Kaki Dotcom's photo.
✻ MUSTAFA KAMAL ATATURK : M A T I N Y A . D A L A M . H I N A ! ! ! ✻
Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum – hukum Allah. Adakah
sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita
tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab
meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama.
Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam
yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat
Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka
berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang
amat dalam pada diri umat Islam..
Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan
pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut
hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh
La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.
Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada
pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya
kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si
keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau..
Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan
Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang
bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H
(1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika,
Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah.
Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan
Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan
bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya
yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah
sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan
kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa
Kamal.
Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah
Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi
Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M),
beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan
ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah
ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah
Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak
tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam
kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.
Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah
membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam,
antaranya ialah :
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau
rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah
dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan
> tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab‘Kamal Atartuk
adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan
oleh askar itu.
Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!!
ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada
beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan
dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau
akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada
26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu
panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun
yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana
tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama
15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam
semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.
Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula
ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya
ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama
sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi
Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang
Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di
akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima
oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!
Sumber FB
No comments:
Post a Comment