjadi rungutan bahkan tempat ibadat bukan Islam seperti kuil dan tokong juga turut mendapat rungutan berhubung tahap kebersihannya.
Selain tempat ibadat, terdapat juga sesetengah tempat makan, tandas awam di negara ini yang tahap kebersihan tandasnya masih tidak memuaskan. Pengalaman yang dilalui oleh kami ketika menggunakan tandas di tempat awam mengukuhkan lagi dakwaan ini.
Tahap kebersihan tandas dan bilik air di Malaysia telah lama menjadi rungutan dalam kalangan penggunanya sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Kempen Kebersihan Tandas di seluruh negara. Ini menguatkan lagi kenyataan bahawa sikap rakyat Malaysia yang masih tidak mengambil berat akan soal kebersihan.
Perbuatan membiarkan tandas dalam keadaan kotor serta tidak dipam selepas digunakan memburukkan lagi keadaan ditambah pula dengan segelintir mereka yang merokok serta membuang habuk dan puntung rokok merata-rata di dalam tandas juga menyebabkan keadaannya begitu kotor.
Lebih menyakitkan mata dan hati lagi apabila terdapat pelbagai contengan, tulisan dan lukisan yang tidak sewajarnya ditulis dan dilukis pada dinding tandas awam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab walaupun rata-rata yang menggunakan tandas itu tahu kebersihan mestilah diutamakan.
Pihak berkuasa dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kebersihan tandas juga perlu memikirkan semula terhadap penggunaan lantai tandas yang sering menggunakan jubin dari jenis yang berkilat kerana ia seringkali dalam keadaan basah, ini menyebabkan ia menjadi licin dan membahayakan kepada keselamatan penggunanya kerana ia boleh menyebabkan tergelincir dan jatuh.
Pihak pengurusan tandas dan bilik air di tempat ibadat dan tempat awam perlu mengambil tindakan segera bagi menukar jubin dari jenis yang licin kepada jubin yang tidak menyebabkan keadaan licin walaupun terdapat air di atasnya.
Pihak yang berkenaan juga perlu sentiasa memastikan lantai bilik air dan tandas awam dalam keadaan yang sentiasa kering bagi memastikan ia tidak licin dan membahayakan keselamatan penggunanya.
Pembaziran air juga perlu dielakkan sama sekali. Penggunaan air secara berhati-hati sedikit sebanyak dapat mengelakkan ia daripada melimpah ke atas lantai yang menjadi punca utama lantai menjadi licin.
Semua orang perlu mempunyai sikap bertanggungjawab bagi memastikan segala kemudahan tandas dalam keadaan yang baik dan memastikan perkara seperti tandas tersumbat, pam tidak berfungsi, lantai tandas pecah, licin dan berlumut serta siling bersawang dan sinki tersumbat tidak lagi berlaku di negara kita.
Memastikan kebersihan pada semua tempat merupakan tanggungjawab kita semua. Kita tidak boleh menyerahkan tugas dan tanggungjawab menjaga kebersihan tandas awam kepada satu pihak sahaja tetapi kita semua sepatutnya mesti mengambil sikap bertanggungjawab untuk menjaganya seperti mana kita menjaga tandas di rumah kita sendiri.
Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

No comments:
Post a Comment