Tuesday, November 5, 2013

PAS kekal di Sg Limau, majoriti 1,084 undi

Muhammad Faizal,


JERAI: Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.

Beliau memperolehi 12,069 undi sementara calon BN pula 10,985.


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau yang berlangsung hari ini menyaksikan seramai 23,249 pengundi atau 85.5 peratus keluar menunaikan tanggungjawab.

Bagi PRK kali ini jumlah pengundi bagi Dun Sungai Limau adalah seramai 27,222 pengundi.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Media N20 Sungai Limau, di sini, hari ini.

Sejak pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi tadi sehingga jam 1 petang peratusan keluar mengundi mencecah 63.5 peratus yang melibatkan 17,281 orang pengundi.

Peratusan yang keluar mengundi terus meningkat pada jam 2 petang tadi kepada 63.22 peratus.

Sehingga jam 3 petang, jumlah keluar mengundi meningkat kepada 20,876 orang atau 76.69 peratus

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) peratusan keluar mengundi adalah 89.3 peratus (24,406 pengundi).

KEMPEN BN AGRESIF

Pada PRK kali ini walaupun BN berjanji akan berkempen secara damai, namun pemerhatian Harakahdaily mendapati penyokong-penyokong BN bertindak agresif dan melakukan provokasi melampau.

Ketika merayu undi, para penyokong BN melabelkan PAS dengan pelbagai slogan antaranya  'PAS kuda DAP' dan 'PAS khianat Islam'.

Kenderaan para penyokong PAS yang melalui tempat-tempat pengundian akan disorak penyokong BN dengan kata-kata kesat.

Selain itu terdapat perayu undi BN yang merayu undi di lokasi kurang 50 meter daripada pusat mengundi sehingga dibantah petugas pilihan raya PAS.

Bagaimanapun bantahan itu tidak mendapat perhatian petugas SPR dan polis.

Mengikut peraturan pilihan raya, mana-mana parti politik tidak boleh berada kurang dari 50 meter dengan pusat pengundian.

Sumber haralahdaily

No comments:

Post a Comment